{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Utara

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Utara


Kesenian, adat budaya Melayu perlu terus kekal dipelihara

Posted: 05 Jan 2014 11:02 AM PST

Sharipah Zulkifli (tengah) memotong pulut kuning bagi merasmikan Seni Rakyat Berendoi, Bertindik dan Marhaban di Sekolah Menengah Tajul Ariffin, Manong, Kuala Kangsar, Perak, kelmarin. Turut kelihatan Mohamad Kamil Shafie (kiri). - utusan/Hashim P.Mamat

KUALA KANGSAR 5 Jan. - Masyarakat diseru supaya memelihara kesenian, adat dan budaya Melayu yang semakin terpinggir terutama dalam kalangan generasi muda.

Pengerusi Badan Amal Isteri-isteri Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak (Baiduri), Datin Seri Sharipah Zulkifli berkata, ini penting bagi memastikan warisan kebanggaan orang Melayu itu dapat dikekalkan.

"Kesenian rakyat adalah lambang cara hidup sesuatu bangsa yang mempunyai nilai-nilai murni dan mencerminkan adat resam serta budaya kehidupan seharian mereka.

"Kesenian bangsa kita bukan sahaja perlu terus diperkukuhkan, malah harus disemai dalam kalangan generasi muda yang akan menjadi pewaris kepada kesenian bangsa sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Seni Rakyat Bertindik Telinga dan Marhaban peringkat DUN Manong di Sekolah Menengah Sultan Tajul Ariffin, Manong dekat sini semalam.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manong, Mohamad Kamil Shafie

Program itu dianjurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat DUN Manong dengan kerjasama Pergerakan Pemuda dan Wanita UMNO Bahagian Kuala Kangsar serta Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Parlimen Kuala Kangsar.

Program itu disertai oleh 13 kumpulan marhaban, 53 kanak-kanak yang bertindik telinga dan 13 kanak-kanak menyertai program berendoi.

Beliau yang juga isteri Menteri Besar berkata, aktiviti seperti marhaban, bertindik telinga dan berendoi kini sudah semakin dilupakan.

"Peluang mengikuti program hari ini memberikan inspirasi kepada Baiduri untuk menggiatkan semula kesenian dan budaya orang Melayu yang sudah semakin dilupakan.

"Program ini juga dapat mendedahkan generasi muda tentang amalan dan budaya masyarakat sendiri," katanya.

Selain itu, jelas beliau, budaya dan sifat sopan santun, kehalusan budi bahasa, semangat bergotong-royong dan saling membantu yang menjadi amalan orang Melayu juga perlu disuburkan.

"Nilai-nilai sebegini perlu dipertahankan kerana merupakan kekuatan identiti orang Melayu, jangan biarkan budaya murni ini dilupakan," katanya.

Pantau harga barang keperluan

Posted: 05 Jan 2014 11:02 AM PST

Oleh SAFINA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my

ALOR SETAR 5 Jan. - Pergerakan Pemuda UMNO Kedah akan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas dengan kerjasama Persatuan Pengguna Kedah yang bertindak memantau harga barangan keperluan, di samping bertindak sebagai 'mata dan telinga' di antara kerajaan dan peniaga.

Ketuanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Naib Ketua Pemuda UMNO negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri, Mahadzir Abdul Hamid akan melakukan pemeriksaan setiap hari di di seluruh pasar pagi dan pasar raya yang menjadi tumpuan masyarakat.

"Setiap Parlimen akan mempunyai dua atau tiga orang pemantau. Mereka akan melakukan pemeriksaan, memantau dan merekodkan harga setiap barangan keperluan sama ada yang dikawal atau tidak.

"Dari situ nanti, kita akan dapat mengesan barangan apa yang naik mendadak ketika ini dan apakah puncanya, di samping mengesan terdapat pihak tidak bertanggungjawab sengaja menaikkan harga barangan disebabkan kenaikan tarif elektrik dan petrol baru-baru ini," katanya dalam sidang akhbar di Pejabat UMNO negeri di sini.

Menurut Shaiful Hazizy, semua laporan daripada jawatankuasa itu akan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk tindakan selanjutnya.

"Buat permulaan, ini akan dilaksanakan dalam tempoh seminggu dahulu dan akan diteruskan dari semasa ke semasa mengikut keperluan.

"Apa yang penting, laporan itu nanti boleh dijadikan panduan oleh kementerian untuk mengesan dan mengambil tindakan terhadap peniaga yang ingkar, di samping berunding dengan pengusaha atau pengilang untuk menurunkan harga barangan yang dirasakan terlalu tinggi dan membebankan pengguna," ujarnya

Jelasnya, penubuhan jawatankuasa itu bukannya untuk menidakkan fungsi kementerian terbabit, sebaliknya merupakan usaha pergerakan itu untuk melindungi pengguna yang terjejas dengan kenaikan pelbagai barangan keperluan ketika ini.

"Jika kita perhatikan, semua barangan naik mendadak bukan di negeri ini sahaja tetapi di seluruh negara. Justeru, penting untuk kita mencari satu langkah penyelesaian terbaik bagi membendung perkara ini daripada terus membebankan pengguna," katanya.

PSJ dibuka 6 hari seminggu

Posted: 05 Jan 2014 11:02 AM PST

PULAU PINANG 5 Jan. - Bermula awal bulan ini, Perpustakaan Seberang Jaya (PSJ) akan beroperasi selama enam hari seminggu iaitu pada hari Selasa hingga Ahad sebagai penambahbaikan perpustakaan itu.

Penolong Pegawai Perpustakaan Kanan, Bahagian Rangkaian Perpustakaan, Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang, Azariah Ahmad berkata, PSJ hanya akan ditutup pada hari Isnin dan cuti umum.

"Orang ramai boleh mengunjungi PSJ pada hari-hari berkenaan bermula pukul 9.45 pagi hingga 6 petang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, menerusi penambahbaikan itu juga, had pinjaman buku di PSJ dinaikkan kepada lima buah buku berbanding hanya empat sebelum ini dan sebuah majalah menjadikan had maksimum pinjaman kepada enam bahan bacaan.

Katanya, pinjaman bahan media itu dikenakan caj RM2 tanpa deposit.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat