{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Khalid mula hadapi tekanan

Posted: 22 Jan 2014 11:32 AM PST

Oleh ABDUL YAZID ALIAS
pengarang@utusan.com.my

Abdul Khalid, Azmin Ali

SHAH ALAM 22 Jan. - Tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menukar serta-merta dua pegawai kanan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), kelmarin mula mencetuskan kontroversi baharu.

Ini berikutan beliau berhadapan dengan tekanan daripada dalam parti sendiri yang menentang keputusannya menukar Pengurus Besar PKNS, Othman Omar dan Setiausaha PKNS, Norita Mohd. Sidek ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri berikutan isu pengguguran Azmin Ali sebagai ahli lembaga pengarah anak syarikat milik kerajaan negeri Selangor tersebut.

Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang Ahli Parlimen Kuala Langat dari PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid menegaskan, Othman dan Norita boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Selangor kerana melakukan pertukaran yang dianggap tidak mengikut prosedur.

Abdullah Sani berkata, apa yang dilakukan oleh Abdul Khalid ke atas kedua-dua penjawat awam tersebut adalah tidak wajar memandangkan isu yang dibangkitkan masih lagi dalam peringkat siasatan.

Berdasarkan prosedur, mana-mana pekerja yang didakwa melakukan kesalahan tertentu dalam sesebuah organisasi, mereka perlu diberi peluang untuk mempertahankan diri menerusi surat tunjuk sebab terlebih dahulu.

Pengurusan organisasi kemudiannya menjalankan siasatan dalaman yang mana sebarang tindakan boleh dikenakan ke atas pekerja terbabit sekiranya didapati bersalah oleh jawatankuasa panel yang diwujudkan khas untuk menjalankan siasatan dalaman.

Dalam kes yang melibatkan dua pengawai kanan PKNS itu, mereka dikenakan tindakan terlebih dahulu (ditukarkan SUK) sedangkan siasatan masih lagi berjalan. Saya anggap tindakan kerajaan negeri ini mengkhianati keadilan ke atas mereka," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu, Abdullah Sani dan beberapa ahli PKR Selangor termasuk ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari berhimpun di depan pejabat PKNS di Seksyen 13 di sini bagi menyerahkan nota sokongan kepada penjawat awam di PKNS.

Nota sokongan itu antara lain menyebut PKR Selangor memandang serius isu pertukaran Othman dan Norita ekoran percanggahan antara kerajaan negeri dan PKNS serta bertegas supaya mereka tidak dihukum sebelum dibicarakan dan membela diri.

Nota tersebut diserahkan kepada Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim.

Kelmarin ketika mengumumkan pertukaran tersebut, Abdul Khalid berkata, satu surat kuasa telah diberikan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Munawi untuk melaksanakan tindakan pentadbiran terhadap Othman dan Norita.

Kemelut antara Abdul Khalid dan dua pegawai kanan PKNS tersebut tercetus berikutan isu pengguguran Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR sebagai ahli lembaga pengarah PKNS.

Abdul Khalid yang diasak dengan dakwaan tindakan tersebut bermotif politik menafikan kerajaan negeri mempunyai kaitan dalam isu pengguguran Azmin sebaliknya menyatakan keputusan itu dibuat oleh Othman.

Bagaimanapun kenyataan Abdul Khalid itu bercanggah dengan kenyataan dikeluarkan PKNS menerusi Norita yang memaklumkan penamatan Azmin dibuat selaras dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 13 November lalu yang disahkan pada 4 Disember.

Isu PKNS: MB dedah dokumen sulit

Posted: 22 Jan 2014 11:32 AM PST

Amirudin Shari (tengah) menyerahkan bunga dan nota sokongan penjawat awam menyokong tindakan kerajaan negeri Selangor kepada Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim (kanan), sambil diperhatikan Abdullah Sani Abdul Hamid (kiri) di Bangunan PKNS di Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 22 Jan. - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mendedahkan beberapa dokumen sulit berhubung isu penyingkiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Pendedahan tersebut bagi menafikan penglibatan pentadbiran kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dalam mengeluarkan arahan supaya jawatan Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR dalam PKNS ditamatkan.

Dokumen-dokumen yang didedahkan itu termasuk surat-menyurat rasmi dan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) mengenai arahan Abdul Khalid kepada Ketua Setiausaha Sulitnya, Mohd. Yasit Bidin.

"Dokumen-dokumen sulit seperti keputusan MMKN dan surat-menyurat antara Pejabat Menteri Besar, PKNS dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) ini didedahkan menggunakan kuasa Menteri Besar yang diperuntukkan mengikut Seksyen 2 (C) Akta Rahsia Rasmi.

"Dokumen-dokumen ini dikeluarkan untuk membolehkan orang ramai meningkatkan kefahaman dan berhenti membuat spekulasi kerana dikhuatiri menjejaskan siasatan dalaman yang sedang dijalankan oleh kerajaan negeri," jelas kenyataan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar di sini hari ini.

Antara dokumen yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri ialah surat rasmi yang dikemukakan Pengurus Besar PKNS, Datuk Othman Omar kepada Azmin bertarikh 8 Januari 2014 yang menyatakan penghargaan kepada Timbalan Presiden PKR itu di atas sumbangan yang telah diberikan sepanjang menjadi Ahli Lembaga Pengarah.

Penghargaan itu dinyatakan oleh Othman selaras dengan keputusan kerajaan negeri menerusi cabutan kertas MMKN bertarikh 13 November 2013 yang mana beliau menyatakan perkhidmatan Azmin sebagai ahli perbadanan itu ditamatkan mulai 4 Disember 2013.

Bagaimanapun, penamatan Azmin sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS tidak disebut secara jelas dalam MMKN pada 13 November 2013.

Berdasarkan keputusan MMKN, kerajaan negeri telah menimbang dan meluluskan pelantikan dua anggota Exco iaitu Datuk Teng Chang Khim dan Iskandar Abdul Samad sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS manakala seorang lagi calon untuk mengisi jawatan berkenaan akan ditentukan kemudian.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat