Utusan Online - Timur
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Timur |
- Sumbangan saintis neuro dihargai
- UiTM Kelantan kenang jasa MPP, PMDS
- Ahli Majlis Tertinggi MPP PKB terima watikah pelantikan
Sumbangan saintis neuro dihargai Posted: 14 Jan 2014 11:16 AM PST Oleh HAPIZAH AZIZ NAJIB Tun Razak (duduk, empat dari kiri) bersama 35 saintis yang menerima anugerah 'Saintis Penyelidik Terbaik Malaysia' di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Turut kelihatan, Jafri Malin Abdullah (barisan kedua, lapan dari kanan). KOTA BHARU 14 Jan. - Saintis Neuro, Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Jafri Malin Abdullah terpilih menerima anugerah 'Saintis Penyelidik Terbaik Malaysia' dari Akademi Sains Mala ysia. Anugerah tersebut disampaikan oleh Presiden Akademi Sains Malaysia, Datuk Dr. Ahmad Tajuddin Ali sambil disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Beliau adalah di antara lapan saintis USM yang menerima anugerah yang diberikan kepada 35 saintis dari seluruh negara yang terlibat dalam bidang penyelidikan. Jafri Malin diberikan anugerah itu kerana penglibatannya dalam penyelidikan neurosains di negara ini. Sementara itu, Jafri Malin memberitahu, anugerah itu merupakan penghormatan terhadap sumbangan saintis dalam pembangunan negara ini. Katanya, penyelidikan saintis di negara ini banyak menyumbangkan kepada pembangunan ekonomi melalui percambahan pengetahuan, mencipta kemajuan dan pencarian kecemerlangan saintifik untuk kepentingan masyarakat. "Dengan pengenalan anugerah ini diyakini mampu mengiktiraf sumbangan dan pencapaian kajian saintis tempatan, seterusnya menjadikan mereka sebagai contoh serta mentor generasi masa hadapan. "Penglibatan semua pakar melalui inisiatif berkenaan akan memudahkan proses untuk mengenal pasti keperluan negara dan membolehkan mereka yang benar-benar layak menerajui kajian berkaitan," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui di Jabatan Neurosains, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Kampus Kesihatan USM, di sini baru-baru ini . Katanya, anugerah itu juga akan menjadi rujukan terbaik bagi membolehkan calon dari negara ini meraih pelbagai anugerah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Jafri Malin merupakan lulusan USM sebelum melanjutkan pelajaran sebagai pakar bedah neuro dan memperoleh ijazah doktor falsafah (PhD) dari Universiti of Ghent, Belgium. Beliau juga terlibat secara langsung dalam melahirkan 36 pakar neuro surgeri, seorang pakar neurologi dan 12 saintis neuro. Dari segi penulisan pula, beliau menghasilkan 147 terbitan jurnal ilmiah dan 10 buku dalam pengajiannya. |
UiTM Kelantan kenang jasa MPP, PMDS Posted: 14 Jan 2014 11:16 AM PST BARISAN Majlis Perwakilan Pelajar serta Pembantu Minggu Destini Siswa bergambar kenangan semasa program 'Perfect Action, Illustrate Excellence' di Pulau Langkawi, Kedah, baru-baru ini. - UTUSAN/ROSMIZAN RESDI MACHANG 14 Jan. - Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kelantan mengadakan program khusus di Pulau Langkawi baru-baru ini bagi menghargai peranan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Pembantu Minggu Destini Siswa (PMDS). Program selama empat hari bermula 19 sehingga 22 Disember lalu itu merupakan salah satu inisiatif HEP dalam mengenang jasa MPP dan PMDS yang telah banyak membantu melancarkan setiap urusan pihak pengurusan universiti itu. Timbalan Rektor, Muhammad Shukri Salleh berkata, program tersebut bertujuan mengingati peranan MPP yang telah banyak membantu pihak universiti terutamanya bagi melancarkan perjalanan program Minggu Destini Siswa (MDS). "Kita sangat menghargai peranan MPP dan juga PMDS yang bertindak melancarkan proses pendaftaran dan orientasi pelajar baharu yang mendaftar. "Oleh itu, pihak kami telah menganjurkan program ini bagi memberi peluang kepada mereka untuk melawat serta menjelajah Pulau Langkawi bagi melepaskan tekanan tugasan sebelum ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini. Shukri berkata, program itu bertujuan menarik lebih ramai mahasiswa untuk bertugas secara sukarela bagi membantu menjayakan visi universiti. "Melalui program ini diharap lebih ramai sukarelawan yang dapat menggerakkan proses orientasi pelajar baharu, selain dapat merapatkan ukhuwah antara satu sama lain," katanya. Sementara itu, wakil PMDS, Mohamad Harris Fitri Mohamad Fadzir berkata, program berkenaan amat bermakna baginya, selain mendapat pelbagai pendedahan serta pengalaman baharu. "Banyak pengalaman yang saya dapat terutamanya semasa mengendalikan MDS bersama-sama rakan seperjuangan yang lain. "Saya berharap mahasiswa baharu dapat turut sama menawarkan diri menjadi PMDS kerana banyak yang boleh kita pelajari melalui pergaulan dan pengurusan organisasi dalam melaksanakan sesuatu program," katanya. Tambahnya, HEP juga sentiasa memberi sokongan dalam melaksanakan aktiviti pelajar. |
Ahli Majlis Tertinggi MPP PKB terima watikah pelantikan Posted: 14 Jan 2014 11:16 AM PST KOTA BHARU 14 Jan.- Seramai 22 Ahli Majlis Tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Kota Bharu (PKB) yang dipilih menerusi pilihan raya kampus (PRK) baru-baru ini menerima watikah pelantikan bagi penggal 2014 yang berlangsung di Dewan Al-Ghazali, di sini kelmarin. Watikah pelantikan tersebut disampaikan oleh Pengarah PKB, Noor Azahan Othman. Selain MPP, pengerusi dan presiden persatuan turut menerima sijil pelantikan pada majlis tersebut. Penasihat MPP PKB 2014, Mohd. Shaiful Azhar Jaafar berkata, barisan kepemimpinan MPP yang dibentuk kali ini terdiri daripada muka-muka baharu. "Saya yakin dan percaya barisan MPP yang dibentuk kali ini mampu menjalankan amanah diberikan dengan sebaik mungkin demi kepentingan semua pihak terutama pelajar. "Walaupun masih mentah dalam dunia kepemimpinan dan pengurusan organisasi, barisan MPP ini akan diberikan latihan bagi memastikan mereka menjalankan tugas pada tahap terbaik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam. Sementara itu, Naib Yang Dipertua MPP PKB, Nurul Akmal Ramli berkata, cabaran utama beliau apabila diberikan tanggungjawab tersebut adalah membentuk gandingan mantap dalam pengurusan badan berkenaan. Katanya, dia bertekad menjalankan amanah dengan sebaik mungkin bagi membalas kepercayaan diberikan oleh para pelajar yang memilihnya pada PRK lalu. "Saya akui tugas ini bukan mudah, namun dengan adanya tunjuk ajar daripada penasihat MPP ia memudahkan lagi tugas kami untuk menunaikan tanggungjawab itu," ujarnya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Timur To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |