{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Guan Eng jangan mudah salahkan orang lain

Posted: 25 Jan 2014 10:23 AM PST

Reezal Merican

KEPALA BATAS 25 Jan. - Ketua Menteri, Lim Guan Eng disaran menggunakan pendekatan seperti yang dilakukan bapanya, Lim Kit Siang yang lebih matang berpolitik dalam menghadapi sesuatu isu.

Malah, beliau turut digesa mencontohi bapanya mencari jalan penyelesaian, bukan hanya pandai menuding jari dan menyalahkan orang lain dalam menyelesaikan sebarang isu berbangkit.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, sebagai ketua kerajaan negeri, Guan Eng sepatut mengambil tanggungjawab menyelesaikan isu tindakan biadab Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk, Lee Khai Loon yang menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini dan bukan meminta orang lain menyelesaikannya.

"Sebagai ketua kerajaan negeri, sudah pasti semua ADUN di Pulau Pinang di bawah tanggungjawabnya walaupun wakil rakyat Machang Bubuk itu daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Jika mengaku pakatan, tentunya DAP dan Pas boleh memberi teguran terhadap sesuatu perkara salah yang dilakukan ahli mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Parlimen Kepala Batas di pekarangan Sekolah Rendah Hashim Awang di sini hari ini.

Guan Eng sebelum ini dilaporkan berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan individu yang harus tampil menyelesaikan kemelut berhubung tindakan Khai Loon menghina Najib dalam demonstrasi di Machang Bubuk baru-baru ini.

Ketua Menteri itu juga dilaporkan berkata, Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak ada kena-mengena dengan isu tersebut dan mereka tidak sepatutnya diheret dalam demonstrasi mengecam wakil rakyat Machang Bubuk berkenaan.

Guan Eng juga dilaporkan mempersoal mengapa beliau yang dikritik dan bukannya Anwar berhubung isu berkenaan dan mempertikai sama ada perkara tersebut dilakukan kerana beliau merupakan kaum Cina sekali gus menjadi sasaran.

Dalam pada itu, Reezal Merican turut menempelak Guan Eng yang memilih menimbulkan isu kaum dalam berdepan kemelut tersebut berbanding mengambil inisiatif menyelesaikannya.

SEMUT persoal sensitiviti DAP

Posted: 25 Jan 2014 10:23 AM PST

Huan Cheng Guan

KUALA LUMPUR 25 Jan. - Sensitiviti DAP yang kononnya mendakwa sebagai parti berbilang kaum dipersoalkan ekoran sikap berdiam diri mereka dalam pelbagai isu melibatkan kepentingan kaum selain Cina di negara ini.

Presiden Sensible and Ethical Malaysians United Troopers (SEMUT), Datuk Huan Cheng Guan berkata, keadaan itu mencerminkan pendirian jelas parti cauvinis Cina itu bahawa perjuangan hakiki mereka kini bersifat perkauman dan mempromosikan prasangka terhadap integrasi kaum.

"Sememangnya DAP bersikap cauvinis, kalau kita lihat, lebih 50 peratus ahli Parlimen mereka adalah Cina Kristian yang fanatik. Mereka akan berbuat apa-apa sekalipun demi mendapatkan kuasa dan sokongan.

"Saya rasa masalah yang berbangkit kini terutama berkaitan perhubungan perpaduan, semua bertitik-tolak daripada tingkah laku kepimpinan pembangkang terutama DAP. Perkara ini berbeza kalau kita tengok zaman dahulu memang tiada masalah begini," katanya di sini hari ini.

Dalam masa sama, beliau meminta kerajaan terus memantau perilaku semua guru dan pentadbir SRJK Cina yang dilihat mempunyai kecenderungan menghasut muridnya seperti yang berlaku sebelum pilihan raya umum lalu.

"Kalau tindakan tegas tidak diambil, nescaya guru SRJK Cina akan terus menghasut murid, perkara ini memudaratkan integriti kaum, justeru jangan berkompromi dengan mereka," katanya.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, dalam kes di Sungkai, guru itu memohon maaf dan tidak perlu isu berkenaan diperbesarkan.

"Kita harap perkara ini selesai. Murid di sekolah itu perlu terus belajar dan memandangkan kini bulan Januari iaitu permulaan persekolahan, mereka tidak perlu diheret dalam sebarang polemik yang akhirnya merugikan masa depan mereka sendiri," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat