Utusan Online - Jenayah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Jenayah |
Posted: 03 Jan 2014 08:53 PM PST PAGOH 4 Jan.- Seorang pemandu maut selepas lori yang dipandunya terbabas dan terbalik di Kilometer 139, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat sini, kira-kira pukul 7 pagi ini. Mangsa yang dikenali sebagai Sudirman, 27, berasal dari Sabah dipercayai terlelap semasa memandu dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru sebelum lorinya hilang kawalan dan masuk parit, kemudian terbalik. Sudirman tercampak keluar serta kepalanya dihempap bahagian lori berkenaan dan meninggal dunia di tempat kejadian. Pihak bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa sementara kalendannya mengalami kecederaan tetapi selamat. - UTUSAN |
Posted: 03 Jan 2014 08:20 PM PST Melaka 4 Jan.- Seorang lelaki yang lumpuh seluruh anggota badan akibat penyakit angin ahmar rentung dalam satu kebakaran di sebuah rumah di Jalan Temenggong, Bandar Kaaba di sini malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 malam itu, mangsa, C. Sivalingam, 43, maut di tempat kejadian setelah rentung seluruh badan akibat tidak mampu bergerak untuk menyelamatkan diri. - UTUSAN |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |