{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda sungai tengi - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda sungai tengi - Google Blog Search


surat dari peneroka <b>sg</b>.<b>tengi</b> selatan pada pengarah <b>felda</b>

Posted: 28 May 2014 10:24 AM PDT

Tuan Pengarang Yang Dihormati,

Kami adalah warga peneroka di Felda Sungai Tengi Selatan, Selangor yang terdiri seramai 139 Peneroka. Ladang kami seluas 10 ekar setiap seorang kini ditadbirurus atau dikawalselia oleh Felda Technoplant Sdn. Bhd (FTSB) semenjak tahun 2006.

Penyerahan ladang kami adalah berlandaskan kepada perjanjian antara kami dengan Felda yang lebih menjurus kepada kerja-kerja pengurusan tanam semula sawit.

Tempoh tanaman semula selama 3 tahun telah berakhir pada tahun 2009 dan sekarang Felda Technoplant telah meneruskan pengurusan ladang kami tanpa merujuk kepada peneroka.

Beberapa sebab kami tidak berpuashati dengan sistem pengurusan ladang yang dikendalikan oleh Felda Technoplant Sdn. Bhd (FTSB), antaranya:

• Agen Pengurusan Felda (Felda Technoplant) telah memungkiri terma-terma perjanjian yang dibentuk untuk menguruskan tanam semula/pengendalian ladang antara peneroka dan Felda. Ini termaktub di perenggan (13), menyebut 'Penyata pendapatan dan perbelanjaan LADANG hendaklah disediakan bagi tiap-tiap suku tahun' dan hendaklah diserahkan kepada peneroka. Malangnya hingga setakat ini penyata berkenaan tidak diserah pada peneroka hingga sekarang dari tahun 2006 – 2013.

• LEBIHAN HASIL tidak diberikan kepada peneroka setiap bulan sebagaimana yang termaktub pada dasar Felda apabila peneroka telah menyerahkan ladang mereka untuk diuruskan oleh Felda Technoplant Sdn. Bhd.

• Kejadian BTS (Buah Tandan Sawit) sering hilang dari kawasan ladang (kecurian). Ini sudah pasti menjejaskan pulangan pendapatan maksima kepada peneroka.

• Penuaian hasil sawit tidak berjalan dengan lancar, ekoran pekerja ladang yang tidak mencukupi. Ini disebabkan kebanyakkan buruh pendatang asing tidak berpermit.

• Sistem pembajaan tidak teratur dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Banyak pokok sawit dilihat tidak mendapat pembajaan yang mencukupi.

• Kerja-kerja merumput, tidak mengikut jadual. Ladang dilihat banyak yang semak samun dan tumbuh lalang disana sini. Anak kayu tumbuh tidak terkawal.

• Penyulaman pokok sawit yang mati tidak dilaksanakan dengan berkesan.

• Jalan pertanian banyak yang rosak tidak diperbaiki.

Hakikatnya, jelas Felda dan agensi Felda Technoplant GAGAL dalam mengendalikan dan menguruskan ladang kami dengan efisien dan efektif.

Peneroka berharap beberapa elemen berikut diperlu diambil perhatian dan penambahbaikkan, iaitu:

• Penyeliaan ladang FTSB kurang berfungsi. Disarankan bahagian ini dapat dikurangkan untuk mengelak pertindihan kerja.

• Elak ketirisan dengan pemantauan dan penguatkuasaan yang lebih ketat.

• Lantik kontraktor ladang yang layak. Ini kerana didapati kontraktor yang sedia ada lebih suka melaksanakan sub kerja pada orang lain.

• FTSB perlu menyediakan pekerja ladang yang mencukupi, supaya hasil ladang dapat dikeluarkan semaksima mungkin. Begitu juga sistem pembajaan dan merumput dapat dilaksanakan dengan terancang.
Kami sarankan supaya Felda Technoplant dapat mencontohi pengurusan Felda Plantation Sdn. Bhd yang terbukti berjaya dalam sistem pengurusan ladang.
Realitinya kepada kos kehidupan yang tinggi masa kini dan terus meningkat saban tahun, ternyata pendapatan yang didahulukan oleh Felda adalah tidak mencukupi. Lebih tepat bahawa pendapatan yang diberikan oleh Felda RM1,500 sebulan adalah dibawah paras kemiskinan. Ternyata tidak mencukupi setelah ditolak beberapa potongan seperti bayaran pinjaman rumah & SIUF, bayaran tabung JKKR, kawalan kampong, Kedai PNF, tabung blok, tabung masjid dan pelbagai lagi bayaran semasa.

Dengan demikian, peneroka Felda Sungai Tengi Selatan memang mengharapkan bayaran LEBIHAN HASIL bagi menampung kos-kos kehidupan yang meningkat ketika ini.

Justeru, kami memohon pihak atasan Felda dapat menyelami perasaan kami yang selama ini peneroka banyak bersabar dalam mengharungi kehidupan kami di Felda Sungai Tengi Selatan yang diibarat 'Kais pagi makan pagi kais petang makan petang'. Diharap pihak atasan dapat memberi perhatian dan tindakan diatas ketidak karuan kami.

Sekian, perhatian dan tindakan tuan adalah diharapkan dan dihargai.

Oleh:

Md. Yushak Sajari
Badan Pemantauan Hasil Ladang
Felda Sg. Tengi Selatan


Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat