Utusan Online - Feminin
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Feminin |
Posted: 26 Jan 2014 06:54 AM PST Aisya SIC (Sesuci Ikatan Cinta). JENAMA tudung ini dikatakan menjadi kegilaan wanita masa kini. Ada yang sanggup beratur di depan butik semata-mata untuk memiliki rekaan tudung yang mereka idam-idamkan. Warna kontra dan kerongsang pada bahagian tengah tudung menjadi tarikan utama sehingga mencetuskan gaya tersendiri. Itulah fenomena jenama tudung terkenal Fareeda House of Scarf (Fareeda). Bagi tahun 2014, Fareeda akan mengeluarkan beberapa rekaan terbaharu untuk menambah baik dan mengubah suai paten Fareeda Aisya dan Fareeda Mariya. Selain itu, Fareeda akan menampilkan material baru, corak kontemporari selain menggunakan fabrik Eropah. Jenama ini turut merancang membuka sebuah butik eksklusif yang membolehkan orang ramai menempah tudung-tudung mengikut ukuran, jenis material serta aksesori mewah berdasarkan paten tertentu. Berbeza dengan rekaan lain, Fareeda menekankan nilai eksklusif rekaan kerana ini ialah asas kepada penghargaan terhadap hasil usaha kreativiti. Nilai eksklusif sebegini yang memberi perlindungan terhadap hak rekaan daripada hasil penat lelah, kreativiti dan ketinggian nilai kesenian yang sangat ditekankan sejak awal penubuhannya. 1 Tidak boleh dicuci menggunakan mesin basuh. 2 Sebaik-baiknya cuci dengan tangan tanpa perlu menggosok atau memberus dengan kuat. 3 Guna cecair pencuci jenis lembut seperti syampu dan tidak digalakkan menggunakan sabun basuh. 4 Guna cucian kering atau dry clean. .terutamanya tudung yang menggunakan material sutera. f) Gunakan hanger yang ada klip untuk menggantung tudung bagi mengelakkan tudung terperosok atau awningnya terlipat. g) Gunakan beg-beg mengisi tudung untuk menjaga keadaan tudung ketika dalam perjalanan. Beg-beg tudung ini ada banyak dijual di pasaran sekarang. |
Posted: 26 Jan 2014 06:54 AM PST Oleh RABIATUL ADAWIYAHKOH ABDULLAH Shah Alam 16 Disember 2013 - Keunikan Home SPA Ice Therapy ini berada di dalam sebuah rumah banglo semasa di Sesi Fotografi bersama Pengurus Home SPA Ice Therapy, Adiana Rafar (Diana Rafar) mengenai keunikan SPA beliau di Seksyen 11 Shah Alam , di sini hari ini. MINAT yang mendalam dalam perniagaan mendorong pelakon dan penyanyi, Diana Rafar atau nama sebenarnya Adiana Abdul Rafar menceburi bidang ini. Menurut Diana, tunjuk ajar arwah bapanya yang dipanggil abah menjadi motivasi untuknya menjalankan perniagaan. Katanya, bapa tidak pernah berhenti mencurahkan kasih sayang dan ilmu perniagaan kepadanya sehingga dia menghembuskan nafas terakhir. "Abah selalu bawa kami adik-beradik ke pejabatnya sejak saya berumur tiga tahun lagi dan masa kecil pun kami sudah mempunyai kad nama masing-masing. "Tujuan abah buat begitu untuk biasakan kami dengan perniagaan dan pada umur 13 tahun saya sudah memiliki telefon bimbit sendiri yang dibeli abah, katanya mudah untuk berurusan dengan orang. Lima tahun selepas itu saya sudah mula aktif dalam bidang seni," jelasnya. Tambah Diana, arwah bapanya tidak pernah kenal erti putus asa dan penat ketika mengepalai syarikat produksi yang diberi nama Menara Tiga Production. Namun, Diana sedikit terkilan kerana arwah bapanya tidak sempat melihat kejayaan Home Spa Ice Therapy miliknya yang terletak di Seksyen 11 Shah Alam, Selangor. "Saya menjadi Diana Rafar hari ini semuanya kerana didikan abah. Jatuh bangun dalam perniagaan dan kesungguhan abah bekerja membesarkan kami adik-beradik membuatkan saya menjadikan abah sebagai idola," ujar anak bongsu daripada enam beradik ini. Bercerita tentang Home Spa Ice Therapy, Diana memberitahu, pengasas rawatan alternatif Terapi Getaran Warna (CVT), Prof. Emeritus Dr. Norhisham Wahab memberi kepercayaan kepadanya untuk menguruskan pusat rawatan tersebut. "Terapi di sini meliputi rendaman hidroterapi ais dan lebih berkesan apabila dilakukan di bawah penyeliaan pengamal CVT yang bertauliah. Kami menggunakan konsep rawatan yang menyediakan semua jenis terapi kepada pesakit dalam satu ruang rumah yang lengkap dengan peralatan. Rawatan "Pelanggan yang datang ke sini akan dicadangkan mendahulukan jenis rawatan yang sesuai berdasarkan penyakit yang dialami. Konsep ini menjimatkan masa kerana mereka tidak perlu bersusah payah untuk mencari tempat mendapatkan rawatan selepas dikesan menghidap sesuatu penyakit. Rawatan hidroterapi ais ialah asas yang dilakukan sebelum mereka melakukan rawatan selanjutnya," katanya. Tambah Diana, mungkin ada yang takut untuk mencuba kerana terpaksa berendam dalam tab penuh ais selama 30 minit, tetapi selepas mencuba mereka akan merasai kesannya. "Pada peringkat permulaan pesakit akan merasa sejuk namun selepas beberapa minit suhu badan mereka akan sebati dengan air di dalam tab. Bukan air biasa yang digunakan, sebaliknya ia mengandungi air beralkali yang diyakini mampu melegakan banyak penyakit," katanya. Rendaman itu kemudian ditambah titisan aroma terapi seri wajah, garam kasar, sulfur, hidro natrium, kapur sirih, dan gel mandian yang mengikut keperluan fungsi tubuh individu. Rawatan menggunakan hidroterapi ais tidak memberi kesan berbahaya kepada tubuh badan sebaliknya ia membantu mengembalikan semula kekuatan tulang, meningkatkan keseimbangan sistem ketahanan tubuh, antibodi dan sistem hormon. Selain itu, ia juga dapat mengembalikan kesegaran dan kecergasan, menyelesaikan masalah kesukaran tidur, meninggikan semangat dan tenaga vital. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Feminin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |