Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Posted: 01 Jan 2014 11:13 AM PST PRAGUE 2 Jan. - Duta Palestin ke Prague, Jamal Al Jamal terbunuh selepas berlakunya letupan di kediamannya di sini semalam. Menteri Luar Palestin berkata, Jamal cuba untuk membuka peti keselamatan yang baru dipindahkan ke rumahnya dan menurut sumber kerajaan letupan itu mungkin berlaku disebabkan oleh peledak keselamatan yang terdapat dalam peti tersebut. ``Perkara itu masih lagi belum dipastikan, sesetengah peti keselamatan mempunyai mekanisme yang dicipta khas untuk memusnah dokumen penting apabila kuncinya diganggu, lapor sumber itu. - REUTERS |
Posted: 01 Jan 2014 09:42 AM PST PHNOM PENH 2 Jan. - Kerajaan Kemboja bersetuju untuk menaikkan kadar gaji minimum bulanan pekerja di negara ini dari AS$80 (RM363.21) kepada AS$100 (RM454.01) bermula Februari depan. Dalam satu kenyataan, Menteri Buruh dan Latihan Vokasional memberitahu, para pekerja pakaian dan kasut akan menikmati kenaikan gaji minimum bulan sebanyak AS$100 (RM454.01) bermula 1 Februari 2014. Kenaikan sebanyak AS$20 (RM90.80) itu dibuat, selepas beribu-ribu orang pekerja melakukan tunjuk perasaan terhadap Parti Penyelamat Kebangsaan Kemboja (CNRP), menuntut supaya gaji minimum ditingkatkan kepada AS$160 (RM726.42) sebulan. - AGENSI |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |