{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Tiada jawatan baharu, gaji seperti dulu

Posted: 21 Jan 2014 11:59 AM PST

Oleh FAZRINA AYU RADUIAN
pengarang@utusan.com.my

KLANG 21 Jan. - Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Othman Omar dan Setiausaha PKNS, Norita Mohd. Sidek yang ditukarkan serta-merta ke Ibu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) tidak mempunyai sebarang jawatan di tempat baharu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kedua-duanya dikehendaki melaporkan diri kepada SUK, Datuk Mohammed Khusrin Munawi sehingga siasatan berhubung kemelut pemecatan Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS siap selepas Tahun Baharu Cina.

Menurutnya, tempat Othman di PKNS akan dipangku oleh Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Azlan Md. Alifiah.

"Jawatan terkini (Othman dan Norita) di bawah jagaan SUK. Jawatan mereka digantung tetapi gaji masih seperti dulu.

"(Prosedur) ini biasa dibuat terhadap penjawat awam di mana boleh ditarik jawatan. Apabila selesai siasatan, jawatan lama akan diberi balik atau bergantung kepada keputusan lain," katanya kepada pemberita selepas melawat kilang sarung tangan Top Glove di sini hari ini.

Semalam Abdul Khalid mengumumkan pertukaran serta-merta Othman dan Norita ke SUK.

Keputusan itu dibuat selepas Abdul Khalid mengadakan pertemuan dengan kedua-dua mereka di pejabatnya.

Abdul Khalid berkata, sepucuk surat kuasa telah diberikan kepada Mohammed Khusrin untuk melaksanakan tindakan pentadbiran terhadap Othman dan Norita.

Abdul Khalid sebelum ini menyatakan kerajaan negeri tidak mempunyai kaitan dalam isu penamatan Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS selain menyatakan keputusan itu telah dibuat oleh Othman.

Walau bagaimanapun, kenyataan Abdul Khalid itu bercanggah dengan kenyataan dikeluarkan PKNS menerusi Norita yang memaklumkan penamatan Azmin dibuat selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) pada 13 November lalu yang disahkan pada 4 Disember.

Dalam kenyataan tersebut juga, Norita menjelaskan, kuasa melantik Ahli Lembaga Pengarah PKNS adalah di tangan MMKN dan bukannya Pengurus Besar selaras dengan klausa 4(1) enakmen penubuhan PKNS.

Sementara itu, Abdul Khalid turut menafikan pemecatan Azmin mempunyai kaitan dengannya.

Jelasnya, beliau tidak menandatangani sebarang surat berkaitan penyingkiran Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

"Kita juga memanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan badan bebas Transparency International (TI) untuk meneliti tindakan kedua-dua pegawai kanan PKNS terbabit (Othman dan Norita) berhubung isu ini.

"Oleh itu, saya telah meminta, Mohammed Khusrin untuk menjemput dua badan tersebut bagi meneliti dokumen-dokumen yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri dan juga daripada Othman serta Norita," jelasnya.

Jelasnya lagi, isu sedemikian melibatkan integriti justeru, sesetengah surat yang dikeluarkan boleh dipersoalkan.

"Ini bermakna ada surat yang ditulis boleh dipertikaikan daripada tanggungjawab beliau (Othman) dan boleh juga dikatakan beliau tidak menerima arahan daripada kerajaan negeri.

"Jadi dalam masa dua, tiga hari selepas siasatan dilakukan, SUK akan mendedahkan butiran siasatan," katanya.

Ketua Pembangkang dipertikai tidak salahkan imigresen Jepun

Posted: 21 Jan 2014 11:59 AM PST

Wee Choo Keong, Ismail Mina Ahmad

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim `lebih tahu sebab beliau tidak dibenarkan memasuki Jepun oleh pihak berkuasa negara itu namun menggunakan peluang tersebut untuk mempolitikkan keadaan.

Bekas Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wee Choo Keong berkata, peluang mencetuskan kontroversi tersebut sangat diperlukan Anwar terutama ketika rakyat negara ini semakin melupakan beliau.

Choo Keong juga tidak menolak kemungkinan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sebenarnya mengetahui beliau akan diusir di Jepun ketika berada di Malaysia lagi dan mengambil keputusan ke negara matahari terbit tersebut untuk ditangkap bagi meraih simpati rakyat serta masyarakat luar.

Anwar pasti mengetahui sebab beliau dianggap pihak tidak dikehendaki oleh pihak berkuasa Jepun. Mungkin dia sendiri tahu yang dia tidak dibenarkan memasuki Jepun ketika di negara ini lagi tetapi ingin juga ke sana untuk mencetuskan kontroversi.

Atas asas apa Anwar menyalahkan Wisma Putra bersungguh-sungguh dan bukan Jabatan Imigresen Jepun? Perkara ini seolah-olah sebuah lakonan yang tidak menjadi," katanya.

Dalam pada itu, bekas rakan seperjuangan Anwar semasa mengasaskan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ismail Mina Ahmad berkata, pihak berkuasa Jepun pasti mempunyai maklumat perisikan tertentu sehingga menganggap Anwar tidak boleh memasuki negara mereka.

Tentu ada sebab cukup serius Anwar tidak dibenarkan masuk, mungkin perisikan Jepun mempunyai maklumat selain kes liwatnya sebelum ini untuk bertindak demikian," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat