{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


RM5.5j pulihkan rumah murah

Posted: 04 Jun 2014 12:44 PM PDT

NUSAJAYA 4 Jun - Kerajaan negeri akan menyumbangkan dana sebanyak RM5.5 juta bagi membantu Jabatan Perumahan Negara memulihkan projek perumahan kos rendah di Taman Mount Austin, dekat sini yang terbengkalai sejak dua tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abd. Latiff Bandi berkata, pemaju projek berkenaan, Kong Sun Enterprise Sdn. Bhd., telah mengadakan rundingan pada Mac lalu untuk menyediakan pelan pemulihan projek berkenaan.

Beliau berkata, projek yang telah terbengkalai sejak 16 Mac 2012 melibatkan pembinaan sebanyak 911 unit kediaman yang merangkumi 10 blok dengan 126 unit sudah siap dibina dan didiami penduduk.

Sebanyak 92 unit disiapkan sebelum 30 Oktober tahun ini, 73 unit akan disiapkan sebelum 30 April 2015, 110 unit pula akan disiapkan sebelum 30 Disember 2015.

Sementara itu, sebanyak 92 unit lagi akan disiapkan sebelum 30 Mei 2016 dan baki 418 unit pula dijangka siap sebelum 30 Disember 2016," katanya menjawab soalan Datuk Maulizan Bujang (BN-Tiram) dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-13 di Kota Iskandar di sini hari ini.

Abd. Latiff berkata, anggaran kos keseluruhan bagi memulihkan projek terbengkalai itu berjumlah RM8.5 juta dengan 619 daripada 911 unit telah mempunyai pembeli.

Pihak pemaju akur untuk menyediakan satu pelan tindakan bagi memulihkan projek terbengkalai tersebut dan akan dilakukan secara berperingkat-peringkat dari semasa ke semasa.

Bagi projek di Taman Mount Austin ini, satu perjanjian akur janji akan ditandatangani antara kerajaan negeri dan pemaju dalam tempoh masa terdekat ini bagi memastikan projek ini dapat dipulihkan," katanya.

Berdasarkan perjanjian itu, sekiranya pemaju gagal menyiapkan projek berkenaan, kerajaan negeri tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka, katanya.

Gerakkan inisiatif pulihara hidupan liar, alam sekitar - Raja Zarith Sofiah

Posted: 04 Jun 2014 12:44 PM PDT

Tuanku Raja Zarith Sofiah menerima buku Looking Beyond Oil Palms daripada Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation, Kamaruzzaman Abu Kassim sambil diperhatikan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Ayub Rahmat pada majlis Penyampaian Hadiah Raja Zarith Sofiah Wildlife Defenders Challenge 2014 di Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 4 Jun - Semua pihak diseru memainkan peranan dalam pemuliharaan hidupan liar dan alam sekitar dengan menggerakkan apa jua inisiatif dalam usaha memastikan survival kehidupan manusia.

Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah bertitah, usaha itu perlu diberi perhatian kerana penting dalam menyediakan persekitaran yang baik bukan sahaja pada masa sekarang, malah untuk generasi akan datang.

Baginda bertitah, aktiviti pemburuan haram, pembalakan dan pemusnahan hutan yang tidak terkawal semata-mata atas nama pembangunan dan kemajuan telah menjejaskan keharmonian biodiversiti alam.

Justeru, adalah tidak mustahil bahawa gangguan yang melampau terhadap keharmonian biodiversiti alam itu bakal memberi kesan negatif kepada kualiti udara yang kita hirup dan air yang kita minum hari-hari.

Impak terhadap dua elemen penting itu sahaja sudah cukup untuk menjejaskan survival kehidupan manusia," titah baginda pada Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Raja Zarith Sofiah Wildlife Defenders Challenge di sini hari ini.

Program tersebut yang bermula Ogos tahun lalu dan berakhir Mei lalu disertai 27 kumpulan yang terdiri daripada 20 buah sekolah rendah dan menengah serta institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini.

Kategori sekolah rendah dimenangi Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Pontian yang membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, piala, sijil serta lawatan ke Sepilok, Sabah

Kategori sekolah menengah pula diungguli Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gading, Batu Pahat, manakala kategori IPT diraih Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), sekali gus membawa pulang wang tunai RM5,000, piala, sijil dan lawatan ke London.

Sementara itu Ketua Kumpulan SMK Sri Gading, Nurazreen Hamzah, 17, bersyukur kerana memenangi pertandingan tersebut dan teruja untuk ke London pada 16 Jun ini.

Dalam pertandingan ini ada tiga cabaran yang kami perlu lalui, antaranya kempen kesedaran di sekolah dan orang awam tentang pemuliharaan hidupan liar selain menyediakan folio mengenai topik berkaitan.

Kami turut bermalam di Taman Negara Endau-Rompin selama tiga hari dua malam bagi menjayakan projek yang dijalankan dan usaha itu akhirnya berbaloi dengan kemenangan ini," katanya.

Lebih 800 koperasi untung RM45 juta

Posted: 04 Jun 2014 12:44 PM PDT

NUSAJAYA 4 Jun - Sebanyak 869 daripada 1,039 koperasi di sembilan wilayah di negeri ini mencatatkan keuntungan kira-kira RM45.14 juta sepanjang tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Md. Jais Sarday berkata, baki sebanyak 170 koperasi pula mencatatkan kerugian sebanyak RM4.2 juta.

Beliau berkata, kerajaan negeri bersama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) komited untuk melonjakkan prestasi perniagaan koperasi di negeri ini dengan memberi fokus kepada lima aktiviti utama iaitu pemborongan dan peruncitan, pertanian, penternakan, Ar-Rahnu dan rantaian nilai pelancongan.

Kesemua bidang berkenaan dilihat dapat membantu menjadikan koperasi sebagai sektor ketiga dalam menjana ekonomi negeri ini," katanya menjawab soalan Ayub Jamil (BN-Rengit) dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-13, di Kota Iskandar di sini hari ini.

Johor Bahru mencatatkan bilangan koperasi tertinggi iaitu 253 buah, diikuti Muar (150), Kota Tinggi (138), Batu Pahat (120), Kluang (112), Segamat (83), Kulaijaya (70), Pontian (67) dan Mersing (46).

Md. Jais berkata, aktiviti pemborongan dan peruncitan telah dikenal pasti mampu memberi sumbangan yang signifikan kepada perolehan koperasi dan mereka digalakkan bergabung modal untuk menubuhkan Kedai Rakyat 1Malaysia.

Beliau berkata, hingga kini terdapat 273 kedai runcit dan pasar mini yang diusahakan oleh koperasi di negeri ini.

Pertanian juga turut dilihat mempunyai peranan penting kerana tahun lalu fungsi pertanian mencatatkan perolehan berjumlah RM89.6 juta," katanya sambil memberitahu sektor ketiga iaitu penternakan ayam turut diberi perhatian

seperti dua projek ternakan ayam yang dijalankan oleh koperasi di Mersing dan Kota Tinggi.

Perniagaan pajak gadai Islam (Ar-Rahnu) juga dikenal pasti mempunyai pasaran besar dan hingga kini terdapat tiga buah koperasi menjalankan perniagaan itu dengan jumlah pinjaman yang dikeluarkan berjumlah RM35 juta, manakala pendapatan sebanyak RM450,000.

Menurutnya, rantaian nilai pelancongan merangkumi inap desa, hotel dan pengangkutan merupakan perniagaan yang mempunyai pasaran yang besar.

Bagi menjayakan fokus ini, pelbagai program berbentuk seminar, bengkel dan bimbingan termasuk bantuan dan pinjaman kewangan telah dilaksana dan diberikan untuk mendorong sektor koperasi melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi bernilai tinggi dan berskala besar," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat