{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Selatan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Selatan


Bimbang ancaman tanah runtuh

Posted: 04 Jan 2014 09:25 AM PST

Oleh AINAA MARDHIAH MOHD GHAZALI
utusanN9@utusan.com.my

hasim Rusdi (kiri) ketika meninjau keadaan tebing tinggi di belakang rumah Mohd. Nor Azimi Abd Rahman (kanan) di Rasah Kemayan, Labu, Negeri Sembilan, semalam.

SEREMBAN 4 Jan. - Sebuah keluarga hidup dalam kebimbangan berikutan tebing tanah setinggi tiga meter di bahagian belakang rumah yang didiami mereka di Rasah Kemayan, dekat sini, hampir runtuh.

Menurut pemiliknya, Mohd. Nor Azimi Abd. Rahman, 37, keadaan tebing tanah pada cerun bukit itu bertambah buruk pada musim hujan ini.

Katanya, tebing itu hanya berlapikkan plastik kanvas sahaja sebagai penahan supaya tanah berkenaan tidak jatuh.

"Ketika itu, saya tidak perasan tebing tanah itu tidak dikonkrit, sehinggalah pada suatu hari saya memeriksanya dan mendapati ada kesan retak dan pecah di bahagian longkang di rumah saya ini.

"Malah, kini tebing tanah di situ jatuh sedikit demi sedikit sehingga menyebabkan bahagian belakang rumah saya penuh dengan tanah merah. Saya bimbang jika hujan lebat tanah tersebut akan menimbus rumah kami serta jiran sebelah," katanya di sini hari ini.

Tambah Mohd. Nor Azimi, dia telah membuat aduan kepada Majlis Perbandaran Nilai (MPN), namun dimaklumkan kawasan itu bukan di bawah bidang kuasa MPS dan perlu merujuk kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) kerana terletak berhampiran pencawang elektrik.

"Setelah aduan dibuat kepada TNB, mereka akhirnya datang melihat keadaan kawasan ini dan hanya memasang kanvas plastik sahaja dengan alasan tanah ini juga bukan milik TNB.

"Sehingga kini, saya masih keliru dengan siapa yang perlu dirujuk. Semua pihak tidak mengaku kawasan siapa, sedangkan setiap hari kami berdepan dengan risiko keselamatan," katanya.

Menurut Mohd. Nor Azimi lagi, lebih menghampakan, kanvas berkenaan semakin uzur sehingga menyebabkan tanah serta batu jatuh ke belakang rumah.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labu, Datuk Hasim Rusdi berkata, pihaknya telah membawa masalah tersebut dalam Mesyuarat Tindakan Daerah dan kerjasama bersepadu antara MPN dan TNB.

"Kawasan ini adalah kawasan bersama antara majlis dengan TNB, maka lebih elok kedua-dua pihak mencari jalan membantu menyelesaikan perkara ini. Kita tidak mahu menuding jari, apa yang penting masalah tanah runtuh ini diatasi dan diperbaikinya dengan sempurna.

"Keselamatan keluarga ini perlu diberi keutamaan dan saya berharap dapat diselesaikan dalam masa terdekat," katanya.

Pelan didik masyarakat urus sisa pepejal secara cekap dirangka

Posted: 04 Jan 2014 09:25 AM PST

SEREMBAN 4 Jan. - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) merangka pelan strategik dalam usaha mendidik rakyat untuk menguruskan sisa pepejal secara cekap dan bijak ke arah mewujudkan persekitaran yang lebih sihat di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPPA, Datuk Ab. Rahim Md. Noor berkata, pelbagai program strategik dirancang dalam tahun ini bagi merealisasikan matlamat berkenaan, sekali gus mengubah minda rakyat di negara ini menjelang 2016.

"Paling utama, transformasi minda masyarakat supaya bertanggungjawab terhadap kebersihan persekitaran amat dititikberatkan.

"Dalam pada itu, PPSPPA juga akan melaksanakan dasar-dasar dan strategi pengurusan sisa pepejal dan perkhidmatan awam secara bersepadu, cekap, lestari dan menjadikan kebersihan sebagai budaya hidup masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan bengkel strategik program PPSPPA 2014 di Klana Resort di sini hari ini.

Menurut Ab. Rahim, salah satu teras dalam Pelan Strategik PPSPPA 2014 iaitu pelaksanaan pengurusan sisa pepejal secara mapan 4R (Reduce, Reuse, Recycle, Recovery) akan dijalankan dengan teratur.

"Pihak perbadanan juga harus bersedia untuk berubah ke arah kecemerlangan dalam memacu fungsinya supaya mampu untuk mencapai dan melaksanakan enam teras utama dalam Pelan Strategik PPSPPA 2014-2020.

"Sebelum kita ingin mengubah minda masyarakat, kita sebagai kakitangan PPSPPA perlu mengubah minda kita agar menjadi contoh kepada masyarakat di luar sana.

"Tanggungjawab untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai persekitaran yang bersih harus dipikul oleh semua pihak termasuk masyarakat negara ini," katanya.

Beliau menjelaskan, salah satu usaha yang bakal dijalankan adalah menyediakan tempat khas membungkus lebihan makanan bagi mengurangkan sampah organik seperti sisa makanan.

"Setakat ini, kita telah berbincang di Kelantan, kita akan bekerjasama dengan pihak perhotelan bagi mengurangkan kadar pembuangan makanan berlebihan.

"Dalam masa yang sama, pihak perhotelan bakal menjadi sebuah tempat penginapan mesra alam sekitar," katanya.

Tambah Ab. Rahim lagi, kesedaran orang ramai berhubung pengasingan antara sampah sisa makanan mahu pun kitar semula, pembuangan sampah di tempat yang disediakan amat penting bagi menjayakan matlamat tersebut.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat