{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


'Sentuhan' doktor percuma

Posted: 23 Jan 2014 11:28 AM PST

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI
utusan.johor@gmail.com

Seorang penduduk menjalani ujian tekanan darah ketika mengunjungi Kem Kesihatan anjuran Hospital Pakar Pasir Gudang di Kampung Senibong, Johor Bahru, baru-baru ini.

JOHOR BAHRU 23 Jan. - Kesihatan tubuh seseorang merupakan antara harta paling bernilai dan semestinya dijaga dengan baik bagi memastikan setiap individu itu berupaya melakukan pelbagai aktiviti harian mereka.

Namun dalam keadaan ekonomi semasa, tidak dinafikan kos yang perlu ditanggung bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan kesihatan daripada doktor pakar bukan murah dan pastinya keadaan itu membebankan bagi golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah.

Berbekalkan hasrat untuk menghulurkan bantuan dan sebagai salah satu tanggungjawab korporat, Hospital Pakar Pasir Gudang mengadakan Kem Kesihatan di Kampung Senibong, di sini baru-baru ini.

Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Berhad, Amiruddin Abdul Satar berkata, pihaknya amat mengambil berat tentang keperluan masyarakat, khususnya dalam bidang kesihatan.

Mohamed Khaled Nordin menjalani pemeriksaan kesihatan sempena majlis Kem Kesihatan anjuran Hospital Pakar Pasir Gudang di Kampung Senibong, Johor Bahru, baru-baru ini.

"Antara program yang diadakan termasuk ujian saringan kesihatan, kempen derma darah, pertandingan mewarna, aktiviti gotong-royong bersama penduduk dan mengecat masjid," katanya semasa menghadiri kem sehari berkenaan.

Pada program tersebut, penduduk tidak melepaskan peluang menerima rawatan dan nasihat daripada doktor pakar tulang, pakar kanak-kanak, pakar pembedahan, pakar perubatan dalaman serta pakar telinga, hidung dan tekak secara percuma.

Turut diadakan ceramah kesihatan bertajuk 'Radang Sendi: Pencegahan dan Rawatan' yang disampaikan oleh doktor pakar tulang, Datuk Dr. Zahir Husain Kamari.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang merasmikan kem tersebut menasihatkan orang ramai untuk memberi tumpuan lebih terhadap tahap kesihatan masing-masing.

Beliau berkata, adalah merugikan sekiranya ekonomi dan negeri Johor membangun, tetapi penduduknya tidak berada pada tahap kesihatan terbaik kerana tidak mendapat rawatan awal.

"Menerusi program seperti ini, penduduk bukan sahaja menerima khidmat kesihatan dan nasihat perubatan secara percuma, malah menerima 'sentuhan' daripada doktor pakar dalam bidang masing-masing.

"Program seperti ini amat dialu-alukan kerana menguntungkan kedua-dua belah pihak iaitu masyarakat setempat dan pihak hospital kerana mereka dapat menyumbang kembali kepada masyarakat yang menyokong selama ini.

"Kem seperti ini memberi peluang kepada golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan khidmat rawatan daripada doktor bertaraf antarabangsa. Saya berharap program serupa turut diadakan secara berkala di seluruh negeri bagi memastikan tahap kesihatan masyarakat berada pada paras terbaik," katanya yang turut mengambil kesempatan meninjau proses pemeriksaan kesihatan dilakukan.

RM2j bantu wanita Johor berniaga

Posted: 23 Jan 2014 11:28 AM PST

ISMAIL Mohamed (dua dari kiri) menyerahkan kunci Rumah Vateran 1Malaysia kepada Jamilah Salim (dua dari kanan) pada majlis penyerahan rumah tersebut di Kampung Bukit Batu, Bukit Pasir, Muar, Johor, baru-baru ini.

PAGOH 23 Jan. - Kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM2 juta di bawah Skim Galakan Usahawan pada tahun ini bagi meningkatkan penyertaan lebih ramai golongan wanita muda menceburi bidang perniagaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Ismail Mohamed berkata, peruntukan itu telah diluluskan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin dan jumlah dana akan ditambah sekiranya mendapat sambutan menggalakkan.

"Kita mahu wanita muda khususnya ahli-ahli Pergerakan Puteri UMNO terlibat dalam perniagaan antaranya dalam bidang andaman perkahwinan kerana perniagaan ini boleh dilakukan di kampung dan tidak perlu berhijrah ke bandar.

"Bidang perniagaan atau perkhidmatan ini masih kurang diteroka sedangkan perniagaan ini menjanjikan prospek masa depan yang cerah kerana permintaannya berterusan setiap masa," katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah Veteran 1Malaysia di Kampung Bukit Batu, Bukit Pasir, dekat sini kelmarin.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Noriah Mahat; Naib Presiden 1 Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Mejar (B) Sazali Ismail; Pegawai Pemerintah 8 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja, Mejar Suraihan Md. Lani dan Ketua PBTM Cawangan Muar, Shamsudin Rais.

Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang berharap mereka yang berminat perlu terlebih dahulu mengikuti kursus kemahiran seperti di Kolej Komuniti ataupun agensi kerajaan berkaitan.

Selain itu, beliau juga mahu wanita muda menjalankan perniagaan jahitan pakaian kerana ketika ini bidang tersebut banyak diusahakan wanita golongan pertengahan.

"Kita mahu melahirkan lebih ramai pelapis dalam bidang ini yang mempunyai kaitan dengan perniagaan andaman perkahwinan. Selain boleh meningkatkan kemahiran diri, secara tidak langsung dapat menambah pendapatan keluarga," katanya.

Menurutnya, Johor merupakan satu-satunya negeri yang menawarkan skim tersebut dan peruntukan itu ditambah setiap tahun khususnya bantuan dan penjenamaan produk kepada RM10,000 tahun ini berbanding RM8,000 seorang tahun lalu.

Walaupun peruntukan tahunan itu di bawah bidang kuasa Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Md. Jais Sarday tetapi pihaknya turut mengendalikan dana tersebut.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat