{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda gedangsa - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda gedangsa - Google Blog Search


<b>felda gedangsa</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA

Posted: 30 Mar 2014 12:00 AM PDT

Felda Gedangsa, Wilayah Trolak Muncul Juara Perlumbaan Cub Prix

20140330_113906

SUBANG – Belia dari Felda Gedangsa yang mewakili Wilayah Trolak muncul juara dalam Pencarian Pelumba Motor Cub Prix Generasi Baru Felda di Litar Speedway Elite, USJ Subang, semalam.

Muhammad Afiq Mohd Zailani, 18 tampil juara selepas mengalahkan 16 orang peserta dari Felda lain yang turut menyertai pertandingan sukan itu.

Afiq yang ditemu bual selepas acara tersebut tamat, melahirkan rasa syukur kerana merangkul gelaran juara selepas bertungkus lumus beraksi di atas litar.

20140330_114753_1

"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dapat menjuarai pertandingan ini. Bersyukur sangat kerana mengharumkan nama Felda Gedangsa," kata Afiq yang termengah-mengah ketika sesi temu bual.

Selain itu, Afiq juga berasa bersyukur kerana berkat doa dari ibu bapa dan keluarganya, hasratnya untuk mejadi juara dalam acara lasak itu menjadi nyata.

"Saya tak lupakan keluarga, yang sentiasa yang mendoakan kejayaan saya dan menyokong minat saya ini," katanya.

Naib juara dimenangi oleh Azimizat bin Sumairiy, 18 yang berasal dari Felda Besout 5.

20140330_114901_1

Manakala peserta Muhammad Fareez Afeez Abdul Rahman, 18 merangkul tempat ketiga dalam pertandingan Cub Prix yang mewakili Felda Wilayah Bukit Besar.

20140330_115100_1

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Artikel disiar pada March 31, 2014 - 10:02 am oleh Nor Azlina Shaari

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat