Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
34 ahli ISIL maut bertempur penentang kerajaan Posted: 07 Jan 2014 11:46 AM PST BEIRUT 8 Jan. - Sebanyak 34 orang ahli kumpulan bersenjata dari Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) terkorban selepas bertempur dengan tentera penentang kerajaan, semalam. Kumpulan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria berkata, kejadian itu berlaku selepas pertempuran antara kedua-dua belah pihak di daerah Jabal Zawiya, wilayah Idlib. Ahli kumpulan ISIL dan kumpulan yang dikenali sebagai Jund al-Aqsa, telah dibunuh oleh penentang kerajaan sejak beberapa hari lepas, kata kumpulan pemantau yang berpangkalan di Britain. - AGENSI |
Komander paksa kanak-kanak pakai letupan diburu Posted: 07 Jan 2014 10:22 AM PST KANDAHAR 8 Jan. - Polis Afghanistan semalam, mencari seorang komander kumpulan Taliban yang didakwa memaksa seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun untuk memakai baju letupan bagi membantutkan serangan berani mati di wilayah Helmand. Kementerian Dalam Negeri berkata kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Spozhmai itu ditahan sebelum meletupkan bahan letupan tersebut di pondok kawalan polis di daerah Khanashin. Bercakap dalam sidang media semalam, Spozhmai berkata dia dipaksa oleh abangnya sendiri untuk menjalankan misi membunuh diri tetapi menarik diri pada saat akhir. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |