Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
Posted: Sampel mungkin tercemar
KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan tidak menolak kemungkinan berlaku pencemaran terhadap kedua-dua sampel coklat Cadbury yang diambil di pasaran untuk dianalisis oleh pihaknya di makmal sebelum ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah (gambar kecil) berkata, kemungkinan berlaku pencemaran terhadap kedua-dua sampel coklat yang dikesan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi (porcine) itu memang ada kerana sampel tersebut diambil di pasaran dan bukannya dari kilang. "Keputusan itu masih positif tetapi kemungkinan sampel berkenaan diambil dari tempat yang tercemar tidak boleh diketepikan dan kami tidak meragui ujian makmal itu. Bagaimanapun, sampel itu tidak diambil dari kilang," katanya. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Generasi muda bakal menyewa sampai mati Posted: Generasi muda bakal menyewa sampai matiOleh ZULKIFLI MANZOR ORANG ramai melihat model pangsapuri pada satu pameran hartanah di Kuala Lumpur baru-baru ini. KUALA LUMPUR – Generasi muda masa kini bakal berhadapan kesukaran untuk memiliki rumah sendiri dan mereka mungkin terpaksa menyewa sehingga ke akhir hayat gara-gara harga rumah di negara ini semakin meningkat. Penganalisis ekonomi, Prof. Dr. Amir Baharuddin berkata, sepanjang tahun lalu harga rumah di Malaysia dilaporkan telah naik kira-kira 30 peratus berbanding tahun sebelumnya dan ia naik lagi pada suku pertama tahun ini. "Kenaikan suku pertama tahun ini tidak begitu drastik seperti tahun lalu tetapi hakikatnya kenaikan harga masih berlaku. Nampak gayanya, sampai mati golongan muda terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana tidak mampu memiliki rumah sendiri. "Setiap rakyat Malaysia memerlukan gaji atau pendapatan sekurang-kurangnya RM5,000 sebulan untuk melayakkan mereka membuat pinjaman membeli rumah yang kini berharga lebih RM350,000 seunit dan kita kena faham mereka perlu juga menanggung perbelanjaan lain seperti kereta dan makan minum," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Perlu peruntukan lebih besarOleh KU MOHD. RIZDUAN KU ABDUL RAHMAN MOHD. SHAFIE (dua dari kiri) menunjukkan kemahiran mencetak baju ketika melawat Kedai Percetakan Kolonek Berhad di Jempol, Negeri Sembilan semalam. JEMPOL – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mengharapkan peruntukan yang lebih besar dalam Bajet 2015 berbanding sebanyak RM4.1 bilion yang diterima pada Bajet 2014. Menterinya, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, ini bagi membolehkan kementeriannya melaksanakan pelbagai program yang mampu meningkatkan keupayaan masyarakat di kawasan kampung. Menurut beliau, di samping memberi tumpuan kepada pembinaan prasarana, peruntukan itu akan digunakan untuk membangunkan modal insan yang mampu melonjakkan keupayaan penduduk desa ke tahap lebih tinggi. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |