Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Tujuh maut dalam runtuhan bangunan di India Posted: 04 Jan 2014 11:36 AM PST PANAJI, India 5 Jan. - Bangunan lima tingkat yang masih dalam proses pembinaan di negeri selatan India, Goa runtuh hari ini, mengakibatkan sekurang-kurangnya tujuh orang terkorban dan berpuluh-puluh lagi terperangkap di bawah runtuhan. Penguasa Polis Shekhar Prabhudessai berkata, pihaknya masih lagi berusaha untuk mengetahui jumlah pekerja yang berada di kawasan runtuhan yang terletak di Canacon, kira-kira 70 kilometer dari ibu negeri Pajani. ``Ketika kejadian suasana sekitar bagaikan berlakunya gempa bumi, kata seorang saksi kejadian sambil menambah kira-kira 40 orang buruh binaan bekerja di tapak tersebut. Polis dan penduduk tempatan berjaya mengeluarkan tujuh mayat dari runtuhan, sementara pasukan bomba dan penyelamat berusaha memindahkan sisa runtuhan untuk mencari mangsa yang masih terselamat. - AGENSI |
Kerajaan sementara Mesir ikrar tentang penunjuk perasaan Posted: 04 Jan 2014 09:27 AM PST KAHERAH 5 Jan. - Kerajaan Mesir berikrar akan menentang penunjuk perasaan pergerakan Ikhwanul Muslimin dengan menggunakan `sepenuh kekuatan , selepas 17 orang terbunuh dalam pertempuran terbaharu di seluruh negara, semalam. Pergerakan tersebut yang menuntut pembebasan bekas Presiden yang digulingkan Mohammed Mursi, ketika ini mengadakan tunjuk perasaan hampir setiap hari walaupun digelar sebagai pengganas bulan lalu. ``Mereka terus melakukan kegiatan jenayah walaupun digelarkan sebagai pengganas, kerajaan akan menentang segala aktiviti mereka dengan menggunakan sepenuh kekuatan, menurut kerajaan sementara Mesir dalam satu kenyataan. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |