{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Mahkamah

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Mahkamah


Gani Patail sangkal dakwaan

Posted: 02 Jan 2014 11:09 AM PST

Abdul Gani Patail

PUTRAJAYA 2 Jan. - Dakwaan bahawa Bahagian Pendakwaan di Jabatan Peguam Negara adalah lemah dan tidak mampu terutama dalam mengendalikan kes-kes berprofil tinggi adalah tidak berasas.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, jabatan itu mengambil perhatian dan menghargai sepenuhnya kebimbangan orang ramai.

Beliau menegaskan bahawa pendakwaan terhadap orang tertentu bergantung semata-mata kepada sama ada wujud bukti yang cukup untuk membuktikan pertuduhan terhadap tertuduh.

"Apabila didakwa, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) kemudian mengemukakan keterangan yang ada dan yang boleh diterima bagi membuktikan kes pendakwaan. Apa yang perlu ditekankan di sini adalah bahawa tidak ada keterangan yang perlu untuk membuktikan tuduhan diabaikan.

''Kewajipan untuk mengemukakan semua keterangan juga termasuk memanggil semua saksi penting. Bagaimanapun ini bergantung sepenuhnya kepada ketersediaan dan kerjasama saksi dalam memberi keterangan dalam mahkamah," tegas Abdul Gani dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, bahawa sama ada saksi memberi keterangan sebenarnya bagaimanapun bukan dalam kuasa pendakwa raya.

"Apa yang penting di sini ialah kita tidak pernah membumbui atau mereka-reka keterangan dan akhirnya apa yang kita lakukan sekiranya saksi belot, kita akan mencabar dan mendakwanya atas tuduhan sumpah bohong," katanya.

Abdul Gani berkata, ia juga perlu ditegaskan bahawa sebaik sahaja semua keterangan kes pendakwaan dikemukakan maka terpulang kepada mahkamah untuk membuat keputusan sama ada pertuduhan terhadap tertuduh dibuktikan.

"Bagaimana dan apa yang mahkamah memutuskan adalah satu perkara di luar kawalan dan kuasa kami. Walau bagaimanapun, jika kita berpendapat bahawa keputusan itu cacat, maka kami akan menggunakan hak kami untuk merayu," katanya.

Mengenai pelantikan TPR, beliau menjelaskan bahawa kes ditugaskan untuk TPR mengikut kerumitan dan selok-belok sesuatu kes di mana kes-kes yang melibatkan tahap kerumitan yang lebih tinggi akan dikendalikan oleh TPR kanan.

Dalam kenyataan itu, Abdul Gani juga menyentuh mengenai kesukaran yang dihadapi oleh jabatan itu khususnya dalam kes-kes berprofil tinggi termasuk kes pembunuhan wanita Mongolia di mana alasan utama pembebasan oleh Mahkamah Rayuan adalah bukan arahan hakim perbicaraan mengenai isu-isu yang dibangkitkan oleh perayu dan tidak memanggil DSP Musa Safri.

Sambil menghormati Mahkamah Rayuan, beliau berkata, bukan arahan atau salah arah mahkamah perbicaraan tidak harus dikaitkan kepada pihak pendakwaan sebagai "ia tiada kaitan dengan perlilaku pendakwaan."

Beliau berkata, jabatan itu menegaskan bahawa testimoni Musa tidak relevan kepada naratif kes pendakwaan.

"Oleh itu, pejabat ini telah memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan," katanya.

Sementara itu, keterangan dua bekas menteri dan bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam kes penipuan bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik, Abdul Gani berkata, mahkamah memutuskan bahawa tidak ada elemen penyembunyian, penipuan, salah nyata atau dorongan oleh tertuduh berhubung soal pembelian tanah tersebut.

"Keputusan ini jelas dapatan fakta berdasarkan kredibiliti bekas menteri.

"Mahkamah memutuskan bahawa berdasarkan tafsiran bekas menteri, ia adalah amat tidak kemungkinan bahawa Kabinet telah secara palsu didorong untuk meluluskan pembelian tanah itu," kata Abdul Gani. - BERNAMA

Pasangan kekasih didakwa bunuh budak tiga tahun

Posted: 02 Jan 2014 11:09 AM PST

Mohd. Imran

JOHOR BAHRU 2 Jan. - Seorang bapa bersama teman wanitanya dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh anak lelaki tersebut yang berusia tiga tahun, hujung tahun lalu.

Mohd. Imran Mohd. Ramly, 31, dan Norhidayah Mamid, 27, didakwa bersama-sama membunuh Muhammad Aqeef Adam, antara kira-kira pukul 12 tengah malam, 16 Disember dan pukul 6.45 petang, 19 Disember lalu.

Perbuatan berkenaan didakwa dilakukan oleh mereka di rumah beralamat No A 2-22 Apartmen Seri Putera, Jalan Meranti 7, Bandar Putra Kulai di sini.

Norhidayah

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Mohd. Imran dari Kampung Paya Renggoh, Johol, Negeri Sembilan bekerja sebagai pengurus sebuah syarikat manakala Norhidayah dari Taman Lagenda Putra, Kulaijaya, Johor seorang penganggur.

Kedua-duanya hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa terhadap mereka.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan oleh Majistret Salina Omar.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Dzul Iswari Mohd. Jaafar manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Salina menetapkan 5 Februari ini sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Kulaijaya, di sini sementara menunggu laporan bedah siasat dan kimia siap.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat