Utusan Online - Kesihatan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Kesihatan |
Posted: 14 Jan 2014 11:28 AM PST Chef Christopher Yee dengan sajian sihat sempena Tahun Baru Cina. LAPORAN media baru-baru ini menyatakan bahawa Malaysia menduduki tempat ke enam di rantau Asia Pasifik bagi penduduk paling ramai mengalami obesiti (kegemukan) dan senarai teratas di Asia Tenggara dari segi obesiti dan diabetes (kencing manis). Malah Kementerian Kesihatan baru-baru ini mengumumkan terdapat kira-kira tiga juta rakyat Malaysia yang obes atau gemuk dan bilangan ini semakin meningkat. Keadaan ini amat membimbangkan dan membangkitkan cadangan untuk menyenaraikan obesiti secara rasmi sebagai satu penyakit yang perlu dirawat. Justeru, ungkapan mencegah lebih baik daripada mengubati dan biarkan makanan menjadi penawar memberi inspirasi kepada kedai buah terkenal, MBG untuk melancarkan kempen MBG Golden Ho7se Bonanza, bertujuan menggalakkan orang ramai mengambil buah-buahan sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Kekasih tahun ini. Pengarah urusannya, Adnan Lee berkata, sudah tiba masanya rakyat negara ini memikirkan tentang makanan yang sihat dan menjadikan buah-buahan dan sayuran sebagai asas dalam diet makanan. "Buah-buahan adalah makanan serba guna dan sangat sihat yang boleh disesuaikan dengan apa jua jenis sajian. Malah, buah boleh dimasukkan ke dalam resipi tradisional seperti sajian untuk Tahun Baru Cina. "Makanan dan kudapan Tahun Baru Cina seperti kuih bakul, serunding daging, kuih badam dan nasi pulut memang sukar untuk ditolak apabila kita menghadiri rumah terbuka. Tetapi semua makanan ini mengandungi banyak lemak, minyak, garam dan gula yang boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan. "Kita boleh menikmati semua makanan kegemaran ini tetapi kita perlu bijak memilih dan makan dengan sederhana. Lebih baik lagi, gantikan makanan tertentu dengan buah-buahan untuk menjadikannya resipi musim perayaan yang lebih sihat," nasihat Adnan yang menyarankan orang ramai mengambil lima hidangan sayuran dan buah-buahan warna-warni sehari sebagai sebahagian daripada diet dan gaya hidup sihat. Katanya, promosi MBG Golden Ho7se Bonanza yang berlangsung dari 6 Januari hingga 9 Februari ini pada asasnya adalah kempen makan secara sihat selain ganjaran tahun baharu untuk menggalakkan rakyat Malaysia mengambil buah-buahan sebagai sebahagian daripada diet pada bila-bila masa. Tema kempen MBG Golden Ho7se Bonanza mengandungi huruf 'r' terbalik untuk menunjukkan jumlah nombor '2014' dan menggambarkan kedudukan 'kuda' dalam kitaran kalendar Cina. MBG juga berharap angka 7 yang melambangkan tuah dalam adat resam Cina akan membawa kemakmuran, kesihatan dan segala kebaikan kepada rakyat Malaysia pada Tahun Kuda. Sementara itu Chef Christopher Yee dari Top Shelf French Restaurant berkata, dengan sedikit kreativiti seseorang mampu menggunakan buah-buahan sebagai bahan masakan atau sekurang-kurangnya sebagai pencuci mulut termasuk sajian ketika sambutan Tahun Baru Cina, "Kita hanya memerlukan sedikit kreativiti, gerak hati dan sedikit keupayaan untuk bermain dengan perasa, tekstur dan warna buah-buahan untuk menambah kelazatan rasa serta gaya persembahan sajian," kata Chef Yee diminta mencipta beberapa resipi Tahun Baru Cina menggunakan buah-buahan. Sajian kegemaran Tahun Baru Cina versi Chef Yee yang lebih sihat dan lebih segar adalah yee sang buah-buahan dan sayuran. Salad moden ini mudah disediakan dan membuka selera ini ditambah konsome ceri dan dipadankan dengan sos plum. Boleh gunakan buah-buahan seperti lobak merah, pear, tembikai, limau Mandarin, dan limau bali untuk menambah tekstur, kesegaran dan kerangupan ke dalam bahan asas yee sang. Dalam pada itu, MBG menganjurkan promosi buah-buahan di semua cawangannya. Orang ramai hanya perlu menjawab satu soalan mudah tentang resipi Chef Yee untuk merebut peluang memenangi hadiah menarik. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Kesihatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |