{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda trolak - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda trolak - Google Blog Search


<b>felda trolak</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 09 May 2014 12:00 AM PDT

BATANG PADANG- Hoki antara sukan yang kurang popular di Malaysia berbanding futsal, bola sepak dan badminton. Namun, sukan tersebut mencipta sejarah tersendiri buat generasi baharu FELDA Trolak Utara yang selama ini dilabelkan sebagai 'lubuk' dalam melahirkan pemain hoki berbakat besar bertaraf antarabangsa.

Bagi meneruskan legasi sediaada itu, anak jati FELDA Trolak Utara, Samsul Harun, 45, telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan pasukan hoki  untuk generasi baharu yang dikenali Pasukan Hoki FELDA Trolak Utara.

"Tujuan menubuhkan pasukan hoki ini adalah untuk mengilap dan melahirkan  bakat-bakat baharu anak FELDA di sini untuk diketengahkan dalam sukan tersebut. Dengan adanya pasukan ini, kita dapat melahirkan bakal-bakal atlet yang berkualiti dan profesional di kalangan anak-anak FELDA untuk mewakili kelab, negeri atau negara kelak.

"Sebenarnya, hoki di disini sudah bergiat sejak 16 tahun dahulu.  Ramai pemain-pemain hebat telah dilahirkan menerusi  sukan ini di sini antaranya, Tajol Rosli Muhammad, Amir Farid Ahmad Fuzi, Roslan Jamaluddin, Mohd Izat Hakimi jamaluddin, Shukri Mutalib dan Mohd Haziq Samsul," katanya  yang berperanan  sebagai Pengurus Pasukan  Hoki tersebut ketika ditemui 1SUARA di Pejabat FELDA Trolak Utara dekat sini, baru-baru ini.

sukanhokiMenjawab soalan mengenai sambutan yang diterima, Samsul berkata, penyertaan anak-anak FELDA semakin hari semakin bertambah.

"Sehingga kini kami sudah mempunyai lebih 40 orang pemain yang dipecahkan kepada tiga kategori mengikut umur iaitu bawah 12, 14 dan 18 tahun di mana disertai oleh  pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah yang dilatih tiga orang jurulatih yang hebat dalam sukan hoki ini iaitu, Adi Saifulnizam Abd Sani dan Hafizul Aslawi Ainain dan Nazrin Ahmad (jurulatih penjaga gawang) yang dipantau oleh oleh Pengurus Bahagian Sekolah Kebangsaan Trolak Utara, Hamiza Mat Rabi.

"Menariknya, pasukan ini bukan sahaja disertai oleh pelajar lelaki malahan turut disertai pelajar perempuan  yang sememangnya mempunyat bakat tersendiri dan menjadi salah satu pencabar kepada pasukan hoki wanita di luar sana," jelasnya yang begitu teruja dengan kerjasama yang diberikan ahli Pasukan Hoki FELDA Trolak Utara.

Menurut Samsul, sesi latihan akan diadakan setiap hari termasuklah hujung minggu bertempat di Sekolah  Kebangsaan Trolak Utara.

"Setiap Isnin hingga Jumaat, kami akan berlatih pada pukul 5.00 petang manakala pada hujung minggu pula, kami akan berlatih pada waktu pagi dan petang.

"Jika terdapat masa terluang, pemain-pemain kelahiran FELDA Trolak Utara yang mewakili negara turut turun padang dan memberi tunjuk ajar kepada junior-junior mereka. Dengan kehadiran pemain-pemain senior yang hebat seperti Roslan Jamaluddin, Mohd Izat Hakimi Jamaluddin dan lain-lain pastikan memberi inspirasi kepada pemain-pemain bawah 12 , 14 dan 18 tahun ini dengan mengutip pelbagai ilmu dan kemahiran  mengenai hoki," katanya yang merupakan salah seorang petugas di FELDA Rubber Industries Sdn. Bhd di sana.

hokMengenai sasaran terhadap pasukan hoki yang dikendalinya ini pula, Samsul memberitahu bahawa beliau hanya member tumpuan untuk mengilap dan mengetengahkan bakat  pemain-pemainnya  ke pentas hoki sebenar.

"Sasaran utama saya sekarang adalah untuk mengasah  dan mengetengahkan bakat pemain-pemain ini dalam sukan hoki. Dengan kesungguhan dan semangat bekerjasama dalam berpasukan pasti mereka dapat pergi jauh seperti senior-senior mereka yang sekarang telah mewakili negara dan menyertai pelbagai kejohanan samada dalam atau luar negara.  InsyaAllah, kejayaan  tersebut akan datang sendiri.

"Disiplin sangat dititikberatkan kerana ia menjadi penentu kecemerlangan sesuatu pasukan. Sebagaimana pasukan lain, kita banyak memberikan pendedahan kepada pemain, terutamanya perkara asas ketika bermain hoki iaitu memukul, mengelecek, menahan, menerima dan mencedok bola.Selain itu, beberapa penekanan perlu diambil kira selaras dengan matlamat untuk melahirkan pemain yang berkaliber, mantap, berpengetahuan dan seimbang dalam menguasai kemahiran permainan dengan penerapan nilai-nilai murni," katanya.

Sepanjang penubuhannya, Pasukan Hoki FELDA Trolak Utara telah banyak menyertai pelbagai kejohanan hoki bukan sahaja di peringkat daerah malahan luar negeri Perak.

"Antaranya, kami pernah menjuarai  Kejohanan  Hoki dibawah 18 tahun di Sekolah  Menengah Sungai Keruit dan mendapat tempat kedua  di Kejohanan  Hoki di Besout di bawah 12 tahun.  Selain itu, kita juga pernah mewakili Perak dalam kejohanan hoki di mana bertemu dengan pasukan dari Selangor sebelum ini di bawah 12 tahun.

"Ini suatu pencapaian yang membanggakan walaupun bergelar 'amatur' kerana telah banyak menyertai dan memenangi  beberapa kejohanan hoki yang disertai selama ini. Setiap penyertaan dan kemenangan yang diperolehi meningkatkan lagi keazaman dan semangat untuk kami berusaha, berlatih dan menyertai pelbagai pertandingan pada masa akan datang," katanya yang bercita-cita ingin membawa pasukan tersebut bukan sahaja mewakili FELDA malahan ingin mengangkat dan mengharumkan nama Perak dan Malaysia dalam sukan hoki suatu hari nanti.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat