{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Kesihatan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Kesihatan


Bahaya virus hepatitis

Posted: 26 Jan 2014 06:54 AM PST

Bersama profesor Dr. Nik Hazlina Nik Hussain

Vaksin hepatitis boleh mencegah daripada jangkitan hepatitis B.

SALAM doktor. Saya sedang hamil anak sulung. Semasa pemeriksaan antenatal, saya dimaklumkan bahawa saya pembawa Hepatitis B. Saya amat runsing dengan bayi dalam kandungan. Mohon doktor perjelaskan.

Puan Siti, Terengganu

Jawapan

Hepatitis bermaksud radang pada hati. Hepatitis terbahagi kepada beberapa jenis. Hepatitis B disebabkan jangkitan virus. Ia dijangkitkan daripada seorang individu kepada individu lain melalui cairan badan seperti darah, air liur, air mani atau rembesan faraj. Sistem imunisasi atau daya ketahanan badan seseorang itu sendiri boleh melindungi daripada hepatitis B.

Jika anda menghidap hepatitis B, anda mungkin mengalami jaundis iaitu kulit dan mata putih anda menjadi kuning. Satu lagi simptom jaundis ialah air kencing yang berwarna gelap dan najis yang pucat warnanya.

Pakar tidak begitu pasti tentang rawatan yang terbaik. Ini kerana, tidak ada banyak bukti tentang rawatan apakah yang paling selamat bagi wanita hamil.

Anda mungkin tidak akan menerima rawatan berbentuk ubat-ubatan atau dadah kerana ia boleh membahayakan bayi dalam kandungan. Cara terbaik yang boleh anda lakukan ialah banyak berehat, jaga pemakanan dan jangan minum minuman beralkohol.

Sejenis ubat yang dinamakan lamivudine dikatakan boleh mengurangkan risiko jangkitan hepatitis daripada ibu kepada bayi. Namun, masih banyak kajian yang perlu dilakukan untuk memastikan keberkesanannya.

Kesan ke atas bayi

Kemungkinan besar, kehamilan dan kelahiran bayi anda akan berjalan dengan lancar. Hepatitis B juga kadang kala boleh menyebabkan komplikasi kehamilan. Jika anda menghidap hepatitis B, anda dikhuatiri lebih berisiko mengalami kelahiran pramatang, melahirkan bayi yang kecil, mendapat diabetes gestasi dan mungkin mengalami pendarahan yang teruk pada hujung kehamilan.

Jika anda mendapat hepatitis B semasa hamil, jangkitan ini boleh muncul semula selepas anda bersalin. Ada kemungkinan anda akan menjangkitkan virus ini kepada bayi anda. Ini boleh berlaku semasa bayi masih dalam rahim atau semasa anda bersalin.

Anda boleh melahirkan bayi secara normal. Pembedahan caesarean tidak mengurangkan kemungkinan bayi anda dijangkiti hepatitis B.

Namun, bayi anda boleh dilindungi daripada hepatitis B sebaik-baik sahaja dia dilahirkan. Dia akan menerima imunisasi vaksin hepatitis B. Dalam sesetengah kes, jika bayi anda dilahirkan awal, dia mungkin akan diberi suntikan yang dipanggil imunoglobulin hepatitis B beserta vaksin.

Anda sebenarnya selamat menyusukan bayi walaupun anda menghidap hepatitis B jika dia menerima vaksin yang diperlukan. Pastikan bayi anda melekap dengan betul untuk mengelakkan puting anda merekah atau berdarah.

Penyelaras Unit Perkembangan Kesihatan Wanita (Pakar Obstetrik & Ginekologi)

Pusat Pengajian Sains Perubatan Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan.

Sebarang soalan dan pertanyaan berkaitan sakit puan, boleh e-mel ke adawiyah.koh@utusan.com.my

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat