{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Kesihatan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Kesihatan


Nafas berbau tanda penyakit?

Posted: 28 Jan 2014 05:41 AM PST

Oleh mariatul qatiah zakaria
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar noor azlina jaafar

Dr. Naseem Banu

"SEBENARNYA banyak perkara yang menyumbang kepada berlakunya nafas berbau dan permasalahan ini juga boleh dikategorikan sebagai tanda diri kita berpenyakit." Itu antara kenyataan awal diberikan oleh Pakar Pembedahan Pergigian, Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur, Dr. Naseem Banu Sadruddin, sebaik sahaja diajukan persoalan adakah masalah nafas berbau merupakan simptom awal seseorang itu menghidap penyakit dalaman atau sebaliknya.

MENURUT Dr. Naseem Banu, sekiranya masalah tersebut bukan terhasil daripada penyakit dalaman yang dialami individu tersebut, ia sebenarnya adalah disebabkan oleh bakteria yang berkumpul di dalam mulut akibat daripada penjagaan oral yang tidak betul.

Begitupun, penurunan kandungan air liur di dalam mulut juga adalah antara penyebab nafas berbau. Disebabkan itu juga Dr. Naseem Banu menasihatkan, individu yang mengalami masalah nafas berbau perlu menjalani pemeriksaan terlebih dahulu sebelum boleh diklasifikasikan sama ada ia hanya disebabkan penjagaan oral yang tidak betul atau merupakan satu penyakit berpunca daripada dalam badan.

"Bagi mereka yang tidak mengalami sebarang penyakit mulut seperti tonsil, resdung, sakit tekak, selesema, demam, kencing manis, penyakit hati, penyakit buah pinggang, kanser mulut, dan sebagainya, nafas berbau ini selalunya berpunca daripada penjagaan oral (mulut) yang tidak betul.

Memberus gigi merupakan salah satu penjagaan mulut yang dapat mengelakan nafas berbau.

"Bau tersebut terhasil daripada proses pereputan sisa-sisa makanan yang terselit di antara gigi dan gusi.

"Oleh yang demikian, penjagaan oral dengan betul adalah penting dalam usaha memastikan nafas sentiasa segar dan tidak berbau," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Dr. Naseem Banu lagi, tidak perlu bersusah payah memberus gigi atau berkumur dengan pencuci mulut setiap kali habis makan bagi memastikan sisa-sisa makanan tidak melekat pada celah gigi, sebaliknya cukup sekadar berkumur dengan air bersih dengan cara yang betul.

Bagaimanapun, sekiranya ingin juga memberus gigi juga selepas makan, disyorkan dilakukan 30 minit selepas itu.

Memberus gigi dua kali sehari sudah memadai untuk mengelakkan sebarang masalah lain timbul seperti gigi menjadi nipis.

Pada masa yang sama, Dr. Naseem Banu turut memberitahu pembersihan lidah juga adalah penting kerana kebanyakkan bakteria busuk suka berada pada penghujung lidah.

Seboleh-bolehnya bersihkan lidah dengan menggunakan berus gigi tetapi dengan cara yang lembut.

"Sekiranya tidak dapat berkumur atau memberus gigi pada masa-masa tertentu, cuba kunyah gula-gula getah kerana boleh membantu melonggarkan makanan yang terselit di antara gigi serta menutup bau busuk nafas anda.

"Tetapi awas, anda dinasihatkan agar mengunyah gula-gula getah tanpa gula kerana gula getah bergula akan memburukkan lagi bau nafas," katanya.

Tip segarkan nafas

Dalam hal ini, Dr. Naseem Banu memberikan beberapa tip untuk menyegarkan kembali nafas, antaranya seperti pengambilan yogurt (yang masam) kerana makanan ini mengandungi vitamin D yang boleh melawan bakteria yang mengakibatkan nafas berbau.

Walaupun nampak kuno, beliau turut menjelaskan daun sirih juga sebenarnya mengandungi klorofil yang menyegarkan nafas jika dimakan secara konsisten, tidak ketinggalan mengunyah beberapa helai daun kari dan juga daun pudina.

Selain itu, beliau turut menyarankan agar berkumur dengan air suam yang telah dicampurkan dengan serbuk penaik (tulen yang tidak dicampur dengan bahan kimia) selama 30 saat dalam usaha menjaga masalah nafas berbau ini.

Ini kerana kandungan serbuk penaik mampu menyeimbangkan asid yang terkandung dalam badan dan seterusnya menyegarkan semula pernafasan.

Apa yang pasti, Dr. Nassem Banu berkata, punca utama yang menyebabkan masalah nafas berbau bagi mana-mana individu yang tidak mengalami sebarang penyakit ialah makanan.

"Dalam hal ini (masalah nafas berbau), makanan merupakan punca utama kepada permasalahan ini kerana makanan harian hari ini terdapat lebih karbohidrat selain makanan yang berprotein lebih kepada jenis yang bergoreng.

"Jika kita lihat masyarakat kampung yang hidup dalam suasana yang tidak tercemar dan makan makanan yang segar dan asli, mereka jarang mengalami masalah nafas berbau ini.

"Jadi selain penjagaan oral dengan betul, pilihlah makanan yang betul untuk mengelakkan nafas anda berbau," katanya menutup bicara.

Rawatan kulit kepala

Posted: 28 Jan 2014 05:41 AM PST

Oleh mariatul qatiah zakaria
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar kamal basri

Sebelum mendapatkan rawatan pelanggan akan diberi khidmat nasihat oleh Siti Raha (kanan) sendiri.

KELUMUMUR merupakan masalah kulit kepala yang boleh menjadi serius sekiranya tiada usaha untuk mengambil tindakan lanjut untuk mengurang atau menyembuhkannya.

Tidak memilih jantina, baik lelaki mahupun wanita, kedua-dua golongan ini berpotensi mengalami masalah tersebut sekiranya tidak menitik beratkan soal penjagaan atau kesihatan kulit kepala.

Semua sedia maklum, rambut merupakan mahkota yang tidak ternilai buat semua individu. Penjagaanya bukan sukar tetapi tidak mudah untuk mempraktikkannya.

Jadi kepada mereka yang mengalami masalah kelumumur adalah dinasihatkan agar mencari produk yang bersesuaian atau mengunjungi mana-mana pusat rawatan untuk mencari jalan penyelesaiannya.

Butik Kecantikan Vital antara butik kecantikan yang menawarkan perkhidmatan merawat permasalahan rambut atau kulit kepala.

Menurut pemiliknya, Siti Raha Sakeh, 41, hari ini ramai dalam kalangan wanita terutamanya yang bertudung menghadapi masalah rambut gugur, kelumumur atau kulit kepala berminyak.

Katanya lagi, sekiranya tidak ditangani dengan segera ia akan menjadi lebih teruk dan untuk merawatnya akan mengambil masa yang lama untuk pulih.

Pada masa yang sama masalah tersebut mampu membuatkan keyakinan diri individu tersebut hilang.

"Lazimnya, permasalahan kulit kepala ini sering terjadi kepada kaum wanita yang bertudung kerana rambut mereka sentiasa ditutupi tanpa pengaliran udara yang segar.

"Begitupun, sekiranya mereka pandai menjaga masalah ini tidak akan timbul malah rambut serta kulit kepala akan sentiasa bersih dan sihat.

"Bagaimanapun, kepada mereka yang mengalami masalah ini dinasihatkan agar mendapat nasihat daripada pakar selain mengunjungi spa-spa kecantikan yang menawarkan perkhidmatan rawatan kulit kepala," ujarnya ketika ditemui di premis perniagaannya yang terletak di No. 68, Jalan Renang 13/26, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.

Mengulas lanjut mengenai rawatan kepala yang diberikan di spanya, jelas Siti Raha, ia merangkumi rawatan rambut, kelumumur, dan juga kulit kepala berminyak.

Ini kerana tambahnya, mereka yang mengalami masalah rambut gugur pastinya turut mempunyai masalah kulit kepala berminyak dan sekiranya masalah rambut gugur itu berada pada tahap kritikal ini sekaligus bermakna ia adalah faktor kelumumur.

Untuk itu, spanya menawarkan ketiga-tiga rawatan serentak agar ia dapat dirawat pada masa yang sama.

Bagi rawatan tersebut, Siti Raha memberitahu ia mengambil masa selama satu setengah jam di mana ia mempunyai pelbagai peringkat.

"Pada awal rawatan ini, kepala akan diletakkan minyak khas di kulit kepala dengan sedikit urutan sebelum diwapkan selama 10 hingga 15 minit tetapi ia turut bergantung kepada keadaan kulit kepala pelanggan yang mengalami masalah ini.

"Kemudian rambut akan disyampu menggunakan syampu khas sebelum dibasuh dan dibilas bersih di mana peringkat ini ia adalah rawatan khusus untuk kulit kepala.

"Seterusnya, bahan-bahan campuran herba akan dilumur di atas kepala pelanggan dan dibungkus selama setengah jam sebelum dicuci bersih. Selepas itu disapu tonik khas ke seluruh kulit kepala diikuti dengan urutan sebelum rambut dikeringkan," ujarnya lagi.

Menurut Siti Raha lagi, rawatan yang diberikan kepada pelanggan mengikut tahap masalah kulit kepala yang dialami dan sekiranya agak serius dinasihatkan menjalani rawatan ini seminggu sekali.

Melalui pengunaan tonik khas tersebut, perubahan akan kelihatan selepas rawatan kedua dilakukan.

Spa tersebut turut memberikan perkhidmatan rawatan secara pakej di mana para pelanggan boleh memilih sama ada untuk enam atau 12 kali rawatan.

Bercerita mengenai spanya yang dibuka sejak tahun 2003, ia beroperasi hanya untuk kaum wanita sahaja.

Memulakan operasi pukul 10 pagi hingga 8 malam, Butik Kecantikan Vital turut menawarkan pelbagai rawatan kecantikan dari hujung rambut hingga hujung kaki termasu pelangsingan badan, rawatan muka, dan salon rambut.

Dibantu tiga orang pekerja tetap termasuk anak sulungnya, Elzira Fatiha Shamsudin, 20, Siti Raha menasihatkan agar setiap pelanggan membuat tempahan terlebih dahulu bagi mengelak menunggu lama.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat