{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Bersikap jujur bantu masyarakat

Posted: 07 Jan 2014 10:14 AM PST

Oleh HANIZA HASSAN
utusanjohor@utusan.com.my

Sebahagian graduan bergembira selepas menerima diploma masing-masing pada Majlis Konvokesyen Instedt Ke-8 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru, baru-baru ini. - Utusan/RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU 7 Jan. - Semua graduan Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim (Instedt) digesa bersikap jujur, amanah dan tidak mementingkan diri dalam membantu masyarakat.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Shahrul Azila Mohd. Salleh berkata, graduan yang terlalu bersikap kebendaan atau materialistik juga tidak akan mampu bertahan lama dalam menghadapi cabaran di alam pekerjaan.

Beliau berkata, sifat kebendaan itu hanya akan membawa mereka ke arah perkara negatif, memanipulasi peluang yang ada tanpa mengira halal dan haram, tamak, sanggup menjejaskan integriti dan mengorbankan kepentingan orang lain.

"Semasa bekerja, anda semua mesti membuktikan kecekapan, mengamalkan pengurusan terkini yang terbaik, sekali gus menyumbang kepada kejayaan sesebuah organisasi.

"Graduan juga disarankan untuk mempelbagaikan kemahiran yang ada seperti meningkatkan kemahiran komunikasi, penggunaan teknologi maklumat serta keusahawanan," katanya dalam Majlis Konvokesyen Instedt Ke-8 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini kelmarin.

Seramai 488 graduan yang menerima diploma masing-masing terdiri daripada penuntut jurusan Diploma Kejururawatan, Diploma Pengurusan Perniagaan, Diploma Perakaunan, Diploma Pengurusan Pelancong dan Diploma Teknologi Maklumat.

Instedt menjadi salah sebuah kumpulan pendidikan tinggi swasta milik bumiputera yang terbesar di Johor sejak penubuhannya pada 1997 dan kini menawarkan 13 kursus.

Shahrul Azila berkata, dalam mengukuhkan proses pembelajaran dan karier penuntut, Instedt sentiasa mengutamakan kepentingan dan keperluan mereka sebagai teras hala tuju institusi pendidikan itu.

"Oleh itu, perhatian yang teliti dan fokus akan diberikan terhadap bidang pengajian yang diminati serta laluan kerjaya terbaik untuk diceburi para penuntut selepas mereka menamatkan pengajian," katanya.

Menurutnya, kajian yang dibuat melibatkan lepasan Instedt mendapati mereka mendapat pekerjaan dalam sektor awam dan swasta.

Sains bukti kebesaran, kebenaran Allah - Sasman

Posted: 07 Jan 2014 10:14 AM PST

Sasman Yasir (kiri) bersama dengan pemenang yang menyertai pameran dan mereka cipta sempena Karnival Sains KMJ 2013 di Ledang, Johor, baru-baru ini.

LEDANG 7 Jan. - Ilmu sains perlu dijadikan alat untuk menyingkap tanda dan kebesaran Allah melalui penyelidikan walaupun tidak semua perkara boleh dibuktikan melalui kajian saintifik.

Pengarah Kolej Matrikulasi Johor (KMJ), Sasman Yasir berkata, ini kerana penemuan sains dapat menemukan seseorang dengan hakikat kebenaran dan segala yang berlaku adalah ketentuan Allah termasuk fenomena pelik, ajaib dan aneh.

"Kita semua sedia maklum sains dan Islam saling berkait rapat. Sains berlunaskan prinsip tauhid, melihat kewujudan makhluk membuktikan wujudnya Khaliq atau Allah. Untuk itu, ilmu sains amat penting terutama bagi umat Islam.

"Sains dan teknologi ketika ini telah mengalami perkembangan yang begitu pesat bagi kehidupan manusia sekarang," katanya semasa menutup Karnival Sains KMJ 2013 di KMJ Sagil, di sini kelmarin.

Beliau berkata, kedua-dua bidang itu amat penting pada masa ini dan ilmuwan terus mengkaji serta meneliti ilmu berkenaan sebagai penemuan yang paling canggih, sekali gus menjadi simbol kemajuan abad ini.

"Sekiranya sesebuah negara atau bangsa tidak mengikuti perkembangan sains dan teknologi, mereka akan mengalami kerugian serta dikategorikan tidak maju dan terkebelakang," katanya.

Mengenai karnival tersebut, beliau berkata, penganjurannya bertujuan menambah nilai dan merangsang keilmuan pelajar KMJ terhadap kreativiti serta inovasi dalam bidang sains.

Katanya, secara tidak langsung, karnival itu akan memberi impak besar kepada pelajar dalam pemantapan dan pemahaman terhadap mata pelajaran sains secara keseluruhannya selain mengeratkan hubungan antara pelajar dan pensyarah.

"Ternyata masing-masing mempunyai bakat terpendam hasil bimbingan pensyarah sehingga dapat menghasilkan produk bermanfaat.

"Sudah tentu kemahiran dan pencapaian para pelajar dalam bidang sains akan membuka peluang cerah pada masa depan," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat