{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Rekreasi

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Rekreasi


Menggalakkan kitar semula

Posted: 02 Jun 2014 01:04 AM PDT

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
Gambar SURYA BONMA

Menggunakan bahan terbuang seperti tong dan penutup periuk merupakan identiti kumpulan ini.

Kitar semula merupakan antara program yang galak dipromosikan oleh kerajaan dan juga pihak swasta bagi mengekang kemusnahan alam sekitar.

Ini kerana, peratusan sampah sarap yang dihasilkan oleh rakyat negara ini amat tinggi saban tahun sehinggakan pusat-pusat pengumpulan tidak lagi mampu menampung kapasiti sampah yang diterima.

Amalan kitar semula merupakan antara penyelesaian kepada permasalahan tersebut dan ia boleh diterjemahkan dalam pelbagai bentuk aktiviti, program kemasyarakatan mahupun akademik.

Dalam bidang akademik contohnya, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK), antara yang giat mempromosi serta mendidik pelajarnya tentang amalan kitar semula menerusi persembahan muzik.

Idea tersebut turut mendapat sokongan sepenuhnya daripada Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh yang turut mencadangkan agar kumpulan muzik tersebut diwujudkan di setiap kolej.

Uniknya, program yang dikenali sebagai Community College Red & Blue Stompers (CC R&B Stompers) melibatkan pelajar kolej komuniti seluruh negara melakukan persembahan muzik menggunakan alatan yang dicipta daripada bahan terbuang.

Biarpun tampak ringkas, namun program yang juga dikenali sebagai Stompers itu diwujudkan sejak Oktober tahun lalu berjaya menarik minat pelajar menyertainya.

Menurut penyelia kumpulan Stompers, Noor Aleeka Mohamed Mokhti, cetusan idea itu pada asalnya hanya untuk mengadakan satu persembahan khas sempena sebuah majlis anjuran jabatan tersebut.

Aksi kumpulan pelajar bermain alat muzik daripada barangan terpakai pada ketika itu berjaya membenihkan idea agar usaha tersebut diteruskan sebagai aktiviti tetap dan dimasukkan ke dalam silibus kokurikulum kolej komuniti sebagai sebuah kelab.

Kini Stompers telah menjadi satu tarikan baharu dalam kalangan pelajar kolej komuniti dan satu pertandingan khas mengenainya telah dilaksanakan," katanya.

Seramai 55 pelajar kolej komuniti daripada seluruh negara telah bergabung untuk mengadakan persembahan khas sempena sambutan Festival Hari Guru yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur baru-baru ini.

Jelas Noor Aleeka yang juga merupakan Pegawai Psikologi, Unit Pengurusan Psikologi, Kolej Komuniti Hulu Langat, pada peringkat awalnya sebanyak tujuh buah Kolej Komuniti telah menyertai pertandingan anjuran JPKK tersebut.

Tiga buah kolej telah terpilih sebagai kumpulan terbaik iaitu Kolej Komuniti Mas Gading di Sarawak, Kolej Komuniti Pasir Salak (Perak) dan Kolej Komuniti Tanjung Piai, Johor.

Program pertandingan Stompers itu dianjurkan bagi menarik minat golongan pelajar menyertainya, jika tidak (tanpa pertandingan), mereka tidak akan bersungguh-sungguh menyertainya.

Kumpulan Stompers yang membuat persembahan sempena Festival Hari Guru di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Malah, jika dijadikan subjek kokurikulum sekali pun pasti mereka akan menyertainya kerana terpaksa dan tanpa semangat bersungguh-sungguh adalah mustahil objektif program itu tercapai," katanya.

Bermula penganjuran pertandingan, fenomena Stompers di kolej itu telah berkembang ke seluruh negara lalu menubuhkan sebuah kumpulan yang lebih besar untuk mengadakan pertunjukan ke seluruh negara.

Menggunakan peralatan terpakai seperti tong cat, tong air, baldi, tong sampah, buluh dan peralatan dapur seperti periuk, senduk, cerek, tudung periuk, tong gas pendingin udara serta botol plastik mineral mereka sedikit pun tidak berasa kekok mahupun segan.

Malah, pelajar tersebut kelihatan bangga dan bersungguh-sungguh melakukan persembahan untuk menghiburkan para penonton.

Ketika ditanya, adakah penyertaan pelajar ke dalam Stompers memerlukan mereka memiliki latar belakang muzik, Noor Aleeka berkata, ia tidak perlu sama sekali.

Mereka hanya menggunakan bit lagu yang mudah untuk dimainkan secara berkumpulan.

Malah, ada sesetengah rentak muzik merupakan rekaan peserta kumpulan itu sendiri," katanya.

Pemilihan alatan muzik daripada barangan terbuang juga memudahkan pelajar menggunakannya.

Asal sahaja alatan tersebut boleh mengeluarkan bunyi tertentu yang sesuai dengan rentak yang diinginkan, ia sudah memadai.

Jika kita kembali kepada objektif penubuhan Stompers, sebenarnya bukanlah untuk menjadi sebuah kumpulan pancaragam profesional.

Tetapi dengan tujuan menyampaikan mesej kesedaran golongan muda terhadap kelestarian alam sekitar di samping meningkatkan keupayaan dan keyakinan dalam diri mereka," katanya.

Selain menganjurkan pertandingan antara kolej, JPKK turut melaksanakan program Stompers Camp bagi melatih pelajar agar lebih mahir dalam menggunakan alatan muzik daripada bahan terpakai serta kesefahaman sesama ahli kumpulan.

Menerusi perkhemahan selama tiga hari tersebut, peserta baharu akan didedahkan dengan pelbagai teknik serta latihan yang betul untuk melakukan persembahan.

Setiap kolej akan memilih seramai 10 hingga 15 pelajar untuk menyertainya dan latihan diadakan selama dua hari seminggu iaitu pada hari Isnin dan Rabu malam sebelum membuat persembahan.

Kini, keseluruhan pelajar yang menyertai Stompers ialah 100 orang dan dijangka terus bertambah kerana sehingga kini hanya 10 buah kolej sahaja yang baru menubuhkannya.

Daripada jumlah tersebut, ia dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu A dan B seramai 45 hingga 55 orang untuk memudahkan pergerakan mereka melakukan persembahan ke seluruh negara.

JPKK memiliki hampir 89 buah kolej di seluruh negara dan kita akan terus mempromosi Stompers ke semua kolej agar penyertaan pelajar dapat ditingkatkan.

Jika usaha tersebut berjaya, kita akan membuat persembahan secara besar-besaran untuk dimasukkan dalam Malaysia Book Of Records," katanya.

Hiasan versatil barang kitar semula

Posted: 02 Jun 2014 01:04 AM PDT

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD

Peter Heng menunjukkan cara memasang dan membuka recycle board yang mudah dan ringkas.

Ringan namun kuat, anda jangan pandang sebelah mata akan kelebihan hiasan menggunakan kertas kadbod yang kini mulai mendapat tempat dalam kalangan pereka hiasan dalaman masa kini.

Kertas kadbod merupakan antara bahan yang banyak kita temui sebagai pembungkus produk dalam kuantiti yang banyak.

Memiliki daya ketahanan yang tinggi menyebabkan bahan tersebut dipilih untuk dijadikan pembungkus kepada hampir apa juga produk yang dipasarkan pada hari ini.

Apabila tidak digunakan, kotak-kotak pembungkus tersebut kebiasaannya akan berakhir di pusat-pusat pengumpulan barangan kitar semula atau dijadikan alas mahupun bekas untuk menyimpan barangan yang tidak lagi digunakan.

Namun, terfikirkah anda, kotak-kotak pembungkus tersebut boleh dijadikan produk hiasan yang berketahanan tinggi jika melalui proses yang betul.

Diperkenalkan oleh Reboard Malaysia Sdn. Bhd. sebagai recycle board, produk tersebut menggunakan 100 peratus kertas kadbod yang boleh dikitar semula untuk dijadikan perabot hiasan dalaman yang begitu versatil dan menarik.

Bagi mengekalkan keaslian tekstur dan memenuhi konsep hijau, tiada sebarang bahan tambahan digunakan dalam proses pembikinannya.

Menurut pengurus pemasaran syarikat tersebut, Peter Heng, recycle board mampu menahan bebanan sehingga 70 kilogram (kg) bagi satu sentimeter (cm)persegi.

Produk ini direka secara berlapis-lapis agar daya ketahanannya mampu menyamai kayu dan proses tersebut menjadikan recycle board memilik kestabilan yang tinggi ketika di dirikan untuk pelbagai tujuan.

Recycle board lebih mesra alam, ringkas dan memiliki reka bentuk menarik

Bermula daripada hiasan untuk meletakkan pelbagai barangan hingga kepada bentuk perabot seperti kerusi dan meja, recycle board boleh dibentuk hampir apa jua rekaan yang menarik," katanya ketika ditemui di Pameran dan Persidangan Produk Eko dan Teknologi Hijau Antarabangsa Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini.

Selain boleh direka dalam apa jua bentuk yang menarik, recycle board juga amat ringan, mudah dialih dan dipasang malah boleh dibuka untuk disimpan.

Atas faktor itu juga, produk tersebut dapat menjimatkan kos pengangkutan dan juga upah memandangkan syarikat itu memperkenalkan konsep pasang sendiri oleh pengguna.

Malah, pekerja atau pengguna yang membeli produk tersebut tidak memerlukan mesin untuk pemasangan atau untuk dibuka malah bahan yang digunakan juga memiliki daya ketahanan yang tinggi menjadikan strukturnya kukuh dan stabil.

Jelas Peter, selain menghasilkan produk berasaskan kadbod, syarikat itu yang bernaung di bawah Kinta Press and Packaging (M) Sdn. Bhd. turut menghasilkan pembungkus khas dan premium untuk produk-produk tertentu.

Kita menawarkan pakej pembungkusan khas untuk produk-produk kosmetik pelbagai jenama dan pelbagai lagi produk lain," katanya.

Untuk maklumat lanjut berkenaan pelbagai produk recycle board, oleh melayari laman web Reboard Malaysia Sdn. Bhd. di reboardmalaysia.com manakala untuk menempah pembungkus layari laman web Kinta Press and Packaging Sdn. Bhd. di www.kintapress.com.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat