{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


Kerajaan kaji langkah pengkorporatan Kastam - PM

Posted: 26 Jan 2014 02:01 AM PST

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI dan FIKRI ROSLY

JABATAN Kastam Diraja Malaysia merupakan salah satu agensi terpenting dalam melaksanakan tanggungjawab mengutip cukai untuk kerajaan. - GAMBAR HIASAN

JOHOR BAHRU 26 Jan. - Kerajaan akan membuat satu kajian terperinci mengenai kesesuaian mengkorporatkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kajian itu dijangka mengambil masa antara tiga hingga empat bulan dan akan meliputi pelbagai perkara termasuk isu kelayakan dan perjawatan dalam KDRM.

Najib berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Kastam Sedunia Ke-32 di Dewan Sultan Iskandar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini, sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE

Keluarga mohon sijil berkelakuan baik untuk temui kanak-kanak

Posted: 26 Jan 2014 01:47 AM PST

STOCKHOLM 26 Jan. - Wakil keluarga pasangan Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Sweden atas tuduhan memukul anak yang tidak solat memohon sijil berkelakuan baik bagi menemui keempat-empat anak pasangan itu.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Sheikh Nafiq Alfirdaous berkata, keluarga pasangan itu memohon sijil berkelakuan baik yang dikeluarkan Wisma Putra dan kemudian diluluskan Ketua Polis Negara sebelum surat itu dibawa untuk rujukan peguam mewakili kanak-kanak terbabit.

"Sehingga kini pihak keluarga sedang menunggu kelulusan bagi membolehkan mereka secara rasmi berhubung dan bertemu dengan anak-anak pasangan (melalui peguam yang dilantik).

"Difahamkan sebaik sahaja surat ini diperoleh, wakil keluarga akan segera menemui kanak-kanak itu. Inilah antara maklumat terbaharu yang disampaikan Wisma Putra kepada kami," katanya kepada media Malaysia di sini hari ini.

Menurut laporan, pasangan berkenaan merupakan pegawai Tourism Malaysia di Sweden iaitu Azizul Raheem Awalludin dan isterinya, Shalwati Norshal seorang guru sedang dalam tempoh bercuti tanpa gaji, ditahan sejak 18 Disember lepas atas tuduhan mendera anak mereka atas alasan tidak bersolat.

- BERNAMA

JKM sedia beri kaunseling kepada pelajar dipaksa makan rumput

Posted: 26 Jan 2014 01:41 AM PST

BETONG (Sarawak) 26 Jan. - Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedia memberi kaunseling, jika perlu, kepada dua murid dalam kes dihukum makan rumput, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

"Pegawai JKM telahpun berjumpa kanak-kanak terbabit dan keluarga mereka pukul 11 pagi tadi untuk menyiasat perkara sebenar yang berlaku.

"Esok pula mereka akan berjumpa dengan pihak sekolah bagi tujuan sama," katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan Bantuan Awal Persekolahan kepada 786 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pusa dan 250 murid Sekolah Kebangsaan Kalok hari ini.

Rohani, yang juga Anggota Parlimen Batang Lupar, berkata masyarakat perlu memahami amat penting menjaga kesejahteraan emosi dan tingkah laku kanak-kanak sekali gus menjejaskan pelajaran mereka.

"Mungkin kerana kejadian ini juga boleh menyebabkan mereka tidak mahu datang ke sekolah kerana malu diejek kawan-kawan," katanya.

Dalam insiden itu, seorang guru menggantung loceng di leher dua murid tahun empat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Khai Meng di Sungkai, Perak serta memaksa mereka makan rumput selepas gagal menyiapkan tugasan mata pelajaran Bahasa Inggeris. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat