Utusan Online - Megabait
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Megabait |
Posted: 05 Jan 2014 04:27 AM PST Bersama ABD. HALIM HADI PANTULAN cahaya mampu menukarkan subjek biasa menjadi lebih menarik. PANTULAN atau refleksi merupakan salah satu teknik fotografi popular dan sering diguna untuk menghasilkan gambar yang menarik dan kreatif. Bayang-bayang sesuatu subjek sama ada pada permukaan air, cermin atau objek-objek berkilat mampu mengubah imej menjadi lebih artistik dan abstrak. Antara lokasi yang mudah dikunjungi untuk mendapatkan gambar pantulan adalah tasik. Masa terbaik pula adalah pada waktu pagi ketika permukaan air masih tenang. Selain memasukkan subjek-subjek seperti masjid, jeti dan bot, simbahan cahaya lampu juga boleh dimasukkan untuk memeriahkan kandungan di dalam sekeping gambar. Bagaimanapun riak atau arus tidak semestinya menghasilkan pantulan yang teruk. Di permukaan laut atau sungai, pergerakan arus yang dirakam menggunakan dedahan lebih panjang mampu menghasilkan kesan yang cukup menarik. Bagi mendapatkan imej yang jelas pada kedua-dua subjek dan refleksi, penggunaan aperture boleh ditetapkan pada bukaan kecil seperti f11 atau ke atas. |
Posted: 05 Jan 2014 04:27 AM PST Bersama KHAIRUNNISA SULAIMAN HARI ini masuk hari kelima tahun 2014. Jika tahun lalu, kita dihidangkan dengan beberapa gajet termasuk telefon pintar seperti iPhone dan Samsung. Untuk tahun ini gajet apakah yang dijangka akan mendapat tempat di kalangan peminat selain bakal mewarnai tahun ini. Terdapat banyak senarai fajet yang menjadi rebutan daripada televisyen, telefon pintar, permainan komputer, kereta elektrik, teknologi selain Google Glass. Televisyen 4K Jika tahun lalu, pengguna sibuk dengan televisyen Full HD yang memberikan pengalaman menonton yang menakjubkan. Tahun ini syarikat pembuat barangan elektrik beralih pula kepada televisyen Ultra HD atau dikenali sebagai 4K. Televisyen 4K Ultra HD TVs (juga dikenali sebagai UHD TV) memberikan empat kali ganda gambar resolusi Full HD 1080 p menjadikannya lapan juta piksel berbanding dengan dua juta piksel Full HD. Tahun ini televisyen 4K dijual dengan harga yang mampu dimiliki oleh pengguna yang berminat untuk merasai pengalaman menonton yang lebih ekstrem. Permainan komputer Apabila Xbox One dan PlayStation 4 mula mengambil tempat di ruang tamu rumah, peminat permainan komputer mula mengalami pengalaman bermain lebih baik yang direka khusus untuk mereka. Dengan lebih kuasa dan grafik yang menarik, dijangka terdapat peningkatan mendadak dalam permainan komputer selain kemahuan bermain permainan komputer yang lebih ekstrem. Dalam masa 12 bulan ini peminat permainan komputer pasti akan meletakkannya kembali di ruang tamu rumah mereka. Kereta elektrik Bermula dengan Nissan LEAF sehingga BMW i3, tahun 2013 menyaksikan kereta elektrik semakin banyak dijalan raya. Diharap dengan adanya kawasan khas mengecas kenderaan pada tahun ini, tarikan kepada kenderaan berkenaan akan bertambah. Penggunaan kereta ini dapat membantu meningkatkan kualiti alam sekitar, menjimatkan kos tanpa menggunakan petrol atau diesel. Apa yang perlu dilakukan hanya mengecas bateri semalaman dan kereta boleh digunakan pada keesokannya. Walaupun jarak pemanduannya terhad tetapi ia masih selesa untuk dipandu di dalam bandar. Perkongsian ekonomi dan teknologi Terdapat berpuluh-puluh syarikat perkongsian kereta wujud di United Kingdom (UK) dan beroperasi menggunakan teknologi terkini demi kebaikan masyarakat. Misalnya perkongsian kereta seperti goCarShare sehingga kepada RentMyItems yang memberikan perkhidmatan kepada masyarakat tanpa terlalu memikirkan keuntungan. Tema ini mungkin akan berterusan dan bagus untuk bekerjasama dengan kawan dan jiran dalam menjadikan dunia lebih baik. iPhone 6 Tahun ini pasti Apple akan mengeluarkan iPhone terbarunya yang lebih canggih. Dengan iPhone 5S yang merapatkan jurang teknologi menggunakan cap jari, rekaan dan teknologi iPhone 6 pasti menjanjikan sesuatu yang lebih menarik dan memuaskan hati pelabur. Apple seperti biasa mempunyai beberapa kejutan bagi pesaingnya dalam kategori telefon pintar yang menjadikan iPhone berbeza dengan yang lain. Semuanya ada Internet Bagaimana jika semua peralatan rumah boleh dikawal dari jauh tanpa kehadiran kita? Ini mungkin menjadi kenyataan tahun ini di mana mesin basuh, peti sejuk, cerek dan ketuhar boleh disambungkan kepada Internet dan boleh dikawal melalui telefon pintar, tablet atau komputer. Televisyen Apple Benarkah Apple akan melancarkan set televisyennya tahun ini? Sebenarnya perkara ini mula diperkata sejak tahun 2012 tetapi tiada apa yang berlaku. Tapi ini mungkin berlaku dan bakal menjadi saingan antara Samsung dan Apple. Skrin sesentuh berkait rapat dengan iOS dan semua apps Apple dan permainan mungkin akan menjadikan ruangan televisyen begitu berserabut. Teknologi boleh pakai Pada tahun ini terdapat banyak teknologi yang boleh dipakai di seluruh badan dan bukan hanya terhad di tangan atau hidung. Teknologi ini dijangka meningkat di dalam kehidupan di sebalik trend teknologi yang dipakai semasa bersenam untuk menilai peningkatan semasa bersenam dan mendapatkan kehidupan yang sihat. Mungkin terdapat banyak lagi produk yang boleh dipakai di dalam pakaian sebagai kelainan. Jam tangan pintar KETIKA ini Samsung popular dengan jam tangan Samsung Galaxy Gear dan tidak lama lagi tentu saja banyak syarikat lain akan mengikut jejaknya pada tahun ini. Dan bukan aneh lagi apabila ramai yang memakai jam tangan pintar. Google Glass Adakah Google Glass akan dilancarkan secara besar-besaran tahun ini? Bagaimanapun beberapa spesifikasi canggih telah mula disiarkan dalam beberapa laman web bagi pengguna cermin mata Google Glass. Ia membolehkan pengguna berhubung dengan dunia luar menggunakan cara berlainan. Google Glass membenarkan pengguna mendapat maklumat daripada laman web dan merakamkan gambar menggunakan arahan suara. Mungkin anda kelihatan aneh memakainya sekarang tetapi ia akan menjadi pemandangan biasa dalam masa 12 bulan akan datang. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Megabait To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |