Utusan Online - Pendidikan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Pendidikan |
Posted: 19 Jan 2014 11:20 AM PST Khodijah Aziz KANDUNGAN akhbar pendidikan terbaharu Utusan Malaysia, Tutor yang kini memasuki kali kedua keluarannya tahun ini, diakui mampu membantu meningkatkan pencapaian murid sekali gus membaiki Gred Purata Sekolah (GPS) sekolah. Bagi Sekolah Kebangsaan (SK) Ampang, pertaruhan sekolah melanggan Tutor bagi melengkapkan persediaan murid menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sangat berbaloi. Hal ini kerana, menurut Guru Besarnya, Khodijah Aziz, peratus muridnya yang lulus dalam peperiksaan tersebut meningkat selepas menggunakan Tutor untuk membuat latihan ulang kaji dalam bilik darjah. Katanya, murid-murid juga memberi kerjasama yang baik dan menunjukkan minat menggunakan Tutor dalam pembelajaran mereka sama ada dalam bilik darjah mahu pun di rumah. Kita dapati Tutor amat membantu sekolah dalam melengkapkan persediaan murid dalam minggu-minggu terakhir UPSR, walaupun pada waktu itu, keadaan murid agak tertekan namun dengan adanya Tutor, ia sedikit sebanyak membantu melengkapkan persediaan mereka, katanya. Beliau ditemui dalam majlis penyerahan Tutor UPSR sebanyak 400 naskhah di SK Ampang, Selangor baru-baru ini. Selain itu, kata Khodijah, pihak sekolah berhasrat meluaskan penggunaan Tutor untuk murid Tahun 4 berbanding hanya diperuntukkan sebelum ini untuk Tahun 5 dan 6 di sekolah itu. Sementara itu, guru Bahasa Inggeris SK Ampang, Rozina Abdullah berpendapat, kandungan Tutor khususnya mata pelajaran Bahasa Inggeris lebih lengkap dan padat dengan soalan berkualiti. Semestinya pihak sekolah dan guru amat yakin untuk menggunakan Tutor memandangkan ia dihasilkan oleh guru pakar mata pelajaran dan disokong oleh Kementerian Pendidikan. Malah, set soalan latih tubi yang terdapat pada Tutor ringkas dan padat, tidak terlalu sukar untuk difahami oleh murid, katanya. Bagi murid Tahun 5, Mohd. Danish Danial Azrai, dia sudah serasi menggunakan Tutor selepas mula mengenalinya di pusat sumber sekolah. Katanya, dia ada mencuba set soalan Tutor dan mendapati ia agak mencabar serta memerlukan rujukan dengan guru mata pelajaran. Agak sukar melakukan soalan Tutor secara sendirian, kebiasaannya saya lakukan dengan rakan atau guru. Biasanya guru akan suruh murid mencuba terlebih dahulu di rumah dan kami semua akan mencari penyelesaiannya bersama dengan guru keesokan harinya, katanya. Bagi Nurizatul Humaira Hasbullah, 10 tahun, dia menggemari Tutor disebabkan ruang muka surat akhbar itu yang ceria dengan grafik berwarna dan kartun menarik. Katanya, faktor itu mendatangkan suasana ceria dan murid tidak bosan menggunakan bahan tersebut di samping Tutor boleh dibaca pada bila-bila masa walaupun dalam bas awam ketika pulang ke rumah. Untuk melanggan atau pertanyaan tentang akhbar pendidikan Tutor, hubungi Jabatan Pemasaran Utusan Melayu (Malaysia) Berhad di talian03-89243977 atau Faizi Hamzah (019-2800516). |
Memperkasakan motivasi, pengetahuan murid Posted: 19 Jan 2014 11:20 AM PST Peserta program Kemahiran Pengurusan Pembelajaran Strategik tekun mengikuti ceramah di SK Gunung Panjang, Perak, baru-baru ini. SEBANYAK 150 murid sekolah rendah di sekitar Parlimen Kampar, Perak mendapat suntikan motivasi untuk memperkasakan keyakinan dan semangat mereka. Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Bahagian Kampar merangkap Penasihat Yayasan Pendidikan Kampar, Datin Normah Hanum Datuk Ibrahim berkata, program ini dilaksanakan untuk membimbing murid sekolah ke arah kecemerlangan. Tujuan program ini untuk memperkasakan semangat murid-murid sekolah rendah dalam usaha merealisasikan inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025," katanya selepas tamat program Kemahiran Pengurusan Pembelajaran Strategik di Sekolah Kebangsaan (SK) Gunung Panjang, Perak, baru-baru ini. Program kendalian Penasihat Pendidikan Utusan Malaysia, Dr. Ismail Zain ini anjuran Yayasan Pendidikan Kampar dan Biro Pendidikan UMNO Kampar. Modul pengisian program ini merangkumi aspek motivasi diri diintegrasikan dengan asas kemahiran belajar Abad ke-21. Aspek kemahiran berfikir aras tinggi dilaksanakan secara merentas aktiviti. Pihak yang berminat untuk mengadakan program ini di tempat masing-masing boleh mendapat maklumat lengkap melalui talian 019-5713745. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pendidikan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |