{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Tanam padi secara organik

Posted: 08 Jan 2014 11:02 AM PST

Oleh KAMARUDDIN HAMZAH
pengarang@utusan.com.my

Nawi Mohamad memandu jentera mencedung padi di sawah selepas merasmikan Majlis Mencedung Benih Padi Organik di Kampung Durian Telor, Besut, semalam.

BESUT 8 Jan. - Jabatan Pertanian negeri memperkenalkan kaedah penanaman padi secara organik melibatkan 10 peserta yang mengusahakan kawasan seluas 20 hektar di Kampung Durian Telor di sini melalui Program Kampungku Masa Depanku (MKMF).

Projek penanaman tanpa menggunakan racun dan bahan kimia itu merupakan sebahagian daripada inisiatif baharu yang diketengahkan kepada penduduk bagi menggerakkan lagi kegiatan ekonomi dengan memanfaat sumber setempat.

Bagi memperkenalkan projek perintis itu, majlis mencedung diadakan di tapak projek yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Nawi Mohamad semalam.

"Tanaman ini dijangka dituai dalam masa 100 hari dan jika memuaskan, projek ini mungkin akan diperluaskan. Beberapa projek tanaman dan ternakan secara organik turut dirancang," ujarnya.

Projek MKMF Kampung Durian Telor, adalah yang pertama di negeri ini dan kelapan di seluruh negara di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

MKMF telah diilhamkan pelaksanaannya melalui pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan menitikberatkan pemikiran kreatif dan gerak kerja inovatif dalam memperkenalkan inisiatif-inisiatif baru di bawah skop transformasi komuniti.

Nawi berkata, pemilihan Kampung Durian Telor dan daerah ini bagi menjayakan MKMY sangat dihargai kerana ia memberikan lebih banyak peluang kepada penduduk meneroka usaha baharu untuk membangunkan kehidupan.

Katanya, bagi menjayakan perancangan yang telah disusun, jawatankuasa penyelaras MKMF akan memohon RM1.6 juta daripada kementerian bagi keperluan sepanjang tahun ini.

MDPP sediakan tong sampah bergerak

Posted: 08 Jan 2014 11:02 AM PST

PASIR PUTEH 8 Jan. - Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) menggunakan pendekatan terbaharu dengan menyediakan perkhidmatan tong sampah bergerak dalam usaha meningkatkan kualiti kebersihan dan keceriaan persekitaran bandar itu.

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan MDPP, Shamsuddin Che Hamid berkata, tiga petugas khas masing-masing dibekalkan dengan sebuah motosikal roda tiga dan dilengkapi dengan alat memungut sampah bertanggungjawab memantau dan menjaga kebersihan di kawasan tersebut.

Beliau berkata, penyediaan tiga buah motosikal adalah mencukupi bagi memastikan keseluruhan kawasan bandar bebas daripada sampah sarap.

"Unit bermotosikal ini adalah anggota sokongan kepada petugas yang memunggah sampah secara berkala mengikut jadual yang ditetapkan.

"Mereka juga turut bertanggungjawab membersih persekitaran kawasan tertentu termasuk dilokasi yang digunakan sebagai tapak program tertentu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Shamsudin bagaimanapun meminta orang ramai dan pengunjung supaya memberi kerjasama serta memastikan bandar tersebut bersih.

Katanya, konsep gotong-royong yang diterapkan oleh pengurusan organisasi MDPP sejak beberapa tahun lalu akan diteruskan dan ia menjadi program utama untuk membebaskan bandar itu daripada sampah-sarap.

"Apa pun, pengunjung dan pengguna diminta memberi kerjasama padu untuk mengekalkan kebersihan bandar dengan tidak membuang sampah di merata tempat termasuk dalam longkang di tepi bangunan atau jalan.

"Persekitaran bersih menyerlahkan imej terbaik dalam pengurusan MDPP di samping beramal mengerjakan kebajikan memastikan masyarakat bebas daripada dijangkiti penyakit berbahaya disebabkan persekitaran yang kotor," katanya.

Sektor perkhidmatan awam sedia bantu Kelantan baiki hubungan dengan Kerajaan Pusat

Posted: 08 Jan 2014 11:02 AM PST

KOTA BHARU 8 Jan. - Sektor perkhidmatan awam bersedia memainkan peranan lebih aktif bagi membantu pentadbiran Kerajaan Pas Kelantan membina hubungan lebih baik serta memantapkan kerjasama sedia ada dengan Kerajaan Pusat.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK), Datuk Mohd. Faudzi Che Mamat berkata, pihaknya akan tetap melaksanakan tugas secara profesional meskipun terdapat perbezaan fahaman politik antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

"Selain menganggotai Jawatankuasa Perhubungan Antara Kerajaan Persekutuan Dan Kerajaan Negeri, kita juga menjadi ahli dalam banyak jawatankuasa lain di peringkat Pusat.

"Selama ini kita di pihak penjawat awam tidak ada masalah atau isu, malah kita tingkatkan kerjasama dan terus laksanakan dasar-dasar yang dibuat oleh Pusat selagi tidak bercanggah dengan dasar kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Pas Kelantan di Kota Darul Naim di sini hari ini.

Mohd. Faudzi dalam pada itu mengakui, masih banyak ruang yang boleh diperbaiki pihaknya dalam usaha menawarkan perkhidmatan terbaik dan berkualiti kepada orang awam di negeri ini.

"Ada beberapa perkara yang ingin saya tekankan untuk penambahbaikan perkhidmatan awam terutama dari segi integriti dan kualiti penyampaian sedia ada.

"Mungkin sekarang pelbagai urusan sudah cepat, namun kita boleh cepatkan lagi dan pada masa sama, pastikan perkara itu tidak melanggar mana-mana aspek perundangan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Faudzi memberitahu, kerajaan negeri sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan gelombang kedua banjir di Kelantan.

"Tidak seperti di negeri lain, banjir memang sering berlaku di sini, jadi kita memang sentiasa bersedia.

"Kita mempunyai bekalan mencukupi di setiap pangkalan hadapan dan bantuan akan disalurkan kepada mangsa pada bila-bila masa," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat