{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Sedia pekerjaan sampingan di Johor

Posted: 18 Jan 2014 11:04 AM PST

Oleh AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my

Hahasrin Hashim

JOHOR BAHRU 18 Jan. - Pergerakan Pemuda UMNO negeri akan bekerjasama dengan syarikat milik kerajaan (GLC) dan pihak swasta dalam menyediakan pekerjaan sampingan khususnya bagi penduduk di negeri ini.

Ketuanya, Hahasrin Hashim berkata, usaha itu dilakukan bertujuan untuk membantu kerajaan dalam menangani isu kos sara hidup di kalangan rakyat selain menambahkan pendapatan kepada mereka yang terlibat.

"Seseorang kakitangan awam itu mungkin mempunyai sesuatu kemahiran seperti dalam bidang grafik atau berniaga dalam talian. Justeru mereka boleh menggunakan kemahiran yang ada untuk membuat kerja separuh masa pada waktu malam atau cuti hujung minggu.

"Dengan adanya kerjasama dengan syarikat GLC dan swasta ini, mudah untuk kita membantu mereka untuk mencari pekerjaan sampingan yang sesuai dengan kemahiran yang mereka ada," katanya selepas mengadakan Mesyuarat Pergerakan Pemuda UMNO negeri di Hotel Puteri Pacific di sini semalam.

Hahasrin berkata, usaha tersebut bukan sahaja dapat menambah pendapatan sedia ada penduduk malah pada masa sama diharap dapat menangani isu kos sara hidup rakyat.

Pada majlis itu beliau turut memperkenalkan barisan kepimpinan pergerakan itu bagi penggal ini dengan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang, Datuk Khairul Anuar Rahmat memegang jawatan sebaik Naib Ketua.

Katanya, barisan kepimpinan baharu itu berjanji akan terus menjadi 'kumpulan pendesak' termasuk memperjuangkan isu-isu berkaitan kos sara hidup, keselamatan dan rumah mampu milik.

Pegawai PPDNKK diarah pantau harga barang

Posted: 18 Jan 2014 11:04 AM PST

PONTIAN 18 Jan. - Sebanyak 105 pegawai Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Johor diarah turun padang bagi memantau harga barangan keperluan harian di negeri ini dengan dibantu oleh pegawai pemantau harga di setiap daerah.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong berkata, pemantauan harga akan melibatkan premis yang menjual barangan basah, barangan kering dan barangan keperluan harian supaya mereka tidak menaikkan harga sesuka hati.

"Selain pemantauan, pegawai PPDNKK juga diarah bertindak ke atas mana-mana peniaga yang menjual barangan yang melebihi harga yang sepatutnya. Menjelang musim perayaan Tahun Baru Cina ini, pemantauan akan digiatkan supaya peniaga sentiasa mematuhi skim harga kawalan yang diumumkan kerajaan.

"Pembekal dan pemborong diminta tidak mengenakan harga yang terlalu tinggi yang boleh menyebabkan peniaga terpaksa mengambil tindakan serupa ke atas pengguna," katanya kepada Mingguan Malaysia selepas majlis penyampaian pertandingan bola keranjang bawah 19 tahun di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tah Tong di sini semalam.

Beliau mengulas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengambil tindakan tegas ke atas peniaga yang bertindak menaikan harga secara melampau.

Siew Kiong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang meminta pengguna berbelanja dengan bijak dan tidak membeli barangan di premis yang menjual dengan harga yang tinggi kerana pilihan adalah di tangan mereka dan aduan perlu dibuat jika harga barangan melonjak tinggi.

"Semua pihak perlu memainkan peranan membantu PPDNKK menangani isu kenaikan harga termasuk pemimpin setempat. Saya juga sarankan supaya orang ramai menggunakan sepenuhnya kawasan tanah lapang yang ada di sekeliling rumah dengan dengan tanaman sayur-sayuran secara kecil-kecilan.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat