{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Selatan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Selatan


Program ringan beban rakyat

Posted: 18 Jan 2014 11:04 AM PST

Oleh FADZLY IZAB
utusanmelaka@utusan.com.my

Idris Haron menyampaikan sumbangan dan duit raya kepada seorang warga emas sempena Tahun Baru Cina di Pasar Raya Besar Mydin, Ayer Keroh, Melaka, semalam.

MELAKA 18 Jan. - Kerajaan negeri dengan bantuan pelbagai pihak akan terus melaksanakan program berasaskan keperluan rakyat bagi meringankan beban golongan kurang berkemampuan tanpa mengambil kira latar belakang politik.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, program seperti sumbangan sempena sambutan hari-hari perayaan besar semua kaum di negeri ini terus diadakan malah tidak pernah berhenti pada satu-satu masa.

Menurutnya, usaha berterusan ini juga bersesuaian dengan berpaksikan tiga landasan utama iaitu kesejahteraan rakyat, kemakmuran ekonomi dan penyampaian perkhidmatan berintegriti.

"Untuk itu mana-mana penganjuran program bersifat kemasyarakatan terutamanya bagi warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya akan terus kita lakukan tidak kira masa," katanya selepas merasmikan majlis Penyampaian Sumbangan Hamper dan Duit Raya Kepada Warga Emas, Ibu Tunggal dan Golongan Miskin sempena Tahun Baru Cina di Pasar Raya Besar Mydin di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini hari ini.

Sebanyak 135 penerima kurang berkemampuan dari seluruh negeri dipilih menerima sumbangan duit raya sebanyak RM100 setiap seorang, beras, limau dan hamper.

Kesemua sumbangan dengan nilai keseluruhan sebanyak RM20,000 itu disumbangkan oleh pelbagai pihak termasuk individu, agensi dan badan kerajaan serta swasta.

Idris berkata, program sumbangan tanpa mengira kaum dan waktu ini membuktikan bahawa BN bukanlah sebuah parti yang hanya bekerja pada waktu pilihan raya sahaja seperti dakwaan pihak pembangkang.

"Malah dengan mengutamakan penganjuran program berdasarkan kehendak rakyat dan tidak bersifat populariti seperti inilah yang menjadikan BN terus dipilih serta disokong rakyat pelbagai kaum sehingga hari ini," tegasnya.

Penoreh kecewa rumah RMR tidak siap, minta SPNB bertindak

Posted: 18 Jan 2014 11:04 AM PST

Kamarudin Zainudin (kiri) menunjukkan pembinaan rumahnya yang terbengkalai di Kampung Jus, Selandar, Melaka, semalam. -MINGGUAN/NURSURAYA ZULKIFLI

JASIN 18 Jan. - Seorang penoreh getah kecewa apabila Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang dimohon berharga RM65,000 sebuah dan mula dibina pertengahan tahun lalu di Kampung Jus, Selandar sehingga kini masih belum dapat disiapkan.

Pemilik rumah itu, Kamarudin Zainudin, 48, berkata, rumahnya terbengkalai akibat kontraktor yang dilantik Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menghilangkan diri selepas dua minggu memulakan kerja-kerja pembinaan.

"Saya kecewa dengan tindakan kontraktor terbabit kerana gagal menyiapkan rumah saya dalam tempoh yang telah ditetapkan sebelum ini.

"Mengikut jadual, rumah dijangka siap selepas dua bulan proses pembinaan dilakukan,'' katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Kata Kamarudin, dia membuat permohonan untuk membina rumah berkenaan di atas tanah milik keluarga isterinya pada awal tahun lalu sebelum dimaklumkan permohonannya diterima daripada pihak terbabit beberapa minggu kemudian.

"Saya langsung tidak mengenali kontraktor yang disediakan pihak SPNB dan hanya mengetahui individu berkenaan tinggal di Tebong.

"Sudah tiga kali saya cuba menghubungi pihak SPNB di Kuala Lumpur dan mereka meminta nama dan alamat rumah selain mengatakan akan menghantar wakil untuk memantau perkara ini, namun masih tidak ada tindakan," katanya.

Kamarudin berkata, dia dan isterinya serta seorang anaknya menumpang di rumah bapa saudara mereka sejak berkahwin 10 tahun lalu kerana tidak mampu memiliki rumah sendiri.

"Selama ini saya hanya menolong isteri menoreh getah dengan pendapatan RM800 sebulan.

"Tetapi kini tidak mampu bergerak aktif seperti dulu untuk bekerja kerana baru pulih daripada kecederaan tulang belakang akibat kemalangan pada Julai tahun lepas," katanya.

Dia merayu pihak terbabit supaya mengambil tindakan sewajarnya kerana sudah lama menunggu untuk mendiami rumah sendiri.

Sementara itu, Eksekutif SPNB Melaka, Hafiz Ahmad ketika dihubungi memberitahu, pihaknya akan mengambil tindakan berhubung perkara tersebut termasuk melantik kontraktor baharu.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat