{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Alumni digesa terus beri sumbangan kepada IPT

Posted: 19 Jan 2014 11:20 AM PST

Mohamed Khaled Nordin (tengah) bersama Wahid Omar (kiri) dan Omar Osman (dua dari kiri) beramah mesra dengan bekas alumni USM semasa Majlis Minum Petang Persatuan Alumni USM Johor di UTM Skudai, Johor Bahru, kemarin.

JOHOR BAHRU 19 Jan. - Semua persatuan bekas penuntut atau alumni institusi pengajian tinggi (IPT) digesa terus memberi sumbangan, sekali gus membantu memperkasakan universiti masing-masing.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kejayaan sesebuah universiti bukan hanya pada tahap kualiti penuntut sedia ada, malah turut bergantung kepada sumbangan besar daripada bekas penuntutnya.

Beliau berkata, pemindahan ilmu, idea dan pelbagai sumbangan kepada pihak universiti tidak seharusnya terhenti ketika penuntut menamatkan pengajian, sebaliknya perlu dibuat secara berterusan.

"Jika dilihat matlamat penubuhan sesebuah universiti, kita dapati IPT itu ditubuhkan untuk melahirkan modal insan, menggerakkan ekonomi terutama berasaskan inovasi dan hubungan dengan masyarakat.

"Untuk itu kita dapat lihat bahawa pembabitan alumni ini penting kerana secara tidak langsung akan dapat menaikkan reputasi universiti masing-masing," katanya pada Majlis Minum Petang Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysia (USM) Johor di sini semalam.

Turut hadir Naib Canselor USM, Prof. Datuk Omar Osman; Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Dr. Wahid Omar dan Presiden Persatuan Alumni USM Johor, Khairull Azmi Ishak.

Majlis yang diadakan di Dewan Bankuet UTM itu turut mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk Ikatan Mahasiswa Johor (Ikmar) dan dihadiri lebih 300 alumni USM yang rata-ratanya warga Johor.

Terdahulu, kira-kira 60 ahli Ikmar dan 20 penuntut UTM bekerjasama menjayakan program gotong-royong di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Pulai dan menganjurkan bengkel motivasi murid tahun enam sekolah berkenaan.

Sementara itu Omar berkata, Persatuan Alumni USM Johor yang ditubuhkan pada 2012 menjadi persatuan alumni pertama di negara ini yang menubuhkan sekretariat persatuan di sebuah universiti berbeza iaitu di UTM.

Menurutnya, penubuhan sekretariat itu membuktikan dua universiti di negara ini boleh menjalinkan kerjasama dalam memberi manfaat kepada masyarakat pada masa hadapan.

"Antara program yang diberikan perhatian oleh Persatuan Alumni USM Johor adalah Pusat Dalam Komuniti (PDK) yang akan dijalankan bagi mendekati orang kurang upaya dan beberapa program lain," katanya.

LKIM agih elaun RM83.3 juta

Posted: 19 Jan 2014 11:20 AM PST

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my

Khairunnisak Omar (dua dari kiri) mengiringi Abd. Razak Minhat (kiri) menyampaikan elaun sara hidup nelayan di Ledang, baru-baru ini.

LEDANG 19 Jan. - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sudah mengagihkan sebanyak RM83.3 juta kepada kira-kira 12,000 nelayan di negeri ini sebagai elaun sara hidup sejak lebih lima tahun lalu dalam usaha meringankan beban kehidupan mereka.

Timbalan Pengarah LKIM Johor, Khairunnisak Omar berkata, jumlah tersebut diberikan kepada nelayan yang berdaftar dengan persatuan nelayan kawasan (PNK) masing-masing sejak elaun tersebut mula diperkenalkan pada Jun 2008.

"Jumlah terbesar diberikan kepada nelayan di Batu Pahat iaitu RM15.1 juta diikuti Johor Selatan (RM14.77 juta) dan Muar (RM14.05 juta). Elaun bulanan RM200 itu diberikan kepada pemilik individu lesen vesel perikanan atau lesen menangkap ikan yang sah.

"Elaun itu turut diberikan kepada pekerja dalam kalangan warga tempatan iaitu mereka yang memiliki kad nelayan dikeluarkan Jabatan Perikanan Malaysia. Semua penerima mesti menjadi ahli PNK supaya insentif atau apa-apa bantuan dapat disalurkan," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian elaun sara hidup kepada 230 nelayan kawasan Ledang di Dewan Serbaguna Taman Tun Syed Nasir, di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serom, Abd. Razak Minhat dan Pengarah Perikanan Negeri Johor Hamid Yasin.

Untuk itu, Khairunnisak mengingatkan nelayan di negeri ini yang masih tidak mendaftar sebagai ahli supaya segera berbuat demikian kerana mereka berpeluang mendapat pelbagai bantuan kerajaan seperti insentif tangkapan, subsidi petrol, bantuan bencana alam, baik pulih rumah, pinjaman tanpa faedah melalui dana nelayan untuk membeli bot dan peralatan menangkap ikan.

Dalam sidang akhbar selepas itu, beliau mengingatkan pemborong, peraih dan pembekal termasuk peniaga supaya tidak menaikkan harga ikan sesuka hati berikutan terdapat aduan di beberapa daerah yang berdepan dengan keadaan tersebut.

"Terdapat segelintir pemborong, peraih dan pembekal didapati menyorokkan bekalan ikan dan hanya menjualnya dengan harga yang tinggi untuk mengaut keuntungan berlipat ganda semasa hasil berkurangan terutama musim tengkujuh.

"Faktor lain menyebabkan bekalan ikan kurang kebelakangan ini sehingga membuatkan harganya tidak menentu ialah keadaan laut bergelora yang menyebabkan nelayan tidak dapat turun menangkap ikan. Namun, ia akan diatasi dengan pengeluaran stok pelbagai jenis ikan beku yang lebih murah daripada harga semasa," katanya lagi.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat