{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Pastikan peniaga letak tanda harga

Posted: 22 Jan 2014 11:32 AM PST

Oleh MOHAMED SAARI
utusanjohor@utusan.com.my

ABDUL Aziz Siamin (dua dari kanan) dan Norshida Ibrahim (kiri) melihat ikan yang dijual di Pasar Borong Taman Yayasan semasa melakukan tinjauan harga sempena Ops Harga di Segamat, kelmarin.

SEGAMAT 22 Jan. - Ops Harga 2014 yang dilancarkan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) cawangan Segamat semalam akan memberi tumpuan kepada pasar basah, kedai runcit, pasar mini, medan selera dan restoran.

Pengurusnya, Abdul Aziz Siamin berkata, operasi itu juga bertujuan memastikan para peniaga meletakkan tanda harga pada barangan jualan mereka terutamanya menjelang sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

"Peniaga yang melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatuan 2011 boleh didenda sehingga RM50,000 (individu) dan RM100,000 (syarikat) atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

"Sepanjang tempoh Ops Harga ini, pesalah akan terus didakwa di mahkamah kerana tindakan kompaun yang sering dikenakan selama ini tidak memberi kesedaran kepada mereka," katanya selepas melakukan tinjauan harga di sekitar Taman Yayasan, di sini semalam.

Yang turut serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buloh Kasap, Norshida Ibrahim dan beberapa ketua kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Buloh Kasap.

Abdul Aziz berkata, pihaknya akan memberi tumpuan terhadap alat timbang dan sukat bagi memastikan peralatan tersebut berfungsi dengan betul dan sah seperti yang digariskan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972.

Beliau berkata, para peniaga yang menipu sukatan dan timbangan boleh didenda maksimum RM4,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Norshida menasihatkan para pengguna supaya bijak membuat perancangan semasa berbelanja dan mengutamakan barangan keperluan asas terlebih dahulu serta membuat perbandingan.

NGO disaran bantu didik pengguna amal perbelanjaan berhemat

Posted: 22 Jan 2014 11:32 AM PST

MOHAMED Khaled Nordin menyampaikan replika cek RM25,000 dan trofi kepada wakil peniaga Medan Selera Impian Tepian Tebrau di Dewan Sangkar Kristal, Johor Bahru, kelmarin.

JOHOR BAHRU 22 Jan. - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini disaran membantu kerajaan untuk mendidik dan menggalakkan orang ramai mengamalkan perbelanjaan berhemat.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, NGO terutama persatuan pengguna juga diharap dapat membantu memberi kesedaran tentang aspek itu kerana mampu mempengaruhi corak perbelanjaan isi rumah serta pengguna.

Menurutnya, usaha itu boleh dibuat menerusi pelbagai program seperti kempen hebahan supaya dapat dikongsi bersama.

"Kerajaan negeri akan mengikuti perkembangan persatuan pengguna yang ada di negeri ini dan mereka yang aktif serta sering menganjurkan program kepenggunaan akan diberi dorongan dan bantuan yang sewajarnya.

"Yang penting dan perlu diutamakan adalah pengguna," katanya dalam Majlis Penyampaian Anugerah Program Pengiktirafan Medan Selera Pilihan Pengguna 2013 di Dewan Sangkar Kristal, di sini semalam.

Dalam majlis itu, beliau turut menyampaikan hadiah kepada medan selera terbaik iaitu Sri Stulang, Tepian Tebrau dan Atap Berlian Hutan Bandar yang membawa pulang hadiah dalam bentuk peruntukan pembangunan berjumlah RM25,000 setiap satu.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled turut memuji program dianjurkan Persatuan Penggerak Pengguna Johor (PPPJ) yang berjaya mewujudkan kerjasama baik antara NGO dengan agensi kerajaan pada masa akan datang.

"Saya berharap dengan pengiktirafan yang diterima akan menjadi motivasi dan tekad bagi penerima meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan untuk kesejahteraan para pelanggan," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat