Kosmo Online - Dunia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Dunia |
Dua mati bangunan runtuh di Kalimantan Posted: Dua mati bangunan runtuh di Kalimantan
JAKARTA - Dua orang pekerja terbunuh dan sekurang-kurangnya 13 orang lagi cedera apabila sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan runtuh di Borneo semalam. Ketua agensi pengurusan bencana tempatan, Wahyu Widhi Wiranata berkata, lapan orang pekerja cedera apabila struktur bangunan tiga tingkat tempat mereka bekerja runtuh. Runtuhan itu berlaku di Samarinda iaitu ibu kota bagi Wilayah Kalimantan Timur. "Anggota-anggota penyelamat mengeluarkan dua mayat di bawah runtuhan selepas gerakan mencari dilakukan," kata Wiranata. Dia berkata, anggota-anggota penyelamat terdengar jeritan meminta tolong mangsa-mangsa di bawah runtuhan itu. Lebih 50 orang berjaya menyelamatkan diri dalam kedalam kejadian itu, katanya. Punca runtuhan bangunan kedai itu masih belum diketahui. Media melaporkan, mangsa-mangsa yang terselamat memberitahu, kebanyakan pekerja tidur dalam bangunan berkenaan selepas mereka menyiapkan tingkat tiga bangunan tersebut. Bangunan itu menempatkan beberapa lot kedai apabila ia siap sepenuhnya. - AGENSI | |
Posted: AS bantu kerajaan PalestinHAMDALLAH (tengah) mempengerusikan mesyuarat Kabinet Palestin di Ramallah semalam. WASHINGTON - Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama memberitahu kelmarin, pihaknya merancang untuk mengadakan kerjasama dan menyalurkan bantuan kepada kerajaan perpaduan baharu Palestin. Keputusan tersebut menyebabkan Israel turut menyuarakan rasa tidak puas hati dengan keputusan AS itu. Presiden Palestin, Mahmoud Abbas kelmarin menyaksikan majlis mengangkat sumpah kerajaan perpaduan kelmarin. Perjanjian damai itu ditandatangani antara Pihak Berkuasa Palestin dengan pergerakan Hamas yang menentang Israel. Selepas penubuhan kerajaan perpaduan itu, Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh mengumumkan untuk mengundurkan diri. Mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri baharu, Rami Hamdallah berlangsung di Ramallah semalam. AS sebelum ini melihat Hamas sebagai sebuah organisasi pengganas. Kongres AS sendiri menyekat dana kepada Palestin yang berjumlah kira-kira AS$500 juta (RM1.6 bilion) setahun. "Ketika ini, Presiden Mahmoud Abbas telah membentuk kerajaan teknokrat yang tidak termasuk menteri-menteri gabungan dengan Hamas," kata jurucakap Jabatan Negara, Jen Psaki kepada pemberita pada sidang media. "Apa yang kita tahu, kita memang berhasrat untuk bekerja dengan kerajaan itu. Namun, kita juga akan sentiasa melihat dengan teliti bagi memastikan Abbas berpegang kepada apa yang dikatakannya," katanya. Beliau merujuk merujuk tentang komitmen Abbas untuk berdamai dengan Israel. Dalam pada itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata, beliau bimbang dengan keputusan AS mahu mengekalkan hubungan dengan kerajaan perpaduan Palestin yang baharu. Justeru, Netanyahu menggesa dunia supaya tidak bekerjasama dengan kerajaan baharu Palestin kerana Abbas disokong Hamas yang didakwa telah membunuh ratusan rakyat Israel. - Agensi | |
Tabik filem popular di Bangkok Posted: Tabik filem The Hunger Games popular di BangkokDUA anggota penunjuk perasaan antirampasan kuasa memberikan tabik hormat tiga jari di Bangkok pada Ahad lalu. BANGKOK - Para penunjuk perasaan antirampasan kuasa di Thailand akan ditangkap jika mereka memberikan tabik hormat seperti dalam adegan filem Hollywood, The Hunger Games. Tabik hormat yang menggunakan tiga jari itu kini menjadi simbol penentangan terhadap rampasan kuasa yang dilakukan tentera pada 22 Mei lalu. "Menunjukkan tiga jari telah menjadi simbol untuk mendesak hak asasi politik di sebuah negara yang diperintah seorang individu (Panglima Angkatan Tentera Thailand, Prayuth Chen-ocha)," kata seorang aktivis penunjuk perasaan, Sombat Boonngamanong di akaun Facebook miliknya. Sombat meminta orang ramai supaya memberikan tabik hormat dengan menggunakan tiga jari itu sebanyak tiga kali sehari pada pukul 9 pagi, 1 tengah hari dan 5 petang di tempat yang tiada kehadiran anggota polis atau askar. "Marilah kita meningkatkan pergerakan antirampasan kuasa tentera tiga kali sehari," katanya. Menurutnya, tabik itu perlu dibuat selama 30 saat. Beliau dikehendaki junta tentera kerana terlibat dalam penunjuk perasaan antikerajaan sebelum ini sehingga mengakibatkan rampasan kuasa tentera berlaku bagi menggulingkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri sementara, Niwattumrong Boonsongpaisan. Niwattumrong mengambil alih jawatan itu daripada Yingluck Shinawatra yang disingkirkan menerusi Mahkamah Perlembagaan yang mendapati beliau bersalah kerana menukarkan Ketua Majlis Keselamatan Negara, Thawil Pliensri pada tahun 2011 demi kepentingan politiknya. Namun, tentera melancarkan rampasan kuasa bagi menstabilkan keadaan politik di Thailand kerana kerap berlaku tunjuk perasaan antikerajaan di Bangkok. Di Thailand, sebahagian penunjuk perasaan menganggap tabik itu sebagai menyokong moto revolusi Perancis iaitu kebebasan, persamaan dan persaudaraan. Filem The Hunger Games mengisahkan tentang satu pertandingan yang memerlukan setiap peserta saling berbunuhan jika mereka mahu menjadi pemenang. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |