Utusan Online - Hiburan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Hiburan |
Festival Troppfest SEA beri lonjakan TMM 214 Posted: 07 Jan 2014 02:48 AM PST GEORGETOWN 7 Jan. - Tropfest South East Asia (Tropfest SEA), edisi sulung festival filem pendek terbesar dunia bagi Asia, akan memberi lonjakan kepada Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014. Lebih 10,000 penonton dijangka menghadiri Hari Festival Tropfest SEA 2014 di Esplanade di sini pada 25 Januari ini menampilkan kumpulan White Shoes dan The Couples Company yang berpusat di Jakarta serta kumpulan rock cello tempatan, Paladin. Pengarah Urusan Tropfest SEA, Joe Sidek berkata, 12 finalis filem yang terpilih daripada lebih 180 penyertaan filem pendek dari sembilan negara Asia Tenggara akan turut diumumkan pada festival berkenaan. "Menghimpunkan finalis ini ke Pulau Pinang untuk mengetengahkan karya mereka dan memberi mereka peluang meneroka pasaran global, menandakan permulaan fasa baharu perjalanan Tropfest SEA mereka yang begitu mengujakan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Tropfest SEA, disokong oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia dan Malaysia Major Events, satu cabang Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCeb) di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Antara 12 finalis terkemuka adalah Laek arahan Mony Kann Darung dari Kemboja, Chicken arahan Yihwen Chen dari Malaysia, Rice arahan Ines Sothea dari Kemboja, The Strange Detective arahan Chan Kean Wah dari Malaysia, Rice Border Love arahan Supawit Buaket dari Thailand dan Moth in Twilight arahan J.E. Tiglao dari Filipina. Sebagai tambahan kepada pendedahan di seluruh dunia, juara Tropfest SEA 2014 akan menerima hadiah wang tunai RM32,800 tajaan Tropfest SEA dan kunjungan ke Los Angeles untuk bertemu beberapa peneraju industri perfileman dengan ditaja Motion Picture Association. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |