Utusan Online - Jenayah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Jenayah |
2 lelaki aktif pecah rumah ditahan Posted: 02 Jan 2014 09:10 PM PST IPOH 3 Jan. - Polis berjaya menangkap dua lelaki yang dipercayai aktif dalam jenayah pecah rumah serta samun di sekitar bandar raya ini sejak enam bulan lalu. Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, dengan penangkapan dua lelaki berusia 31 dan 48 tahun itu, polis berjaya menyelesaikan sembilan kes melibatkan lima kes pecah rumah dan empat kes samun. - UTUSAN |
Ibu, anak maut ditikam gunting, pisau Posted: 02 Jan 2014 11:09 AM PST Oleh HANIZA HASSAN JOHOR BAHRU 2 Jan. - Dua beranak ditemui mati berlumuran darah dengan kesan tikaman di bahagian badan di dalam sebuah bilik tidur di rumah mereka di Jalan Skudai, di sini awal pagi tadi. Mayat kedua-dua mangsa yang dikenali sebagai A. Patmavathy, 63, (ibu) dan anak lelakinya, S. Suba, 40, ditemui kira-kira pukul 1 pagi oleh ahli keluarga mereka selepas panggilan telefon yang dibuat tidak berjawab. Anak sulung Patmavathy, S. Raja, 48, berkata, dia beberapa kali cuba menghubungi ibunya sejak Selasa lalu namun panggilannya tidak dijawab. "Risau dengan situasi berkenaan, saya bergegas ke kediaman ibu dan adik. Setibanya di sana, saya dapati pintu rumah tidak berkunci dan sebaik sahaja masuk saya terkejut melihat keadaan rumah yang berselerak dengan kesan darah di bahagian ruang tamu. "Hati saya jadi semakin tidak sedap. Lalu saya mencari mereka di dalam bilik dan nampak mereka terbaring berlumuran darah di sana," katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini hari ini. Menurut Raja, selain ibu dan adiknya, rumah kondominium itu turut dihuni dua lelaki warga asing yang merupakan pekerja kepada adiknya, namun sehingga kini, kedua-duanya hilang tanpa dikesan. Sementara Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim yang mengesahkan kejadian berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut dan turut mengesan dua lelaki warga asing berusia dalam lingkungan 30-an bagi membantu siasatan. Ujarnya, polis turut menjumpai sebilah gunting dan pisau yang dipercayai digunakan untuk menikam mangsa selain terdapat kesan pergelutan di rumah itu. Ismail berkata, mayat dua beranak itu dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |