Utusan Online - Sukan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Sukan |
FAM tidak tolak pandangan Khairy Posted: 12 Jan 2014 10:49 AM PST Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak akan menolak mentah-mentah pandangan Khairy Jamaluddin, yang mempersoalkan kewajaran Malaysia mengambil jurulatih berprofil tinggi seperti Philippe Omar Troussier untuk membimbing skuad kebangsaan. Sebaliknya, badan induk bola sepak kebangsan itu akan memberi perhatian kepada teguran Menteri Belia dan Sukan tersebut, biarpun pada dasarnya jurulatih kelahiran Perancis itu masih menjadi calon utama mereka untuk menggantikan Datuk K. Rajagobal. Apa yang diperkatakan oleh Menteri Belia dan Sukan mengenai pengambilan jurulatih import akan diambil perhatian oleh FAM tetapi satu perkara yang mahu diingatkan, kami masih belum buat sebarang keputusan mengenai pelantikan jurulatih baharu Harimau Malaya, jadi tidak perlu saya ulas panjang. Sama ada kita akan mengambil jurulatih import atau sebaliknya, tunggulah dengan sabar.. kerana tiada perkara yang dimuktamadkan lagi dan banyak aspek perlu dinilai, belum pasti lagi kita akan ambil (jurulatih import). Malah, siapa pilihan A, B atau C daripada pihak FAM, kita sudah ada..cuma tunggulah dahulu, itu sahaja saya mahu komen buat setakat ini, " kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin. Khairy kelmarin berkata, secara dasarnya beliau tidak bersetuju dengan pilihan FAM untuk mendapatkan khidmat Troussier sambil mencadangkan segala perbelanjaan wajar disalurkan kepada program pembangunan akar umbi. Beliau juga beranggapan keperluan mendapatkan khidmat jurulatih bertaraf dunia dilihat bukan satu keperluan mendesak buat Malaysia kerana tidak berdepan mana-mana kejohanan besar dalam masa terdekat. Baginya, masih banyak kelemahan perlu diperbaiki ekoran kumpulan bakat pemain yang dimiliki oleh negara terhad dan tidak banyak mampu dilakukan oleh jurulatih kebangsaan yang dilantik untuk memperbaiki prestasi dalam masa yang singkat. Troussier, bekas pengurus Jepun yang membawa negara matahari terbit itu mara ke pusingan kedua Piala Dunia 2002. Selain membantu Jepun menjuarai Piala Asia 2000, beliau juga dianggap kaya dengan pengalaman kerana pernah membimbing Nigeria, Afrika Selatan dan Burkina Faso selain Qatar. |
'The Bos Gaurus' yakin gegar liga Posted: 12 Jan 2014 10:49 AM PST Oleh SAYED HESHAM IDRIS Hardi Jaafar mengetuai bacaan ikrar pada majlis pelancaran logo dan pasukan Liga Super Perak di Stadium Perak, Ipoh semalam. IPOH - Meskipun tidak memiliki pemain bertaraf bintang, Perak yakin mampu menjadi antara pasukan yang disegani dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini. Kecuali Hardi Jaafar yang agak dikenali, lain-lain nama dalam pasukan itu masih asing bagi peminat selepas Perak kehilangan pemain bertaraf bintang seperti penjaga gol Farizal Marlias, Abdul Hadi Yahya, Shahrulnizam Mustafa dan S. Chanturu yang menyertai pasukan lain musim ini. Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir turut yakin walaupun tidak memiliki nama besar, Perak mampu mencipta kejutan. Menurutnya, skuad Perak kali ini berwajah baharu kerana ia dibentuk berasaskan pemain kelahiran negeri sendiri yang dikenalpasti di kampung-kampung dan di setiap daerah. "Saya harap Perak akan cemerlang dalam saingan Liga Super musim ini. Pasukan ini dibina daripada anak-anak jati Perak yang berbakat, malah jurulatihnya, Abu Bakar Fadzim merupakan bekas pemain Perak. "Saya berharap dengan semangat dan kesungguhan pemain, Perak akan kembali melakar kecemerlangan dalam saingan bola sepak tempatan," katanya. Zambry berkata demikian selepas melancarkan logo baru skuad Perak, 'The Bos Gaurus' iaitu nama saintifik bagi seladang, juga slogan baharu 'Kejor Yeop Score' menggantikan 'Kejor Yeop Kejor' di Stadium Perak, di sini semalam. Pengenalan logo dan nama baru itu yang diilhamkan sendiri oleh beliau yang diharapkan dapat menyuntik semangat juang pemain Perak dalam mengharungi cabaran musim 2014. Tambah Zambry, semangat sepasukan, disiplin dan stamina adalah ciri-ciri utama yang akan menentukan kejayaan sesebuah pasukan. Menurutnya, tanpa ciri-ciri berkenaan, pemain yang menerima gaji yang tinggi sekali pun tidak akan berjaya. "Skuad Perak dibina atas ketiga-tiga ciri ini. Saya sendiri melihat keazaman dan stamina yang ada pada pemain sewaktu bermain bersama-sama mereka ketika sesi latihan," ujar beliau. Skuad Perak musim ini dibarisi Muhd. Nor Haziq Mohd. Aris (penjaga gol), Mohd. Haizal Faquan Sadarudin, M. Yoganatahn, Mohd. Nasir Basharudin, Muhd. Syamil Khairi, Mohd. Syazwan Mohd. Roslan, dan Mohd. Shahrizal Mohd. Saad. Lilit lengan ketua pasukan milik Mohammad Hardi Jaafar. Lain-lain pemain termasuk Mohd. Ridzuan Azly Hussham, J. Partiban, Mohd. Tuah Iskandar Jamaluddin, Mohd. Nazri Mohd. Kamal, Mohd. Noor Hazrul Mohd. Mustapa, Mohd. Hidayat Amarudin, Razi Efendi Suhit, Mohamad Hisyamudin Mohamed Sha'ari, Mohd. Azmeer Yusof dan Mohd. Khairi Kiman. Perak diperkuatkan dengan empat pemain import iaitu kapten skuad Bawah 23 Tahun Myanmar, Kyaw Zayar Win selain turut menyambar pemain Burkina Faso, Martin Kafando; pemain Bosnia, Zelemir Terkes dan pemain Brazil, Eliel da Cruz Guardiano. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan Tempatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |