Utusan Online - Politik
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Politik |
Perkasa gesa sidang khas Parlimen bincang isu kalimah Allah Posted: 16 Jan 2014 10:14 AM PST KUALA LUMPUR 16 Jan. - Kerajaan digesa supaya memanggil sidang Dewan Rakyat khas bagi membincangkan isu kalimah Allah kerana pendekatan terlalu berdiplomasi bukan sahaja gagal menyelesaikan masalah malah menyebabkan kesucian Islam terus dihina. Pada masa yang sama, wakil rakyat pembangkang beragama Islam terutamanya dari Pas dicabar tampil menyokong gesaan tersebut jika benar perjuangan parti itu berteraskan Islam. Jika tidak, Pas akan dianggap islamik hanya pada kopiah sahaja. Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Dr. Shamsuddin Moner berkata, kerajaan tidak perlu takut kehilangan sokongan politik kerana Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda, mempertahankan kalimah Allah adalah jihad. "Ini bukan lagi soal untung rugi politik sehingga kita perlu terikut dengan rentak beberapa pemimpin pembangkang yang berimej Islam tetapi berfahaman liberal. Soal kalimah Allah adalah perjuangan akidah yang terjunjung atas jemala semua umat Islam khususnya kerajaan. "Sudah tiba masanya isu ini dibincangkan di Parlimen demi kesucian agama Islam. Kalimah Allah ini perlu dipertahankan dengan apa juga harga, malah agama kita menuntut sehingga ke titisan darah terakhir," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat Perkasa di sini hari ini. Mengenai tindakan Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengeluarkan arahan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shamsuddin berkata, campur tangan itu perlu dihentikan segera kerana JAIS bertindak mengikut undang-undang. "Jadilah pemimpin Melayu yang berani dalam mempertahankan kesucian Islam dan bukannya mudah mengalah kepada desakan pihak-pihak tertentu hanya kerana kepentingan undi kerana tiada harga mampu membayar sebuah akidah iaitu rahmat tertinggi Allah," katanya. |
Posted: 16 Jan 2014 10:14 AM PST Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL PULAU PINANG 16 Jan. - Semua keputusan yang dibuat dalam mesyuarat tertinggi pembangkang sama ada di peringkat pusat atau negeri selepas 15 Disember 2012 tidak boleh diguna pakai kerana disertai pemimpin DAP yang tidak sah. Bekas Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Zulkifli Mohd. Noor berkata, berikutan itu, pembangkang pada masa ini hanya diwakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas sehinggalah Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengesahkan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP. "Keadaan itu menyebabkan PKR dan Pas berada dalam dilema kerana tidak boleh membuat keputusan secara menyeluruh serta kolektif," katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini. Sementara itu, Zulkifli menegaskan, semua konvensyen DAP negeri yang diadakan selepas tarikh itu juga tidak sah kerana diputuskan oleh individu yang tidak diiktiraf ROS. Katanya, DAP sepatutnya menunggu keputusan ROS terlebih dahulu sebelum mengadakan konvensyen negeri tetapi mereka tetap berdegil. "Sedangkan mereka tahu apa yang mereka lakukan itu melibatkan soal peraturan dan perlembagaan parti serta undang-undang negara yang telah dibuang sewenang-wenangnya," katanya. Zulkifli turut mempertikaikan ketelusan konvensyen DAP negeri yang didakwa beliau melibatkan campur tangan pemimpin tertinggi parti itu untuk memastikan kemenangan individu tertentu. Katanya, sebagai contoh, Konvensyen DAP Johor menyaksikan Liew Chin Tong dipilih sebagai Pengerusi baharu mengetepikan penyandang, Dr. Boo Cheng Hau yang mendapat undian lebih tinggi. Dalam masa sama, tambahnya, keraguan juga timbul dalam pemilihan semula CEC pada 29 September tahun lalu selepas Chin Tong mendapat undian paling tinggi mengatasi Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan, Lim Guan Eng namun mendapat tempat ke-14 dalam Konvensyen DAP Johor. "Jadi yang mana betul dan yang mana tipu? Keputusan seperti ini sangat tidak masuk akal melainkan ada sesuatu yang pelik berlaku," katanya. Sehubungan itu, Zulkifli mendesak ROS tidak tunduk sama sekali dengan amaran DAP untuk mengambil tindakan saman kerana beliau yakin terdapat individu tertentu di dalam parti tersebut yang cuba menyembunyikan kebenaran. "ROS perlu bertindak bagi memberi keadilan kepada ahli-ahli DAP lain yang mempunyai hak untuk mengetahui kebenaran serta dalang di belakang percaturan pemimpin berkenaan. "Keputusan pemilihan Chin Tong dalam Konvensyen DAP Johor adalah salah satu contoh dan bukti yang cukup kuat wujudnya percaturan itu," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |