{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Rekreasi

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Rekreasi


Star Wars mempertemukan geng

Posted: 05 Jan 2014 04:27 AM PST

Kelolaan RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM
dianna.azaham@utusan.com.my

STAR Wars Fanboys Malaysia mempertemukan peminat-peminat Star Wars di Malaysia lalu dengan pantas menjadi rakan.

SEWAKTU menyatakan kepada pensyarahnya yang dia mahu mengkaji dan membuat galeri Star Wars untuk projek akhir tahunnya bagi pengajian Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Dalaman pada tahun 2008, pensyarahnya agak skeptikal dengan ideanya itu.

Ujar pensyarah kepada Suhaizam Mahmmud, 30, cabaran untuk melaksanakannya agak tinggi kerana sukar untuk mencari pengumpul barangan Star Wars di Malaysia memandangkan tiada kelab atau persatuan peminat Star Wars rasmi ketika itu.

Namun, dek kerana minat yang mendalam terhadap filem sains fiksyen yang dihadamnya sejak kecil, Suhaizam tekad untuk meneruskan ideanya dan mula mencari peminat-peminat tegar Star Wars sepertinya, di laman Facebook.

Sejak itu, saya bertemu ramai rakan-rakan yang gila dengan Star Wars seperti saya. Kami banyak berkongsi pengetahuan bersama-sama dan akhirnya menjadi geng kerana minat yang sama.

Akhirnya pada tahun 2012, Star Wars Fanboys Malaysia secara rasmi ditubuhkan. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti majlis amal dengan Pusat Penjagaan Kanak-Kanak Kurang Upaya, Taman Megah dan pameran percuma di Dataran Underground," ujar pengasas kelab tersebut yang kini mempunyai lebih 520 ahli di seluruh Malaysia.

Tambah Suhaizam, Star Wars Fanboys Malaysia juga menganjurkan perjumpaan ahli-ahli yang digelar Fanboys Chill Out tiga hingga empat bulan sekali untuk mereka bersembang santai mengenai koleksi masing-masing yang dibawa bersama selain berkongsi pengetahuan mengenai Star Wars.

Uniknya kelab ini, Suhaizam berkata ia lebih berkonsepkan komuniti kerana ahlinya tidak dipaksa untuk begitu komited terhadap kelab. Ia sekadar platform geng-geng Star Wars di Malaysia untuk berkongsi hobi mereka secara santai.

Aktiviti seterusnya yang sedang dirancang Suhaizam dan rakan-rakannya ialah satu pameran Star Wars besar-besaran di sekitar Kuala Lumpur.

Bercerita mengenai koleksi peribadinya pula, ujar Suhaizam, walaupun minatnya terhadap Star Wars bermula dari kecil malah pernah berlakon sebagai Ewoks (watak dalam filem Star Wars) ketika di sekolah, dia hanya mula fokus dalam aktiviti ini ketika di universiti apabila rakan serumahnya yang juga peminat Star Wars memasang filem tersebut setiap hari tanpa jemu.

Ujar pereka dalaman itu, barangan Star Wars telah memberi kepuasan sebenar dalam hidupnya kerana ada antaranya sukar untuk ditemui selain mengimbau zaman kanak-kanaknya.

dimilikinya kerana ia mempunyai tempoh-tempoh tertentu sahaja dan lebih sukar ditemui jika habis tempoh kerjasama tersebut.

Sejak itu, kenangan semasa kecil kembali semula dan dia mula memburu barangan Star Wars. Selain mainan dan patung daripada filem tersebut, Suhaizam lebih fokus kepada barangan Star Wars yang menjalinkan kerjasama dengan produk-produk tertentu seperti kasut jenama Adidas dan mesin pencetak jenama Canon yang bertemakan Star Wars.

Ternyata pencariannya tidaklah sesukar yang dijangka memandangkan Star Wars diminati oleh semua golongan masyarakat dan kewujudan laman sosial seperti Facebook memudahkan tugasnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat