Utusan Online - Jenayah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Jenayah |
Posted: 01 Jan 2014 11:04 AM PST Oleh AZRAI MOHAMMAD Anggota polis terpaksa mendukung kanak-kanak yang terkepung akibat rempuhan peserta Himpunan Guling Kerajaan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, malam semalam. KUALA LUMPUR 1 Jan. - Perhimpunan haram yang kononnya bagi membantah kenaikan harga barang serta didakwa aman oleh penganjurnya disifatkan polis sebagai ganas setelah berlaku elemen provokasi dan rempuhan terhadap pasukan keselamatan di Dataran Merdeka malam tadi. Ekoran insiden yang mencemarkan sambutan tahun baharu itu, pihak polis menerima lapan laporan polis antaranya mengenai kecederaan dua anggota polis, penemuan senjata tajam, rempuhan terhadap kawalan polis dan perbuatan naik ke pentas utama persembahan pada malam itu. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh (gambar) berkata, sehubungan itu, pihaknya telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menjalankan siasatan lanjut sekali gus mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat. "Polis akan mengambil tindakan terhadap penganjur atau mana-mana ahli politik yang terlibat. "Kami memberi keutamaan dalam siasatan kes ini dan mungkin dalam tempoh seminggu kita akan serah kertas siasatan kepada Peguam Negara," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur hari ini. Mohmad berkata, pihaknya mempunyai bukti-bukti bergambar berhubung keganasan perusuh-perusuh perhimpunan itu dan turut menyiasat dakwaan arahan melakukan rempuhan itu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Beliau berkata, perbuatan perusuh-perusuh perhimpunan haram berkenaan jelas melanggar undang- undang seperti yang tertakluk dalam Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana tidak meminta kebenaran dari pemilik premis (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur). "Polis amat kesal dengan perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab ini kerana telah mengganggu gugat keselamatan serta kemeriahan pengunjung yang ingin menyambut ambang tahun baru," ujarnya. Kata beliau, antara kes yang dilaporkan terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 9 (5) Seksyen, 4 (2)(c) Akta perhimpunan Aman 2012, Seksyen 153 Kanun Keseksaan iaitu perbuatan mendatangkan marah yang boleh menyebabkan rusuhan serta Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera dengan jalan menggunakan senjata. |
Anggota PGA cedera dibaling peserta himpunan dengan tin Posted: 01 Jan 2014 11:04 AM PST KUALA LUMPUR 1 Jan. - Anggota polis yang cedera selepas dibaling dengan tin semburan buih ketika menjalankan tugas dalam perhimpunan haram guling kerajaan malam tadi menganggap kejadian yang menimpanya itu sebagai cabaran dalam menjalankan tugas. Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), Koperal Faizul Ali, 42, berkata, kejadian itu tidak langsung mematahkan semangatnya untuk terus berkhidmat dalam pasukan polis malah menjadikannya lebih berani. Menceritakan kejadian yang menimpanya, Faizul berkata, ketika itu kira-kira 100 peserta perhimpunan haram terbabit bergerak dari Jalan Bukit Bintang ke Dataran Merdeka. Beliau yang ditugaskan sebagai penyelia pasukan PGA di kawasan terbabit sedang bersiap sedia memakai beret untuk membantu pasukan polis yang mengawal keadaan. "Saya baru menyarungkan beret dan keluar dari khemah yang menempatkan pasukan polis untuk membantu mengawal keadaan yang sudah mula kecoh dengan tindakan provokasi peserta perhimpunan. "Tiba-tiba terasa objek keras dan padu dibaling dan terkena sebelah kiri kepala saya sebelum terasa sakit dan pedih yang teramat sangat. Saya kemudian mendapati kepala berdarah tanpa henti. "Dalam kekalutan itu, saya yang hampir pitam telah dibantu oleh anggota polis pelancong yang membawa ke pondok kawalan mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau telah menerima rawatan pesakit luar akibat kecederaan tersebut. Dalam pada itu, Faizul yang telah 26 tahun berkhidmat bersama PGA memberitahu, insiden malam tadi bukan pengalaman pertamanya memandangkan terlalu kerap pihak tidak bertanggungjawab menganjurkan perhimpunan yang mengkucar-kacirkan ketenteraman negara. "Pengalaman pertama saya ketika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari tuduhan liwat dan peristiwa kedua adalah ketika perhimpunan Bersih 3.0. "Dalam kedua-dua insiden tersebut, saya telah dipukul oleh penyokong pembangkang yang tidak berpuas hati terhadap polis yang menghalang mereka daripada mencetuskan keadaan huru hara," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |