{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Pengurus Besar, Setiausaha PKNS ditukar ke ibu pejabat SUK

Posted: 20 Jan 2014 10:39 AM PST

SHAH ALAM 20 Jan. - Ketika isu penyingkiran Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) belum selesai, timbul satu lagi konflik baharu melibatkan dua pegawai kanan dalam PKNS.

Perkembangan terbaru yang mengejutkan itu ialah Pengurus Besar dan Setiausaha anak syarikat kerajaan negeri itu pula ditukarkan serta-merta ke Ibu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Pengumuman pertukaran Othman Omar dan Norita Mohd. Sidek itu dibuat oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerusi satu kenyataan rasmi hari ini.

Keputusan tersebut dibuat setelah Abdul Khalid mengadakan pertemuan dengan kedua-dua mereka di pejabatnya di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata, satu surat kuasa telah diberikan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi untuk melaksanakan tindakan pentadbiran terhadap Pengurus Besar dan Setiausaha PKNS itu.

"Surat kuasa ini membolehkan Setiausaha Kerajaan Negeri untuk melakukan siasatan dalaman bagi merungkai persoalan yang melibatkan fakta dan undang-undang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Abdul Khalid sebelum ini menyatakan kerajaan negeri tidak mempunyai kaitan dalam isu penamatan Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS selain menyatakan keputusan itu telah dibuat oleh Othman.

Walau bagaimanapun, kenyataan Abdul Khalid itu bercanggah dengan kenyataan dikeluarkan PKNS menerusi Norita yang memaklumkan penamatan Azmin dibuat selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) pada 13 November lalu yang disahkan pada 4 Disember.

Dalam kenyataan tersebut juga Norita menjelaskan, kuasa melantik Ahli Lembaga Pengarah PKNS adalah di tangan MMKN dan bukannya Pengurus Besar selaras dengan klausa 4(1) enakmen penubuhan PKNS.

Abdul Khalid menambah, bagi melaksanakan siasatan menyeluruh, kedua-dua pegawai itu ditukarkan mengikut arahan Setiausaha Kerajaan Negeri.

"Ini kerana mereka adalah penjawat awam dan sebarang tindakan perlu mengikut peraturan penjawat awam.

"Antara perkara yang perlu disiasat secara terperinci ialah bagaimana surat pemecatan Ahli Lembaga Pengarah dikeluarkan oleh Pengurus Besar tanpa pengetahuan Menteri Besar selaku Pengerusi PKNS," katanya.

Sementara itu, Norita ketika dihubungi tidak dapat memberi penjelasan lanjut mengenai arahan pertukaran tersebut.

Ini kerana jelasnya, beliau merupakan seorang penjawat awam dan hanya mengikut arahan.

"Sebagai seorang penjawat awam saya tidak dapat memberi komen mengenai perkara itu," katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan tidak tahu berapa lama tempoh perpindahan tersebut akan berlangsung.

Othman pula gagal dihubungi untuk ulasan lanjut.

Dalam perkembangan sama, usaha untuk menghubungi Azmin bagi mendapatkan komen menerusi telefon gagal namun, laman Twitternya menyebut: Re: #PKNS Board; don't speculate. I'm still out. (berkaitan PKNS; jangan buat spekulasi. saya masih disingkirkan).

AMK desak jelas isu air, GiatMara

Posted: 20 Jan 2014 10:39 AM PST

SHAH ALAM 20 Jan. - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didesak memberi penjelasan kepada rakyat berhubung dua isu yang menjadi tumpuan di negeri ini iaitu pengambilalihan pengurusan air dan penutupan pusat latihan kemahiran GiatMara.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri berkata, penjelasan itu penting supaya rakyat khususnya di negeri ini tahu keadaan sebenar kerana kedua-dua isu berkenaan telah menimbulkan meresahkan mereka.

Menurutnya, keputusan Abdul Khalid memuktamadkan rundingan pengambilalihan pengurusan air di Selangor oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah menimbulkan kekeliruan, keresahan dan kemarahan dalam kalangan rakyat.

Kami memohon beliau (Abdul Khalid) membuat penjelasan kepada AMK dan rakyat Selangor berhubung pendirian kerajaan negeri yang dilihat telah mengubah pendirian sebelum ini dengan menerima Seksyen 114 Akta Perkhidmatan Industri Air 2006 yang dikenakan oleh Kerajaan Persekutuan berkuat kuasa 31 Disember lalu.

Kami juga memohon beliau memberi penjelasan adakah dengan perkembangan tersebut, program air percuma dapat diteruskan dalam tempoh jangka panjang dan bagaimana penggunaan RM600 juta sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum menyerahkan memorandum kepada Setiausaha Politik Abdul Khalid, Azman Abidin di Bangunan Setiausaha Kerajaan negeri (SUK) di sini hari ini.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat