{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Hasrat diami rumah baru terbantut

Posted: 31 Dec 2013 12:22 PM PST

Oleh MOHAMED SAARI
pengarang@utusan.com.my

Keadaan luar rumah Rohaya yang ditenggelami lumpur kira-kira setengah meter akibat tiada tembok penghalang tanah yang didirikan di lot bersebelahan sebelum kerja penambakan dijalankan di Tapak Perumahan Generasi Kedua Felda di Felda Tenang, Labis, semalam.

LABIS 31 Dis. - Hasrat seorang suri rumah yang merupakan generasi kedua Felda Tenang untuk berpindah ke rumah baharu tidak kesampaian apabila kediaman itu sering dimasuki lumpur sehingga mencecah setengah meter setiap kali hujan lebat sejak enam bulan lalu.

Menurut Rohaya Ahmad (gambar), 45, rumah yang dibina menerusi skim Rumah Mesra Rakyat (RMR) itu mula dibina pada Januari 2013 dan siap sepenuhnya enam bulan kemudian di kawasan Tapak Perumahan Generasi Kedua Felda Tenang.

"Dalam tahun ini sahaja, sudah dua kali rumah saya dimasuki lumpur dengan kejadian pertama berlaku pada April lalu membuatkan saya berasa bimbang untuk berpindah ke rumah tersebut.

"Masalah ini mungkin disebabkan sistem perparitan yang tidak sempurna ketika kerja-kerja penyediaan tapak perumahan dan prasarana di kawasan ini," katanya yang ditemui di sini hari ini.

Kata Rohaya, kerja penyediaan tapak lot rumah bersebelahan kediamannya melibatkan penambakan tanah yang lebih tinggi daripada lantai rumahnya.

Jelasnya, tanah itu akan terhakis dan memasuki rumahnya setiap kali hujan lebat.

"Saya kesal kerana pihak kontraktor tidak mendirikan tembok penghadang tanah di lot bersebelahan yang ditambak," katanya.

Rohaya berkata, dia telah membersih dan membuat tapak rumahnya sendiri seperti yang disyaratkan oleh Syarikat Perumahan Negara (SPNB) kerana tidak mengetahui terdapat peruntukan yang dikeluarkan oleh pihak Felda untuk membersihkan keseluruhan kawasan tersebut secara percuma.

Justeru, dia berharap pihak pengurusan Felda mahupun kontraktor tampil membantu mendirikan tembok penghalang bagi menyelesaikan masalah yang dihadapinya sebagai ganti kepada kerja pembersihan dan menambak tanah yang tidak perlu dilakukan oleh kontraktor terlibat.

"Saya tidak mampu membersihkan lumpur yang memasuki rumah saya dan berharap ada pihak yang tampil bukan sahaja membantu membuang lumpur itu, tetapi melakukan sebarang tindakan yang sepatutnya bagi memastikan kejadian ini tidak berulang pada masa akan datang.

"Jika perkara ini terus dibiarkan, saya tidak boleh menduduki rumah ini walaupun terpaksa melunaskan bayaran bulanan seperti yang disyaratkan dalam perjanjian dengan pihak SPNB," katanya.

Rahmat dilantik Ketua Polis Kota Tinggi

Posted: 31 Dec 2013 12:22 PM PST

Ismail Yatim (tengah) menyaksikan penyerahan tugas Ketua Polis Daerah Kota Tinggi antara Supritendan Rahmat Othman (kiri) dan Supritendan Mohd. Nor Rasid di Bilik Menyuarat IPD Kota Tinggi, semalam.

KOTA TINGGI 31 Dis. - Ketua Bahagian Peperiksaan Bukit Aman, Supritendan Rahmat Othman dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kota Tinggi yang baharu menggantikan Supritendan Mohd. Nor Rasid yang berpindah ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang.

Mohd. Nor menyandang jawatan sebagai Pegawai Turus Pentadbiran di IPK Pahang.

Upacara serah terima tugas antara dua-dua pegawai berkenaan berlangsung di IPD Kota Tinggi semalam. Majlis itu disaksikan oleh Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Ismail Yatim.

Rahmat dalam ucapannya berazam meneruskan kecemerlangan yang ditinggalkan Mohd. Nor untuk memastikan kadar jenayah di daerah ini dapat diturunkan.

"Saya mengucapkan terima kasih atas pelantikan ini dan akan berusaha sedaya upaya memimpin IPD Kota Tinggi ke tahap yang diharapkan seterusnya memenuhi kehendak serta keselamatan seluruh masyarakat.

"Jadi, saya berharap mendapat sokongan dan kerjasama yang baik daripada semua anggota dan pegawai polis di sini dari semasa ke semasa," katanya.

Sementara itu, Ismail dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada Mohd. Nor dan mengalu-alukan pelantikan Rahmat, seterusnya berharap dapat melaksanakan tugas sebagai sebuah pasukan, sekali gus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat