Utusan Online - Sukan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Sukan |
Tiket Piala Sumbangsih dijual esok Posted: 14 Jan 2014 11:07 PM PST Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA KUANTAN 15 Jan. - Tiket bagi menyaksikan perlawanan Piala Sumbangsih 2014 bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah antara Pahang dan Lions XII di Stadium Darul Makmur di sini akan mula dijual bermula pukul 10 pagi esok. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Perlawanan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP), Raja Mustafa Shah Raja Jalil Shah berkata, tiket tersebut akan dijual di dua lokasi iaitu Stadium Darul Makmur dan Stadium Mini Temerloh. Mengenai harga tiket, beliau berkata, RM25 untuk tempat duduk utama (grandstand), teres berbumbung (RM15), terbuka (RM12) manakala RM8 untuk kanak-kanak yang berusia lima hingga 11 tahun. "Bagi kerusi di tempat duduk utama, harganya tetap RM25 walaupun untuk kanak-kanak," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE |
Kingston nadi kekuatan Chong Wei buru kejuaraan Posted: 14 Jan 2014 11:16 AM PST Oleh FERZALFIE FAUZI dan SUFIAN HADI MOHD. SOJAK Lee Chong Wei KUALA LUMPUR - Tekanan ke atas pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei untuk meraih kejuaraan Siri Super Premier Terbuka Malaysia 2014 buat kali kesepuluh diredakan dengan kehadiran anak lelakinya, Kingston Lee sepanjang kejohanan. Chong Wei yang tewas kepada Chen Long dalam perlawanan akhir Siri Super Terbuka Korea Selatan hujung minggu lalu, akan cuba sedaya upaya untuk mempertahankan kejuaraan dan terus mencipta rekod sebagai pemenang terbanyak kejohanan ini, dan katanya Kingston adalah pencetus semangat buat dirinya, selain sokongan peminat tempatan lain. Anaknya yang berusia sembilan bulan itu, katanya, akan sentiasa hadir bersama Datin Wong Mew Choo sepanjang kejohanan tersebut seterusnya memberi semangat buatnya untuk merangkul gelaran pertama pada 2014. "Sebelum ini saya tidak ada masa untuk bersamanya (Kingston), kerana sibuk dengan Terbuka Korea Selatan, selepas itu fokus untuk Terbuka Malaysia pula tetapi isteri saya memahami perkara ini," katanya. Jelasnya, sudah tentu dia mahukan kemenangan di gelanggang sendiri dan akan beraksi sebaik mungkin. "Saya mempunyai sasaran sendiri iaitu meraih kejuaraan kesepuluh, memang bukan mudah tetapi saya harus menikmati perlawanan sebaik mungkin kerana saya tidak akan mensasarkan banyak kejuaraan Siri Super tahun ini kerana fokus saya adalah kejohanan besar seperti Piala Thomas, Kejohanan Dunia, Sukan Asia dan Sukan Komanwel. "Fokus saya adalah temasya yang berlangsung empat tahun sekali, kerana pada empat tahun akan datang mungkin saya sudah bersara," katanya. Ditanya mengenai persediaannya untuk beraksi pada perlawanan pusingan pertama, bertemu Hans-Kristian Vittinghus dari Denmark, Chong Wei berkata semuanya berjalan lancar dan dia sudah melupakan kekalahan di Korea Selatan. "Saya baru tiba semalam (kelmarin), jadi saya hanya fokus perlawanan pertama sahaja. Lawan saya memang sedikit mantap tetapi saya juga perlu beri perhatian kepada beberapa pemain lain dan melupakan apa yang berlaku di Korea Selatan. "Kejohanan ini sangat penting buat saya kerana beraksi di gelanggang sendiri, saya tidak mahu komen tentang mara ke akhir atau tentang Chen Long, fokus saya adalah pada perlawanan pusingan pertama dan pusingan kedua terlebih dahulu," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan Tempatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |