Utusan Online - Feminin
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Feminin |
Posted: 09 Jan 2014 09:24 PM PST Oleh MERAN ABU BAKAR Dres kembang warna krim dengan perincian renda pada hujung tangan digayakan bersama tudung warna coklat. BERBEZA dengan butik pakaian lain yang menjual pakaian yang telah siap, Syarehan Ahmad memilih untuk menerima tempahan pakaian atau custom made. Bertindak sebagai pengarah kreatif dan pereka pakaian, Syarehan memulakan bisnesnya di rumah sejak setahun lalu. Namun kini setelah memiliki butik sendiri di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur, Syarehan menyediakan sebuah bilik pameran di mana pelanggan yang datang boleh menempah dan berbincang dengannya mengenai fesyen yang dikehendaki. Menurut Syarehan, dia menerima apa sahaja tempahan fesyen yang dikehendaki seperti fesyen muslimah, dres siang dan untuk makan malam, baju pengantin dan baju lelaki. Terdapat juga beberapa helai pakaian yang telah siap yang merupakan master piece dan tidak akan dibuat lagi setelah dibeli oleh pelanggan. Kata Syarehan, terdapat pelanggan yang lebih suka menempah kerana mereka mahukan yang eksklusif dan tidak mahu baju yang dipakai sama dengan orang lain. Pelanggan juga boleh memilih jenis kain yang mereka suka dan perincian untuk baju mereka. Sutera taffeta, renda dan syifon antara jenis kain yang menjadi pilihan pelanggan. "Daripada segi potongan pula, princess cut menjadi pilihan selain potongan yang longgar dan tidak ketat," kata anak didik Salikin Sidek ini. Mengenakan harga tempahan di antara RM280 (rekaan oleh Syarehan sendiri) dan ke atas bagi pelanggan yang membawa kain sendiri, khidmat yang diberikan termasuklah mencuba pakaian (fitting) di mana jika pelanggan berasa kurang selesa, pakaian tersebut akan diperbaiki semula. Sesi konsultasi akan turut diberikan kepada pelanggan. Tambahnya, baju yang ditempah boleh siap dalam masa antara tiga hingga empat minggu. Selain menempah baju, Syarehan turut menerima tempahan untuk membuat apa sahaja jenis tudung atau selendang termasuk tudung pengantin. Pakaian SYAREHAN AHMAD (017-2073280, www.syarehanahmad.com) Solekan CIK BUNGA LEEN (017-3509165) |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Feminin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |