Utusan Online - Jenayah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Jenayah |
Polis buru kumpulan penjenayah bersenjata api di Behrang Posted: 27 Jan 2014 11:05 PM PST TANJUNG MALIM 28 Jan. - Polis memburu sekumpulan dipercayai lebih daripada tiga penjenayah yang bersembunyi di dalam kawasan hutan berdekatan Plaza Tol Behrang dekat sini hari ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd. Dzuraidi Ibrahim berkata, kumpulan berkenaan yang memiliki senjata api, melarikan diri dengan meninggalkan kenderaan mewah jenis Audi Q7 di Kilometer 379.1 Lebuhraya Utara Selatan setelah dikejar polis dalam kejadian 7.40 malam, semalam. Menurutnya, kumpulan berkenaan turut melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis ketika dikejar semalam dan mereka dipercayai terlibat dalam kes samun di Rawang, Selangor. - UTUSAN ONLINE |
Pemuda terselamat sempat elak tembakan jarak dekat Posted: 27 Jan 2014 06:23 PM PST KUALA LUMPUR 28 Jan. - Seorang pemuda nyaris maut selepas berdepan detik-detik cemas cuba ditembak oleh seorang lelaki dikenali dari jarak dekat di Hentian Komuter Kuang, Sungai Buloh di sini semalam. Dalam kejadian itu, mangsa berusia 26 tahun terselamat daripada terkena satu das tembakan kerana sempat mengelak dan melarikan diri. Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Junaidi Bujang berkata, mangsa ditembak dalam jarak tiga meter dan sempat melarikan diri ke balai polis berdekatan. "Siasatan awal mendapati kejadian disebabkan perasaan tidak puas hati dan ingin membalas dendam. "Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh," katanya ketika dihubungi. - UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |