{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


'Cakap tak serupa bikin'

Posted: 03 Jan 2014 10:08 AM PST

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

BALIK PULAU 3 Jan. - Ketua Menteri, Lim Guan Eng diselar kerana disifatkan tidak mengamalkan contoh pengurusan dan pentadbiran negeri yang baik dalam mempertahan pembelian kereta mewah jenis Mercedes-Benz S300L untuk kegunaan rasminya.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, Guan Eng menunjukkan contoh bertentangan dengan dasar perbelanjaan berhemah yang sering dicanang dalam setiap ceramah politiknya.

"Kerajaan DAP Pulau Pinang begitu lantang menghentam pelbagai pihak termasuk Kerajaan Negeri Terengganu yang membeli kereta berkenaan dengan dakwaan membazir dan sebagainya.

"Walau bagaimanapun, sekarang Guan Eng pula berbuat demikian sedangkan dalam tempoh dua bulan lalu, beliau telah diberikan sebuah kereta baharu jenis Camry untuk urusan rasminya. Dalam tempoh yang cukup singkat, beli pula sebuah lagi kereta baharu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Keratan Utusan Malaysia, kelmarin.

Terdahulu, Hilmi yang juga Timbalan Menteri Kesihatan menyempurnakan majlis penyampaian insentif Projek Estet Padi Pengurusan Secara Berpusat di sini hari ini.

Dalam majlis itu, sebanyak 19 pesawah menerima insentif berjumlah RM4,000 seorang menerusi program Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

Kerajaan DAP Pulau Pinang yang selama ini sering bermegah dengan mendakwa tidak akan menggunakan duit rakyat sewenang-wenangnya mengundang kritikan pelbagai pihak selepas membelanjakan hampir setengah juta untuk membeli dua buah kereta bagi kegunaan Ketua Menteri dalam tempoh hanya dua bulan.

Mengulas lanjut, Hilmi berkata, walaupun Guan Eng mempertahan pembelian kereta mewah itu atas alasan diberi potongan harga, namun keputusan tersebut tetap merupakan pembaziran memandangkan bukan keperluan mendesak.

"Negeri ini bukan besar sangat. Jadi untuk urusan rasmi, adalah memadai dengan menggunakan kereta Camry yang dibeli sebelum ini.

"Dahulu bukan main kritik pihak lain dengan menyatakan membazir dan sebagainya, sekarang mereka pula lakukannya. Sebab itu saya katakan beliau cakap tidak serupa bikin," katanya.

PKR tiada keistimewaan

Posted: 03 Jan 2014 10:08 AM PST

Oleh ZAAIN ZIN
pengarang@utusan.com.my

KOTA BHARU 3 Jan. - Kerajaan Pas Kelantan tidak akan memberi sebarang keistimewaan jawatan kepada pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini berikutan kedudukan dan pengaruh parti itu yang tidak menonjol.

Selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu, PKR hanya mempunyai satu kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pendirian Pas itu menyamai layanan sama diterima daripada rakan sekutu pakatan pembangkang di negeri lain. Ini termasuk wakil tunggal mereka di Pulau Pinang, Datuk Mohd. Salleh Man (Permatang Pasir) yang tidak dilantik sebagai Exco kerajaan negeri oleh DAP.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Abdullah, PKR tidak ada sebab untuk berasa terpinggir kerana Pas memberi layanan yang sama terhadap rakan sekutu mereka, seperti mana diterima mereka di negeri lain.

Mengulas lanjut beliau berkata, wakil tunggal PKR di negeri ini iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guchil, Roslan Puteh menerima nasib yang sama seperti Mohd. Salleh di Pulau Pinang apabila tidak diberi kepercayaan dalam barisan Exco Kerajaan DAP.

"Apa yang sudah dibuat pada zaman Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) dulu kita masih kekalkan pada hari ini iaitu kita tidak pinggirkan siapa-siapa. Pelantikan penghulu tetap berjalan seperti dulu.

"Exco pula memang dari dulu kita tidak pernah lantik PKR, sebab dia hanya ada satu kerusi, di Pulau Pinang pun Pas ada satu kerusi tak dapat jadi Exco jadi sama sahaja," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan di Dataran Ilmu di sini hari ini.

Pengarah Latihan dan Komunikasi PKR Kelantan, Dr. Wan Suhaimi Wan Daud semalam mendakwa parti itu dianaktirikan Kerajaan Pas Kelantan apabila tidak diberi sebarang kedudukan penting dalam semua peringkat pentadbiran negeri.

Menurut Wan Suhaimi, Roslan yang menjadi wakil rakyat tunggal PKR bukan sahaja tidak dilantik sebagai Exco atau Timbalan Exco, malah tidak diberi peluang mempengerusikan mana-mana anak syarikat milik kerajaan negeri.

Malah, katanya, perkara sama berlaku di peringkat akar umbi apabila tiada seorang pun wakil parti itu dilantik sebagai penghulu di mana-mana kawasan DUN.

Mengulas lanjut, Mohd. Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas I Kelantan meminta Wan Suhaimi menggunakan saluran betul untuk menyuarakan pendapat jika tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri.

"Kalau dia rasa PKR memerlukan penyertaan yang lebih dalam kerajaan negeri, dia mungkin boleh datang berjumpa Menteri Besar dan bawa pandangan itu menggunakan prosedur yang betul supaya kita boleh tahu apa sebenarnya yang dia tidak puas hati," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat