Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Dua warga asing maut di Tripoli Posted: 03 Jan 2014 10:24 AM PST TRIPOLI 4 Jan. - Tentera Libya menemui mayat seorang lelaki warga Britain dan seorang wanita warga New Zealand yang ditembak mati di barat daya Tripoli semalam, kata sumber keselamatan kepada AFP. "Mayat lelaki Britain dan wanita New Zealand yang dipercayai mati akibat ditembak ditemui di pandai Mellita, kelmarin, jelas sumber. Menurut sumber itu lagi, kedua-dua mayat sudah dipindahkan ke Tripoli, namun tiada butiran lengkap mengenai punca kematian diberikan. - AFP |
Tiga maut feri karam di Lombok Posted: 03 Jan 2014 09:24 AM PST LOMBOK, Indonesia 4 Jan. - Tiga orang terkorban dan berpuluh-puluh lagi mengalami kecederaan selepas feri yang mereka naiki karam awal pagi semalam, ketika dalam perjalanan dari Pelabuhan Kayangan di Lombok menuju ke Pelabuhan Poto Tano, West Nusa Tenggara. Pengurus Operasi Feri Angkutan Sungai Danau dan Penyeberangan (ASDP) cawangan Kayangan, M. Yasin berkata, mereka yang terkorban adalah seorang lelaki pertengahan umur dan dua orang kanak-kanak. Mayat mereka berjaya ditemui oleh Pasukan Mencari dan Menyelamata (SAR) Indonesia. ``Feri berkenaan berlepas kira-kira pukul 2 pagi waktu tempatan (3 pagi waktu Malaysia), namun kami hanya mengetahui ia karam pada pukul 4 pagi waktu tempatan (5 pagi waktu Malaysia), kata M.Yasin kepada agensi berita Antara. - AGENSI |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |