{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Sokong penuh program Trenglish

Posted: 03 Jan 2014 10:08 AM PST

Oleh radhuan hussain
utusanterengganu@utusan.com.my

Syed Anuar

KUALA TERENGGANU 3 Jan. - Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) berharap sekolah-sekolah yang dipilih merintis program Trenglish yang akan dilaksanakan awal tahun ini dapat menubuhkan jawatankuasa khas bagi membantu menjayakan program murni itu.

Setiausaha agungnya, Syed Anuar Syed Mohamad berkata, pihaknya menyarankan jawatankuasa itu dianggotai wakil-wakil dari Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah terlibat selain penduduk setempat.

Beliau berkata, jawatankuasa seumpama itu penting supaya hasrat membudayakan penggunaan Bahasa Inggeris bukan setakat di kelas dan sekolah semata sebaliknya memberi impak positif kepada masyarakat.

"Kita menyokong penuh usaha kerajaan negeri untuk melaksanakan program Trenglish di negeri ini mulai awal tahun ini dalam usaha membantu para pelajar menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.

"Malah kita harap sekolah-sekolah yang terpilih ini dapat memanfaatkan peluang termasuk menggunakan segala sumber dengan sebaik mungkin demi masa depan pelajar," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas inisiatif kerajaan negeri untuk melaksanakan program Trenglish di Terengganu sekali gus menjadi negeri pertama yang memperkenalkan program seumpama bagi menggalakkan rakyatnya terutama pelajar menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.

Ketika mengumumkan perkara itu Isnin lalu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Inovasi dan Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata, bagi tujuan itu, kerajaan negeri akan mengeluarkan peruntukan RM3.3 juta.

Katanya, program itu akan diperluaskan ke semua sekolah di negeri ini termasuk sekolah rendah dan prasekolah dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Yayasan Terengganu (YT), Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Yayasan Islam Terengganu (YIT) dan Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK).

Syed Anuar seterusnya percaya program itu mampu meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar terutama mereka yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 dengan mata pelajaran itu sebagai syarat wajib lulus.

"Malah pelaksanaan program Trenglish itu juga akan dapat mengikis persepsi negatif kalangan masyarakat negeri ini khususnya pelajar," katanya.

ATM hulur 600 kampit beras kepada mangsa banjir

Posted: 03 Jan 2014 10:08 AM PST

MOHD. Zaki Hamzah (kiri) menyerah beras kepada Rohani Abdullah sebagai simbolik penyerahan sumbangan ATM untuk mangsa banjir di Kompleks Rakan Muda, Mak Lagam, Kemaman, Terengganu, kelmarin. - BERNAMA

KEMAMAN 3 Jan. - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus menghulurkan bantuan bekalan makanan berupa 600 kampit beras yang dimuat dalam tiga trak tentera untuk diagihkan kepada mangsa banjir di daerah ini hari ini.

Panglima 8 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Mohamad Zaki Hamzah berkata, kesemua bekalan makanan itu diserahkan kepada Pejabat Parlimen Kemaman di sini untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

Beliau memberitahu, usaha itu merupakan sumbangan berterusan daripada ATM membantu mangsa sejak daerah itu dilanda banjir terburuk pada 2 Disember lalu.

"Sejak banjir melanda daerah ini awal Disember lalu, pihak kami telah menghulurkan pelbagai bentuk bantuan kepada mangsa di pusat-pusat pemindahan termasuk bekalan air bersih dan pemeriksaan kesihatan.

"Kini selepas banjir surut, kita agihkan pula bantuan bekalan makanan seperti ini. Insya-Allah jika ada peruntukan lain, kita akan terus hulurkan bantuan untuk keperluan mangsa banjir di daerah ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan itu kepada Pegawai Khas Ahli Parlimen Kemaman merangkap Ahli Dewan Negara, Senator Rohani Abdullah di pekarangan Kompleks Rakan Muda Kemaman di Mak Lagam dekat sini semalam.

Mohamad Zaki berharap supaya bantuan ini dapat meringankan beban ribuan mangsa banjir di seluruh daerah ini.

"Keutamaan diberikan kepada mangsa banjir yang tinggal di kawasan kritikal selain mereka yang tidak berkemampuan," katanya sambil menambah bantuan serupa akan diagihkan kepada mangsa banjir di Hulu Terengganu pada Ahad ini.

Sementara itu Rohani terharu dengan keprihatinan ATM yang berterusan menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di daerah ini.

"Sehingga kini sudah hampir sebulan banjir surut tetapi pihak ATM masih tidak putus-putus memberikan bantuan untuk keperluan mangsa di daerah ini," katanya.

Mangsa yang bakal menerima bantuan itu melibatkan kawasan yang teruk dilanda bencana itu antaranya Bandar Baru Bukit Mentok, Kampung Pengkalan Pandan, Kampung Mak Chili, Kampung Paya Berenjut, Kampung Desa Maidam dan Kampung Binjai.

Kerajaan Pusat peruntuk RM650,000 baik pulih Sungai Melor untuk rakyat

Posted: 03 Jan 2014 10:08 AM PST

ANNUAR Musa (tengah) melihat proses baik pulih tebing Sungai Melor yang runtuh di Kampung Melor, Kota Bharu, Kelantan, semalam. - BERNAMA

KOTA BHARU 3 Jan. - Kerajaan Pusat memperuntukkan RM650,000 bagi melaksanakan kerja-kerja baik pulih tebing dan melebarkan aliran Sungai Melor dalam usaha menangani masalah limpahan air ketika hujan.

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa memberitahu, daripada peruntukan itu, RM500,000 bagi membina benteng dan RM150,000 lagi melebarkan aliran sungai.

"Sebelum ini kita telah mengemukakan rayuan mengenai masalah hakisan tebing Sungai Melor ini dan ia telah mendapat perhatian Jabatan Perdana Menteri apabila peruntukan serta-merta RM500,000 diluluskan.

"Selain itu, Kerajaan Pusat juga telah menambah peruntukan tambahan RM150,000 untuk memastikan laluan air sepanjang 500 meter dapat dilaksanakan segera. Kerja-kerja pelaksanaan terus giat dijalankan dan dijangka siap tidak lama lagi," katanya kepada pemberita ketika mengadakan tinjauan di Sungai Melor di sini hari ini.

Annuar berkata, setakat ini, kerja-kerja membaik pulih tebing sungai itu dilihat sudah dapat menyelesaikan masalah hakisan apabila tiada sebarang runtuhan berlaku semasa hujan lebat.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat