{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Ahli Parlimen DAP sifatkan serbuan tindakan politik

Posted: 07 Jan 2014 10:14 AM PST

SHAH ALAM 7 Jan. - Ahli Parlimen Klang daripada DAP, Charles Santiago menyifatkan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas premis Persatuan Bible Malaysia dan merampas 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah di Petaling Jaya, Khamis lalu bermotifkan politik.

Sambil menyatakan tindakan tersebut tidak wajar, beliau menganggap serbuan itu bukanlah cara sesuai yang boleh digunakan JAIS dalam melaksanakan penguatkuasaan berhubung larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam di Selangor.

"Yang kita bincang (perkatakan) sekarang ialah mengapa (JAIS) serbu. Jika ada aduan, aduan itu aduan siapa? Adakah serbuan itu adalah satu cara untuk menyiasat.

"Sebenarnya, isu ini dihangatkan kerana serbuan itu. Jadi, serbuan itu adalah bermotifkan politik serta tidak mengikut arahan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan sendiri (mengenai penyelesaian 10 perkara berkaitan penganut Kristian) sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa negeri, Sallehen Mukhyi di sini hari ini.

Hadir sama dalam perjumpaan itu ialah Pengarang The Herald, Paderi Lawrence Andrew dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Xavier Jayakumar.

Pada masa sama, Charles menyatakan isu serbuan JAIS ke atas persatuan berkenaan tidak perlu timbul apabila beliau memberikan alasan bahawa Kerajaan Pusat pada tahun 2011 telah mengeluarkan penyelesaian 10 perkara yang berkaitan dengan penganut Kristian termasuk Bible.

Menurutnya, berdasarkan penyelesaian itu, Kerajaan Pusat dikatakan membenarkan naskhah Bible dalam semua bahasa termasuk bahasa Melayu dan Indonesia boleh diimport, dicetak dan diedarkan di Semenanjung Malaysia.

Zulkifli Noordin selar MKPN gopoh buat keputusan kritik rampasan Bible

Posted: 07 Jan 2014 10:14 AM PST

KUALA LUMPUR 7 Jan. - Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) disifatkan sebagai terlalu gopoh dan tergesa-gesa dalam membuat keputusan apabila mengkritik tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas Bible versi bahasa Melayu dalam serbuan di Selangor pada minggu lalu.

Bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, ini kerana tindakan yang diambil oleh JAIS itu sama seperti agensi penguatkuasaan lain seperti polis, kastam dan lain-lain yang bertujuan mencegah dan mengekang perlakuan jenayah.

Tambah beliau, penguatkuasaan itu diambil kerana penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam adalah satu kesalahan jenayah di bawah Seksyen 9 Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama Bukan Islam 1988.

"Namanya pun agensi penguatkuasaan, maka memang wajar tindakan yang diambil oleh JAIS.

"Oleh itu tidak timbul soal JAIS perlu berunding atau berbincang dengan mana-mana perlakuan jenayah. Adakah kita mahu pihak polis berbincang dahulu dengan penjenayah sebelum mengambil tindakan mencegah perlakuan jenayah?," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan MKPN yang mengkritik tindakan JAIS merampas 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dalam satu serbuan di premis Persatuan Bible Malaysia (PBM) di Petaling Jaya pada Khamis lalu.

Dalam masa yang sama, beliau turut mempertikaikan 10 cadangan MKPN bagi memastikan isu berhubung perpaduan dan agama terutama berkaitan kontroversi serbuan dan rampasan Bible itu diselesaikan secara baik adalah tidak tepat kerana hanya menyentuh tentang kemasukan dan pengimportan Bible versi bahasa Melayu yang tiada kaitan dengan penggunaan kalimah Allah.

Zulkifli turut mendesak MKPN supaya bertindak dengan lebih rasional, matang dan mematuhi peruntukan hak asasi semua pihak berkepentingan.

"Saya kesal MKPN membuat keputusan tanpa mendengar pandangan atau input daripada pihak JAIS atau lain-lain stake-holder. Hak membela diri tidak diberikan kepada JAIS. Bagaimana MKPN boleh bertindak mengatasi hak asasi JAIS untuk membela diri?," katanya.

Tambah beliau, jika perkara itu tidak ditangani, dikhuatiri akan timbul persepsi MKPN sekadar dipenuhi golongan liberal yang menjadi jurucakap kepada kumpulan tertentu.

Sementara itu, Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, MKPN juga gagal bertindak atas prinsip kebijaksanaan, keadilan dan berhemah tinggi.

Menurutnya, kenyataan yang dikeluarkan oleh pimpinan MKPN terhadap JAIS jelas membayangkan badan itu tidak dapat menghayati hakikat bahawa mereka perlu menunjukkan sifat matang, adil dan tidak menyebelahi mana-mana pihak.

"Saya kesal dengan tindakan MKPN kerana seperti diketahui umum, penubuhan mereka adalah bagi mencari penyelesaian terhadap masalah-masalah yang berkaitan dengan perpaduan antara kaum di negara ini," katanya.

"MKPN sepatutnya meneliti fakta yang digariskan di samping mendapatkan penjelasan mereka yang faham peruntukan undang-undang yang berkait langsung dengan tindakan yang dilakukan oleh JAIS," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat