{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


Kementerian siasat pegawai bocorkan ujian Cadbury

Posted: 03 Jun 2014 03:00 AM PDT

PETALING JAYA 3 Jun - Kementerian Kesihatan sedang menyiasat pegawainya yang membocorkan laporan awal ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) babi dalam coklat Cadbury, sebelum ujian makmal kedua sempat dijalankan untuk mengesahkan kandungan itu.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya berkata, sikap terburu-buru seorang pegawai kementerian membocorkan laporan awal ujian itu telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.

"Satu kesilapan telah dibuat oleh pegawai kita sendiri, kini kami sedang menjalankan siasatan dalaman. Kalau didapati bersalah, kita akan ambil tindakan terhadap pegawai berkenaan.

"Jakim dan Kementerian Kesihatan membuat ujian makmal mengikut prosedur yang sama dan kementerian mempunyai 15 makmal bagi tujuan itu tetapi ujian produk Cadbury dibuat di makmal di Sungai Buloh sebelum terbocor tanpa pengesahan dalam ujian awal Februari lepas," jelas beliau.

Dr. Hilmi ditemui pemberita selepas melancarkan Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Kesihatan Antarabangsa ke-22 2014 di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid di sini.

Bagaimanapun, beliau menolak unsur sabotaj dalam pembocoran laporan awal ujian itu di laman sosial.

Beliau berkata, sebarang keputusan mengenai status halal atau haram sesuatu produk kelak akan diuruskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).- BERNAMA

Pejabat PTPTN di Tawau, Kuala Krai beroperasi

Posted: 03 Jun 2014 02:51 AM PDT

KUALA LUMPUR 3 Jun - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini mengumumkan Pejabat PTPTN Cawangan Kuala Krai, Kelantan dan Pejabat PTPTN Cawangan Tawau, Sabah telah beroperasi sepenuhnya.

Menurut kenyataan PTPTN, kedua-dua cawangan dan pejabat itu menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada orang ramai untuk semua urusan berkaitan PTPTN, sama ada pembiayaan pendidikan, bayaran balik PTPTN dan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i).

Pejabat PTPTN Cawangan Kuala Krai beralamat di PT5555, Tingkat Bawah & 1, Taman Yani KM1.5 Lebuhraya Kuala Krai- Gua Musang, 18000 Kuala Krai, Kelantan dan boleh dihubungi di talian 09-9602800.

Manakala Pejabat PTPTN Cawangan Tawau beralamat di TB 4334, Lot 14, Tingkat 1 (Corner) Blok 31 & 32, Fajar Commercial Complex, Jalan Merdeka 2/3 91000 Tawau, Sabah dan boleh dihubungi di talian 089-701304.

Untuk maklumat lanjut layari www.ptptn.gov.my - UTUSAN ONLINE

Implikasi mansuh tol perlu dikaji - Fadillah

Posted: 03 Jun 2014 02:03 AM PDT

KUALA LUMPUR 3 Jun - Kerajaan perlu menimbang pelbagai faktor termasuk implikasi kewangan jika ingin memansuhkan kutipan tol di Batu Tiga dan Sungai Rasau di Lebuh Raya Persekutuan.

Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata, perjanjian dengan syarikat pemegang konsesi telah ditandatangani dan jika tol dihapuskan, pampasan perlu dipayar kepada pihak berkenaan.

"Jadi kerajaan akan membuat pertimbangan sewajarnya dan rakyat perlu terima keputusan itu secara terbuka," katanya selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2013 Kementerian Kerja Raya di sini hari ini.

Beliau mengulas rayuan UMNO Selangor yang mahu Kerajaan Persekutuan memansuhkan kutipan tol di dua lokasi itu.

Menurut Fadillah, perjanjian konsesi Lebuh Raya Persekutuan tamat pada 2038.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat