Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
5 dipercayai kumpulan militan ditahan di Rusia Posted: 11 Jan 2014 11:33 AM PST MOSCOW 12 Jan. - Seramai lima anggota dipercayai kumpulan militan ditahan semalam, di bandar Nalchik, selatan negara ini. Bandar Nalchik, terletak di kaki bukit Gunung Caucasus, kira-kira 300 kilometer dari bandar Sochi, iaitu lokasi berlangsung Sukan Olimpik Musim Sejuk pada bulan depan. Presiden Rusia, Vladimir Putin, mengarahkan langkah-langkah keselamatan dipertingkatkan di seluruh negara ini, sejak pengebom berani mati yang mengorbankan 34 orang pada bulan lalu, di Volgograd, yang juga terletak di selatan Rusia. - REUTERS |
Filipina, Vietnam kutuk undang-undang perikanan China Posted: 11 Jan 2014 11:30 AM PST MANILA 12 Jan. - Filipina dan Vietnam semalam mengutuk undang-undang perikanan China yang memerlukan nelayan asing mendapat keizinan daripada pihak berkuasa Beijing, untuk memasuki Laut China Selatan. Jabatan Luar Filipina dalam satu kenyataan semalam menyatakan, undang-undang baharu itu meningkatkan ketegangan, merumitkan situasi di Laut China Selatan dan mengancam keamanan serta kestabilan di wilayah itu. Sementara itu, Jurucakap Menteri Luar Vietnam, Luong Thanh Nghi pula berkata, undang-undang dan peraturan baharu itu menyalahi undang-undang dan tidak sah serta melanggar kedaulatan Vietnam. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |