Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Penunjuk perasaan mahu usir kerajaan pimpinan Yingluck Posted: 13 Jan 2014 09:47 AM PST BANGKOK 14 Jan. - Ketua penunjuk perasaan antikerajaan Thailand, Suthep Thaugsuban semalam berikrar akan terus melakukan perhimpunan `menutup Bangkok, sehingga Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat (PDRC) berjaya mengusir kerajaan sementara pimpinan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra. "Kami akan menutup bandar raya ini, kami akan lakukannya sepanjang hari, setiap hari sehingga kami menang. "Tunjuk perasaan ini diadakan bukan untuk menganggu kehidupan rakyat di Bangkok kerana sasaran utama kami adalah untuk menghalang kakitangan kerajaan bekerja , kata Suthep kepada penunjuk perasaan ketika berhimpun di persimpangan jalan raya di Pathumwan. - AGENSI |
Satu lagi kematian akibat selesema burung di China Posted: 13 Jan 2014 09:44 AM PST BEIJING 14 Jan. - China melaporkan satu lagi kes kematian akibat wabak selesema burung H7N9 yang berlaku di barat daya wilayah Guizhou, lapor agensi berita Xinhua semalam. Menurut pihak berkuasa kesihatan, seorang lelaki berusia 38 tahun dari bandar Zunyi meninggal dunia Khamis lalu. Ini merupakan kes kematian pertama wabak tersebut berlaku di Guizhou pada tahun ini. - REUTERS |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |